Sebuah cawan plastik yang berisi air milo buatan makcik hapsah itu aku pandang dengan penuh debaran. Di badan cawan itu terdapat sekeping sticker gambar kartun spongebob kegemaranku. Entah siapa si penampalnya, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, dari mula aku masuk ke sekolah pasti Al-Hidayah ini, cawan dan sticker itu memang dah sedia wujud."Acik Ca, Aiman nak cawan tu." Aiman yang berada selang tiga kerusi dari ku ini telah bersuara sambil mengerdipkan matanya dengan membuat mimik muka comel yang tak berapa nak comel itu.
Alaaa, aku nak cawan tu. Tu cawan aku!
Aku pandang Dayyan di sebelah, si kembar tak seiras. "Yan, Deena nak cawan tu. Tu cawan Deena." Aku menuding jari pada cawan itu.
"Banyak lagi cawan lain, mintak la dekat cikgu." Dayyan mula membuka bungkusan nasi lemaknya.
"Tak nak. Deena nak cawan tu jugak. Yan tolong la mintakan dekat Aiman." Aku menggoncang lengannya, sehingga nasi lemak yang ingin disuapkan ke dalam mulut itu telah terjatuh kembali ke atas kertas bungkusan.
"Deena, Yan nak makan ni. Jangan la kacau."
"Ieee, Deena nak cawan tu."
"Nah, makan dulu." Dayyan membukakan bungkusan nasi lemakku.
"Tak nak. Deena nak cawan tu dulu, baru Deena makan." Aku menolak bungkusan nasi lemak itu ke depan. Makcik Hapsah telah mula aturkan cawan yang berisi air pada setiap orang pelajar. Cawan special itu telah menjadi milik Aiman. Mata aku berkaca.
"Alaa, jangan la nangis. Okay, okay.. Yan mintakan."
Aku menyedut hingus yang hampir terkeluar dari hidung, mata mula bersinar kembali.
"Aiman, Deena nak cawan tu boleh?" Soal Dayyan pada Aiman.
"Ah, tak boleh! Ni cawan aku!"
"Pinjam la sekejap. Kesian Deena." Dayyan cuba memujuk. Aku disebelahnya pula telah menayang muka minta simpati pada Aiman. Please.....
"Aku kata tak boleh, tak boleh la. Ni cawan aku. Kau Deena, kau sepatutnya pergi duduk sana, tempat budak perempuan." Aiman menuding jari padaku. Tersentak aku dibuatnya bila dia berkata begitu. Memang sedari mula-mula masuk ke sekolah ini, aku tak pernah berpisah dengan Dayyan dan juga Qayser. Jadinya, kemana sahaja mereka pergi, aku akan ikut juga, walau hanya ke tandas sekalipun.
Ruang rehat terbahagi kepada dua, satu untuk pelajar lelaki, satu lagi untuk pelajar perempuan. Namun disebabkan aku tak mahu berenggang dengan Dayyan dan juga Qayser, maka terpaksalah Cikgu membenarkan aku makan dan membuat aktiviti lain di bahagian tempat lelaki ini.
"Biarlah dia. Menyibuk je kau." Dayyan mempertahankan aku. "Dah la Deena, makan je."
Aku menunduk akur sambil menguis-nguis nasi menggunakan jari. Air mata mula mengalir. Setitis demi setitis jatuh membasahi bungkusan kertas nasi lemak ini.
"Deena, jangan menangis. Aku tak suka tengok kau menangis." Qayser bisik perlahan di sebelahku.
Semakin deras pula air mataku ini. Terhinjut-hinjut bahuku. Esakan juga mulai kedengaran.
"Hayokkk, Aiman buat Deena menangis." Suara seorang pelajar lelaki yang berada tidak jauh dariku. Suasana tiba-tiba menjadi gamat. Aku pula semakin banjir.
"Deena, jangan menangis. Nanti cikgu datang. Dah, dah!" Qayser mengesat air mataku. Namun air mata di zaman kanak-kanakku tak mudah untuk beri kerjasama. Ia semakin deras bila semakin dipujuk.
"Hayokkk, Aiman kena mintak maaf."
"Haa, haa. Tak tahu, Aiman buat."
"Deena nangis, haayok! Nanti Cikgu datang."
YOU ARE READING
♡Qayser Ayden♡
RandomYa. Kisah hidup aku sangat unik... Mempunyai seorang abang kembar yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk aku.. Mempunyai seorang sahabat yang tak termampu untuk aku gambarkan kesetiannya.. Dan mempunyai dua buah keluarga yang terlalu banyak membe...