Why Don't You Know

66 7 0
                                    

Setelah selesai membuat pembayaran,Yuna pulang ke rumah.Dia melihat kereta Jungkook yang dipakir di depan rumah.

"Tuan dah balik?"

Kaki Yuna laju melangkah ke dapur.Dia meletakkan teh halia di atas meja.Lalu tanpa menukar baju terlebih dahulu,dia mula menolong pembantu rumah yang lain menyiapkan makan malam.

Sedang dia memotong bahan-bahan masakan,tiba-tiba Jane menepuk bahunya.Dia memandang kawannya itu.

"Terima kasih Yuna sebab tolong belikan."

Yuna hanya membalas dengan senyuman.

"Penatlah harini.Banyak sangat kerja yang kena buat."

Yuna hanya mendengar luahan kawannya itu.

"Awak tak tukar baju dulu?"

Yuna menggeleng kepalanya.

Saya nak habiskan kerja dulu.Nanti saya bersihkan diri.

Jane mengangguk.

"Awak sambunglah kerja awak.Saya nak buatkan teh ni untuk Puan Dahee kejap."

Yuna mengangguk.Dia menyambung kerjanya kembali.Namun nama Jungkook tiba-tiba terlintas di fikirannya.

Yuna mendekati Jane yang sedang membancuh teh halia.Bahu gadis itu ditepuk perlahan.

"Oh!Kenapa awak?"

Tuan Jungkook dah balik?

"Dah.Anak tuan Jeon baru balik tadi.Kenapa?Awak rindu tuan eh?"

Yuna pantas menggeleng kepalanya.

"Ye lah tu.Ingat saya tak tahu ke yang awak tu ada hati dengan anak tuan."

Mana ada.Merepek lah awak ni Jane.

"Saya teka je.Awak kan selalu naik kereta dengan tuan Jungkook.Mana tahu ada hubungan rahsia ke antara awak dan tuan."

Lengan Jane dipukul manja oleh Yuna.Jane ketawa kecil.

"Dah lama saya tak usik awak.Rindu pula saya nak usik awak macam ni."

Yuna menggaru kepalanya.Dia harap sangat hubungannya dengan Jungkook masih lagi rahsia.Namun pada masa yang sama,dia sering tertanya-tanya sama ada dia dan Jungkook benar-benar ada hubungan atau tidak.Kerana dirinya tidak pernah meluahkan perasaan pada lelaki itu.

SKIP

"Yuna!Yuna!"

Yuna yang sedang makan bersama Sinb terkejut dengan kehadiran Moonbin.Lelaki itu kelihatan tercungap-cungap mengambil nafas.

"Hey man,try to take a breath first.Then,you talk."

Moonbin mengambil nafasnya lalu memulakan percakapan.

"Yuna......Kau kata kau tak nak pergi percutian ke Miami tu kan?"

Yuna mengangguk.

"Tapi kenapa nama kau ada dalam list tadi?"

Yuna terkejut.

"Bila masa pula aku pergi register pula ni?"

"Kau pergi tak bagitahu kami Yuna?"

Yuna pantas menggeleng kepalanya.

Sinb,jujur saya tak register pun untuk pergi percutian ni.Mungkin ni cuma kesilapan?

"Really?"

Yuna mengangguk.

"Betul ke apa kau nampak tadi Moonbin?Ke kau tersilap tengok nama orang lain ni?"

"Tak Sinb.Memang betul tu nama Yuna.Tulis dekat list Choi Yuna.Tak mungkin aku lupa nama penuh Yuna.Plus!Yuran ke percutian tu dah dibayar."

"Hhmm....pelik juga.Or......ada orang yang belanja kau pergi percutian ni Yuna?Mana tahukan?"

Yuna hanya mengangkat bahu.Dia pun tidak mempunyai apa-apa idea sekarang.

"Tapi nampaknya kau kena pergi seorang lah Yuna.Kitaorang tak boleh teman kau.Mungkin bilangan peserta dah cukup."

"Hey,hey,hey.Tu semua dah settle.Lepas je aku nampak nama Yuna tadi,aku terus letak nama kita berdua.So,kita bertiga akan pergi ke percutian tu."

"Yeay!!!!!"

Sinb dan Moonbin mungkin seronok namun tidak bagi Yuna.Fikirannya masih lagi ingin tahu siapa yang meletakkan namanya untuk ke percutian itu.

SKIP

"Aku nak singgah shopping mall kejap.Tak apa ke?"

Yuna mengangguk kepalanya.Setelah tiba di shopping mall,Yuna pun mengikut Jungkook daripada belakang.

"Yuna boleh tak tolong aku pi......."

Jungkook lihat Yuna tiada di sebelahnya.Dia memandang belakang.Rupa-rupanya gadis itu jauh di belakang.Dia segera mendapatkan gadis itu.

"Hey......Kenapa kenapa lambat sangat kau jalan ni?"

Yuna hanya tersengih.

Tuan jalan laju sangat.

"Aku jalan laju?"

Yuna mengangguk.

"Ye ke?Aku rasa aku jalan biasa je.It's okay.Lend me your hand."

Yuna pun menyuakan tangannya.Jungkook pun mengenggam tangan kecil gadis itu.

"Let's go."

Mereka berdua pun berjalan beriringan.Yuna terpaksa menahan kakinya yang sakit itu.Dia tidak mahu lelaki itu sedar dengan keadaan kakinya.

"Tahan sikit Yuna.You can do this."

SKIP

Jungkook perasan bahawa ketika dia berjalan bersama Yuna,gadis itu seperti berjalan terjengket-jengket.

"Are you okay princess?"

Yuna yang menahan sakit di kakinya pantas mengawal riak kesakitan di wajahnya.

"You look in pain.What's wrong with your leg?"

P R I N C E S S (YUKOOK) [COMPLETE] #Wattys2021Where stories live. Discover now