Aku boleh dikatakan sangat aktif di dalam persatuan kebajikan pelajar, hinggalah aku diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden. Banyak tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu aku lakukan, oleh disebabkan itu aku telah melantik seorang junior yang sentiasa rapat denganku dan juga merangkap teman sebilik sewaku sebagai pembantuku.
Pada satu hari aku dan Anisya kerana terpaksa menyelesaikan tugasan di majlis amal anjuran persatuan kebajikan universiti kami.
Kebanyakan ahli-ahli lain sudah lama pulang, aku terpaksa meminta ahli lelaki terakhir pulang disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah lain nanti. Aku terpaksa tinggal bersama Anisya kerana mahu merapikan stor kami.
"Akak, Anis dah siapkan bungkus dan tanda semua beg-beg tu... esok nanti senanglah geng-geng lelaki nak cari beg-beg ni.." ujar Anis, juniorku.
"Terima kasih Anis..." balasku lembut.
"Alaa.. akak ni.. Anis tolong akak ni bukan free tau.. kena upah tau..."
"Yela, yelah... tak habis-habis dengan upah dia..."
"Hehehehe..."
Aku cepat-cepat selesaikan mengemas semua peralatan di dalam bilik stor. Berpeluh-peluh juga tubuhku mengangkat bungkusan-bungkusan plastik berisi beg goodies. Setelah selesai aku keluar dari bilik stor.
Tiba-tiba,
"Akak!!" panggil Anis dengan mengejut.
"Apa?!" balasku dengan perasaan takut.
"Dah pukul 9.30 dah akak... camana kita nak balik nanti?" sambil dia menujukkan jam di tangannya.
"Ah! Alamak... ha'ah laa.. akak tak perasan lak dah lewat..."
Anisya kelihatan seperti risau dan tak tentu arah. Pembarisnya si Anis ni. Aku hanya menggelengkan kepalaku sambil tersenyum. Macamlah zaman sekarang dah tiada cara lain untuk balik ke bilik sewa kami. Zaman sekarang sudah ada perkhidmatan grab, segalanya di hujung jari.
"Dah... kita naik grab je la... Anis ni... risau tak tentu hala betul lah..." kataku sambil tersengih.
"Thehehehe... Anis lupa..." jawabnya sambil mengaru kepalanya yang bertudung.
Setelah mengunci bilik operasi persatuan, oleh kerana persatuan kami mempunyai ahli teramai dan paling aktif, pihak universiti telah menganugerahkan sebuah bilik yang lengkap dengan stor untuk dijadikan sebagai bilik operasi. Kami berdua berjalan keluar dari bangunan blok pentadbiran universiti kami.
Hari pun sudah agak larut malam, aku dan Anisya terpaksa cepat-cepat berjalan pulang pada larut malam. Suasana blok ini masih lagi terang namun bunyi-bunyi pelik membuatkan langkah kami semakin laju. Anisya sedikit ketinggalan di belakangku.
"Akak... jangan laju sangat... Anis rasa ser..."
"Hish... bacalah ayat apa-apa... dah cepat sikit..." pintasku.
Disebabkan terleka mengemas tadi sehingga lupa akan waktu ketika sibuk mengemas. Walaupun jarak universiti dan bilik sewa tidaklah terlalu jauh namun waktu ini sekarang kebanyakannya sedang bercuti selama 9 hari, ramai di antara rakan-rakan kami memilih untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, namun tidak pada aku dan Anisya. Kami lebih seronok untuk melepak di bilik sewa dan bilik operasi persatuan kerana tidak banyak yang dapat kami lakukan untuk menghabiskan cuti di kampung halaman.
Kira-kira hampir pukul 12 malam aku dan Anisya tiba di blok bangunan bilik sewa kami. Kami menyewa sebuah bilik studio yang majoritinya disewa oleh pelajar-pelajar universiti. Aku terpaksa memilih menyewa di situ kerana ianya paling hampir dengan tempat aku belajar.
Walaupun sewaannya agak tinggi sedikit namun dengan ia banyak kelebihannya, salah satunya ia mempunyai pengawal keselamatan dan juga setiap tingkat disewakan mengikut jantina. Aku beruntung kerana tingkat bilik kami majoritinya disewa oleh pelajar-pelajar universiti yang sama denganku.
Waktu itu kawasan sekitar sangat sunyi malah ianya lebih sunyi dari bangunan universitiku, begitu juga di bilik-bilik sewa yang lain. Aku dongak melihat bilik-bilik yang sudah dua hari gelap kerana kebanyakkan penghuninya sudah tiada dan kini mungkin yang tinggal hanya kami berdua sahaja yang masih berada di dalam tingkat itu.
Malah aku juga terfikir entah-entah satu blok bangunan yang luas dan bertingkat-tingkat ini hanya dihuni oleh kami berdua sahaja, mungkin. Setelah melalui bilik pengawal keselamatan, cepat-cepat aku dan Anisya masuk ke dalam lif, butang tingkat ditekan. Aku merasa lega apabila pintu lif ditutup.
Entah kenapa aku merasa tidak sedap hati pada malam ini.
"Apsal akak nampak pelik je ni? tadi ok je.."
"Takde pape lah... akak rimas sebab badan akak ni melekit-lekit dengan peluh ni haa..."
Anisya terus rapat dan menghidu-hidu tubuhku.
"Leerr... takde pun bau pelik-pelik kat akak ni..."
"Oh.. nah rasa ni..." aku angkat tanganku dan menyuakan ketiakku pada Anisya.
"Tidaakkk... masam la..."
"Tau pun..."
"Tobat nyesal tanya... hehehehe.."
Aku tersengih pada Anisya.
Namaku Ilyani, ketika ini aku berusia 22 tahun, sementara Anisya baru berusia 19 tahun. Usia kami tidak jauh berbeza, punca kami berdua sangat akrab adalah kerana kami tinggal sebilik dan kebetulan juga kami berdua berasal dari daerah yang sama, di Utara, tambah lagi kami juga satu fakulti dalam pengajian yang sama. Dari kata-kata orang sekeliling kami baik lelaki mahupun perempuan, kami berdua memiliki wajah yang cantik dan comel. Orang kata tau..
Aku yang berkulit kuning langsat serta bentuk badan yang tingggi sekitar 170cm, saiz braku 34B, nampak padan dan anggun dengan penampilan harianku yang sentiasa bertudung yang agak labuh tetapi sentiasa mengikut trend.
Anisya pula tidak bertudung sepertiku yang agak labuh itu, dia memiliki kulit yang sangat cerah, tubuh yang mungil, ketinggian badannya hanya sekitar 156cm dan wajahnya yang berlesung pipit sangat comel. Dia memiliki ukuran buah dada yang agak besar, saiznya 36C.
Oleh kerana itu, aku selalu menegurnya agar melabuhkan tudungnya untuk menutup dadanya itu namun tudungnya hanya sekadar mencecah perutnya sahaja berbandingku separas pusat. Anisya memiliki tubuh yang ramping dan punggungnya tonggek serta kulit yang sangat putih hinggakan urat-urat halusnya telus terlihat.
Aku sedar ramai pelajar lelaki dari junior hinggalah senior malah ada juga pensyarah lelaki yang turut tertarik kepada kami berdua, mungkin kerana perwatakan dan keperibadian kami.
Kami berdua memang terkenal dengan sikap kami yang ringan tangan. Aku dan Anisya boleh dikatakan sentiasa bersama, selain aktif berpersatuan, kami juga mudah mesra dan boleh bergaul tanpa masalah dengan semua orang.
Aku dan Anisya sentiasa berhemah dalam batas-batas pergaulan dan sentiasa dengan lembut kami menolak pelbagai ajakan yang ingin menjadikan kami sebagai teman wanita dari lelaki-lelaki yang mendekati kami.
Aku memilih untuk memberi tumpuan lebih pada pengajianku serta memberikan fokus yang lebih demi menyiapkan tesisku, Anisya yang baru memulakan tahun pertamanya di universiti ini, dia lebih memilih untuk aktif dalam persatuan keagamaan di universiti daripada bercinta ataupun bersenang-lenang sebagai pengisi masa terluang seperti rakan-rakan kami yang lain.
Setibanya di tingkat bilik sewa, aku terus menuju ke pintu bilik sewa dan membuka pintu, manakala Anisya pergi ke bilik cucian yang terletak agak jauh dari bilik sewa kami. Setelah aku membuka pintu bilik, aku begitu terkejut apabila melihat bilik kami telah berselerakan seperti ada seseorang yang mencari sesuatu.
Aku merasa takut melihat keadaan bilik kami sebegini, belum sempat aku meninjau sekelilingku, tiba-tiba kepalaku dipukul dengan kuat dari belakang hingga aku jatuh pengsan.
Maaf kalau ada kekeliruan atau typo..
YOU ARE READING
Nur Ilyani
Short StoryMalang seorang siswi bernama Nur Ilyani. Koleksi lama yang telah diubah mengikut citarasa sendiri.