LC 4

82 5 3
                                    

Angin yang kebetulan datang menyapa mereka ketika ini ,seakan cuba menyampaikan rasa sesuatu yang ada dihati mereka berdua terutama di hati El.Mulut yang ingin berbicara seakan terkunci .Matanya tidak berganjak dari memandang wajah gadis tersebut .

'...warna mata dia sama dengan kau .'
Matanya berkedip sekali tatkala teringat akan kata² temannya tempoh hari sekaligus menyedarkan dirinya ke dunia nyata .

'Perempuan ni ke yang dimaksudkan Fimmy tu ..'

Matanya dialihkan ke arah lain .Kakinya mula melangkah ingin meninggalkan tempat tersebut .Mia pula terkebil-kebil apabila dirinya ditinggalkan begitu .

"Awak !"

Melihat langkah orang itu berhenti tanpa menoleh ke arahnya ,Mia membuka mulutnya sekali lagi .
"Erm terima kasih ." Mia menunggu perempuan itu membalasnya namun orang itu pergi begitu sahaja.

"Sombongnya .." gumam Mia .Tapi hati kecilnya teruja kerana menjumpai orang yang memiliki warna mata yang sama dengannya . Dia tersenyum kecil ,difikirannya ada juga manusia yang sombong namun hatinya baik .

Ouh ya ,nama dia apa ya ?

Dia mematikan enjin superbike Aprilia RSV4 1100 Factory ,satu²nya milik kesayangannya yang paling dia sayang yang dihadiahkan oleh papanya sempena hari jadinya tahun lepas .Dia mencabut helmetnya kemudian melangkah ke arah gerbang pintu rumahnya yang telah sedia terbuka .Dia memandang sekeliling ruang tamu.

' Agak²nya perempuan tu buat apa ye kat rumah ni '

Langkahnya terus menuju ke arah Makteh setelah melihat kelibat mak teh yang berada di dapur .
"Ha baru balik ..kamu ke mana selama ni .Tahu tak risau mama kamu tu ."

El hanya tersengih mendengar bebelan Makteh yang telah dianggap sebahagian dari keluarganya itu .Dia menyalami tangan Makteh tersebut .
"Alaa Mak teh .Kita penat ni balik² kena marah .Tak kesian kat kita ke ."Dia memeluk pinggang Makteh dari arah tepi.Telah terbiasa bermanja dengan orang yang selalu menjaganya sejak kecil .
Makteh yang sedang menyiapkan makanan mula mencubit lengan El ."Eh kamu ni jangan ganggu Makteh tengah buat kerja ni "

Bibir El dimuncungkan lalu merebahkan punggungnya di kerusi meja makan .Kelihatan strawberry shortcake trifle yang tinggal sesuku itu menarik perhatiannya ."Aik ,sejak bila Makteh pandai buat dessert macam ni ." Diambilnya dessert tersebut lalu disuapkan ke dalam mulutnya .
'Sedap ..'

"Ha ? Ouh tu ,Mia yang buatkan dessert tu .Nasib baik kamu sempat datang kalau tak habis dah ."
Kunyahannya terhenti .Dia memandang hairan ."Mia ? Siapa Mia ?" Namun ,pertanyaannya tidak dibalas kerana kebetulan blender sedang dihidupkan yang menyebabkan orang tua itu tidak mendengar soalannya.

Dia menaiki anak tangga satu persatu kemudian menuju ke biliknya .

'Mana buku hitam aku ni ?' Dibuka lacinya satu persatu tapi masih tidak dijumpai .
'Ouh ya ,kat bilik sebelah .'

Dipulasnya tombol pintu lalu dia menapak ke dalam perlahan .Fikirannya hanya pada buku hitamnya maka dia terus membuka laci² yang ada disitu .

'Jumpa pun' Dia merebahkan punggungnya dia atas tilam empuk yang berada di dalam bilik tersebut .Helaian buku itu diselak perlahan ,meneliti sesuatu . Tiba² tubuhnya terasa lenguh lalu tangan kirinya diletakkan di tilam bagi menampung tubuhnya .Keningnya dikerutkan apabila terasa sesuatu ditangannya.

'Bra ?!!'

Matanya membesar sambil mengangkat baju dalam yang berwarna merah tersebut di hadapan wajahnya .Mengancam betul warna dia ,desisnya lalu dia menggelengkan kepalanya .Tak tak sekarang ni siapa punya ni ?Aku punya takde yang macam ni .Kenapa ada dalam bilik ni ?

Krikk ..

Tubuhnya terperanjat apabila pintu bilik mandi yang berada dihadapannya dibuka dari dalam .Bau harum yang datang dari arah bilik air tersebut menerpa ke hidungnya.
'Wa ..wanginya.'

Deg .

Muncul seorang gadis yang sedang berkemban dengan tuala yang sesingkat paras paha tersebut .El terkedu .Gadis yang berdiri itu pula membulatkan matanya ,wajahnya semakin memerah apabila melihat baju dalamnya sedang dipegang oleh orang yang tidak dikenali itu .

" Aaaaaaaaaaaaaa !!!!!!"

Dengan suasana yang agak kelam kabut tersebut ,sekali lagi El terkejut apabila gadis itu menjerit .Dengan pantas ,dia bangun lalu memeluk tubuh gadis itu dan menekup mulutnya ."Weyh diamla ! Aku perempuan la !" Mia menelan air liurnya .

'Ceit ..aku lupa ada orang lain dalam rumah ni '

"Hey Mia !Kenapa menjerit tadi ?" Ketukan pintu yang bertalu dari luar oleh makteh dipandang serentak oleh mereka berdua .
"Takde apa makteh ! Mia okey je !"

Suasana sunyi seketika .Tubuh mereka begitu rapat sehingga kedengaran bunyi nafas masing² .Debaran lain muncul dihati El.El meneliti wajah gadis yang rendah sedikit darinya .Kemudian mata mereka bertemu.
"Awak ,lepaskan saya.Makteh dah takde ."

El berdehem lalu dia menjarakkan dirinya dari gadis itu .

"Aw ..awak bukan ke yang selamatkan sa.."

"Jangan cakap kau anak papa aku ?!"
Mia terdiam apabila El memotong percakapannya dan berkata sedemikian ."Mak ..maksud awak ?"

Matanya tajam merenung anak mata gadis tersebut ."Maksud aku ?Heh .." Dia mendekati gadis itu semula secara perlahan . "Mata kita sama tau dan kau ada kat dalam rumah ni ."bisik El ,membuatkan bulu roma Mia mula naik .





-



Enjoy your reading ! Vote and comment !Love ya♡







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 01, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Cage Where stories live. Discover now