Chapter 1

592 1 0
                                    

" Mummy please mummy!" berlinang air matanya.

" Apa lagi Raisya? " dengan wajah geram bercampur marah.

" Kenapa mummy buat Raisya macam ni? Raisya sayang mummy macam mama tau tak? Apa yang mummy nak Raisya turutkan aje. But please bukan kali ni mummy " sedih dengan sikap mummynya.

" Dalam minggu ni aje mummy bagi masa untuk Raisya buat keputusan " terus menutup pintu.

Raisya terkaku di situ. Apa reaksi Daniel bila dia dapat tahu permintaan gila mummy ni.

Pintu utama terbuka semula.

" Ouh ya pastikan keputusan Raisya nanti dapat menggembirakan hati mummy " sambil tersenyum segaris. Selepas itu pintu dihempas kuat.

" Raisya takkan ikut cakap mummy! " dia menjerit lantang. Entah dengar ke tak suaranya.

Aku memandang ke arah pintu itu dengan perasaan geram. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh jua.

Aku berlari pantas naik ke tingkat atas di bilikku. Aku lompat ke atas katil dan sorok kepalaku di antara bantal. Aku menghambur tangisan di situ.

Why mummy why? Teresak esak Raisya menangis sampai tidak sedar dia telah masuk ke alam mimpi.

~~~~~

Terpisat pisat mataku apabila mendengar ketukan bertalu talu dari pintu bilik aku.

Dengan malas di gagahkan juga membuka pintu. Haish

Terserlah la muka bibik ku yang montel itu.

" Ye bik" sambil menggosok gosok mata.

" Dato suruh panggilkan kamu makan malam sama sama "

" Okay bik " sambil tersenyum nipis.

Aku masuk ke dalam toilet, aku melihat mataku sedikit sebam. Sikit aje, alah.
Selepas mencuci muka dan menggosok gigi, aku turun tangga dan berjalan terus ke meja makan.

Hurmm bau pergh sedap betul bik Sarah masak. Belum makan pun boleh tahu. Kalau mummy pula hm jarang la nak rasa masakkan mummy. Kalau masak pun sebab tak tahu nak buat apa atau pun papa teringin dengan masakkan mummy.

Masakan mummy em not bad la.

" Ha turun pun kamu " sambil mengunyah. Aku tersengih sambil mengaru pipi.

Aku tersenyum kelat apabila terpandang wajah mummy langsung tak pandang wajahku. Aku menarik kerusi berhadapan dengan mummy.

" Papa lama tak dengar cerita pasal kamu dengan Daniel. Sihat tak dia? " mula mengambil perhatian anak perempuannya yang senyap sambil mencedok lauk.

Aku tersentak dengan soalan papa.

" Okay je papa. Sihat walafiat. " tersenyum nipis. Dia cuba tutup perasaan kecewanya.

" Kalau free free nanti ajak la dia makan dekat rumah kita "

" Raisya okay je, cuma dia la tak tau la dia busy ke tak kan "

" Tak pe lah kalau macam tu. Bukan apa Raisya dia bukan orang lain, bakal suami kamu jugak. Hari hari dia datang pun papa tak kisah " sambil melihat isterinya yang tiba tiba senyap.

" Baik papa "

Meja kembali senyap sunyi. Krik krik krik.

" Yang kamu ni Laila kenapa senyap aje? "

" Tak dak ape la bang cuma kat meja ni rasa panas la pula tiba tiba. Laila naik atas dulu la ye? " terus bangun dari kerusi dan pergi ke singki dapur untuk mencuci tangan.

My Love : Mrs DanielWhere stories live. Discover now