l i m a b e l a s

684 109 31
                                    

"Ke manakah dikau pergi menghilang diri dari pagi?" Soal Puteri Junghee sebaik sahaja Jungkook menjejakkan kaki ke dalam bilik yang dihuninya bersama dayang istana Kim.

Dayang istana Kim kini baru sahaja keluar katanya mahu mengambil baju lebih juga beberapa barang keperluannya sebelum dibawa kembali ke rumah tumpangan itu.

"Tadi ada hal kejap. Junghee, kau jangan keluar tau. Aku tak tahu motif orang sekeliling kita, tapi aku harap sangat kau duduk je dalam ni. Jangan pergi mana-mana. Faham?"

"Mengapa dikau tiba-tiba berkata sebegitu?" Soal Puteri Junghee pelik. Tiba-tiba sahaja Jungkook berkata sedemikian seperti akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku jika dia menjejakkan kakinya keluar dari bilik rumah tumpangan itu.

"Nak bagi amaran je. Takut apa-apa jadi dekat kau." Balas Jungkook, cuba mengelak daripada menjawab persoalan tersebut.

Puteri Junghee memandang Jungkook lama sebelum hanha tersenyum nipis.

"Yelah. Beta tahu bagaimana mahu menjaga diir beta. Kamu jangan risau." Omongan Puteri Junghee sekali gus memberikan rasa lega menerpa mashk ke dalam hati Jungkook.

"Ha, beta mahu tahu. Dikau sudah menjumpai apa-apa bukti yang melibatkan diri kau dan beta sehingga keluarga diraja diserang?"

Jungkook yang baru sahaja memejamkan mata sekejap sambil bersandar pada dinding bilik itu terus dibuka kembali tirai matanya.

"Hm, belum. Aku tak tahu macam mana nak cari. Nanti aku cari dekag rumah keluarga Jeon. Mana tahu ada jumpa apa-apa." Jawab Jungkook membuatkan Puteri Junghee hanya diam.

-

Dayang istana Kim baru sahaja tiba di hadapan pintu bilik rumah tumpangan yang diduduki oleh Puteri Junghee itu.

Tangannya baru sahaja ingin membuka pintu bilik itu namun perbuatannya terbantut apabila dia twrdengar perbualan Puteri Junghre bersama lelaki yang tidak dikenali namanya itu.

Hampir luruh jantung dayang istana Kim dek mendengarkan fakta yang tidak disangkanya di mana lelaki itu merupakan anak lelaki daripada keluarga Jeon.

Terus terbantut niatnya ingin memasuki bilik itu. Dia menarik kembali tangannya dibawa ke sisi tubuhnya.

Aku kena selamatkan tuan puteri daripada lelaki bahaya itu.

"Okaylah, Junghee. Aku balik rumah dululah. Nanti bapak aku cari pula. Kang disebat aku pakai rotan." Kedengaran suara Jungkook menerpa kembali ke dalam deria pendengaran dayang istana Kim.

Terus sahaja dayang istana Kim menyorok di bahagian sisi rumah tumpangan itu. Kelihatan Jungkook kini baru melangkah keluar dari kawasan rumah tumpangan tersebut.

Dengan pantas, dayang istana Kim terus bergegas masuk ke dalam bilik tersebut lalu dia menutup pintu bilik itu rapat dengan dada yang berombak.

"Mengapakah dikau kelihatan gelabah?" Soal Puteri Junghee, pelik melihat dayang istana Kim yang kelihatan resah itu.

"T-tuan puteri. Patik minta maaf jika patik berkata sebegini. Tetapi, tuan puteri kena keluar dari sini." Beritahu dayang istana Kim dengan suara yang penuh kegelisahan.

"Mengapa beta perlu buat sedemikian pula? Di sini selamat dan tiada sesiapa tahu keberadaan beta di sini." Jawab Puteri Junghee, bingung.

"Tak. Dekat sini tak selamat, tuan puteri. Kemas barang tuan puteri sekarang. Kita pergi tempat lain untuk bersembunyi. Cepat, tuan puteri."

Kata-kata dayang istana Kim yang kedengaran mendesak itu membuatkan Puteri Junghee turut gelisah. Dengan pantas, sang puteri mula mengemas barang-barangnya yang berada di dalam bilik itu.

"Tetapi, nanti Jungkook mencari beta. Bagaimana beta mahu memberitahunya bahawa beta ingin berpindah keluar?"

Jadi, betullah itu satu-satunya anak lelaki keluarga Jeon. Lelaki berbahaya itu.

"Kita keluar je dulu. Cepat, tuan puteri." Desak dayang istana Kim lagi, risua jika Jungkook bila-bila masa saja akan datang kembali ke rumah tumpangan ini.

Tak alam kemudian, Puteri Junghee juga dayang istana Kim mula menapakkan kaki mereka keluar dari bilik rumah tumpangan itu.

"Mak cik. Saya dah nak keluar ni. Terima kasih sebab melayan saya dengan baik. Saya minta diri dulu ya?" Tegur Puteri Junghee kepada mak cik yang sedang menyediakan makanan buat pelanggan-pelanggannya itu.

"Eh, tadi baru saja suami kamu membayar untuk dua malam lagi." Jawab mak cik itu lalu dia berjalan mendekati Puteri Junghee.

"Ouh. Erm, ada kecemasan. Mak cik ambil jelah duit tu." Balas Puteri Junghee pula.

Sedang Puteri Junghee berbual sekejap dengan mak cik yang menjaga rumah tumpangan itu, dayang istana Kim sungguh seperti tidak senang duduk. Takut jikalau Jungkook tiba-tiba datang ketika mereka masih berada di sini.

Keluarga Jeon semuanya berbahaya lagi-lagi terhadap keluarga diraja. Licik dan bijak.

"Haha. Yelah, mak cik. Nanti cakap dekat suami saya, saya dah keluar. Suruh dia cari saya dekat satu tempat yang ada buaian yang diikat dekat pokok tu. Kata saya tunggu dia pukul 8 malam macam tu. Boleh?"

Puteri Junghee mula meminta pertolongan mak cik itu untuk memaklumkan kepada Jungkook supaya menjumpainya di satu buaian yang pernah dia bermain ketika kecil dahulu memandangkan tempat itu sahaja yang mampu dia fikir ketika ini.

"Ye, baiklah. Nanti mak cik sampaikan ye?"

"Terima kasih, mak cik. Saya minta diri dulu." Terus sahaja Puteri Junghee melangkah keluar betsama dayang istana Kim.

"Kenapa dikau gelabah semacam? Adakah sesiapa yang mencurigakan menangkap perhatian kamu?" Soal Puteri Junghee kepada dayang istana Kim yang berjalan agak laju meninggalkan rumah tumpang yang telah dihuninya hampir seminggu itu.

"Lelaki itu, tuan puteri. Kenapa tjan puteri bersama dengannya? Lelaki itu berbahaya. Dia mungkin akan mengancam keselamatan tuan puteri." Balas dayang istana Kim membuatakn Puteri Junghee mengerutkan dahinya, pelik.

"Kejap." Terus Puteri Jungher menarik tangan dayang istana Kim bagi memberhentikan langkah dayang istana Kim yang agak laju itu.

"Adakah dikau maksudkan dengan Jeon Jungkook?" Tebak Puteri Junghee kepada dayang istana Kim membuatkan dayang istana Kim mengangguk laju.

"Tepat sekali, tuan puteri. Tuan puteri tak patut bersama dia. Keluarga Jeon terlalu berbahaya. Mari kita berangkat sekarang bagi mencari mana-mana rumah tumpangan yang agak jauh dari sini. Cepat, tuan puteri." Dayang istana Kim sekali lagi mendesak Puteri Junghee, taut jika apa-apa bakal menimpa puteri mahkota kerajaan Namkanda itu jika mereka terus berada di pasar ini.

"Tak. Dikau telah salah faham. Jungkook bukanlah seperti ayahnya. Beta kenal dia." Jawab Puteri Junghee cuba untuk mempertahankan Jungkook memandangkan dia seorang sahaja yang tahu bahawa Jungkook bukanlah berasal dari sini.

"Tuan puteri. Tolong denhar cakap patik. Patik yakin dia mempunyai agenda lain dan dia itu memang lelaki yang berbahaya kerana kuasa yang dia miliki." Balas dayang istana Kim pula dan terus tergamam Puteri Junghee mendengarkan kata-kata dayang istana Kim.

Apa maksud dayang istana Kim bahawa Jungkook mempunyai kuasa?

"Kuasa? Kuasa apakah yang dikau maksudkan?" Soal Piteri Junghee kembali dan dayang istana Kim menggeleng kecil lalu digapai tangan milik sang puteri dan digenggam erat olehnya bagi menarik sang puteri mengikutinya.

"Kita tak ada banyak masa, tuan puteri. Ada baiknya kita cari dulu tempat-" Terbantut kata-kata dayang istana Kim apabila mereka terdenhar jeritan beberapa orang lelaki dari arah belakang mereka.

"Tepi! Itu dia! Tangkap puteri itu sekarang!"

•••

Dahlah. Aku buat dayang istana Kim bengap sikit otaknya. Haih😌

Macam manalah nasib Puteri Junghee nanti kan?😔

Nak tahu? Ha tunggulah next update😂💜

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now