Part 1

497 36 4
                                    

Sebaik sahaja kelas tamat , masing-masing mengemas buku dan berlalu keluar meninggalkan kelas tersebut. Hanya tinggal dua orang sahaja yang masih berada di dalam kelas itu.

" Naura cepat lah sikit kemas buku tu. Lambat betul lah kau ni. Itu lah , lain kali tabur lagi banyak-banyak buku atas meja. Kan dah lambat."

Naura menjulingkan bebola mata nya ke atas melihat sahabatnya mula membebel.

" Baiklah cik Ayra mikayla , berhenti membebel ya. Ke nak sambung lagi ? " Ayra menjeling tajam ke arah Naura yang sedang tersengih.

" Okay jom-jom. Jangan lah jeling macam tu , tergoda kita. " Naura masih lagi mahu mengusik Ayra.

Ayra hanya buat tidak tahu dengan usikkan Naura lalu berjalan meninggalkan Naura keseorangan dibelakang.

Naura yang sedar akan itu ketawa kecil dengan telatah Ayra.

" Ha siapa nak driver ni ? " Ayra memandang Naura dengan sengihan.
Naura yang sedang memandang Ayra sudah dapat mengagak disebalik sengihan sahabatnya itu.

" Tak apa lah. Tak bagitau pun aku dah tahu. " Naura mengambil kunci kereta yang berada dalam beg sandar belakangnya.

Ayra memerhati tingkah laku Naura yang terkial-kial mahu mengambil kunci kereta. Nak tergelak dia dibuatnya.

Ayra menggeleng kepala melihat gelagat Naura. Pemalas betul nak bukak beg tu dulu.
Selongkar sambil mata tempat lain.

" Kau tengok apa ? Tolong lah aku. " kening Naura berkerut memandang Ayra yang ketawa. Aku ada buat lawak kah ?

" Kau ni dah kenapa , cepat lah tolong. Tangan aku dah lenguh ni. " Ayra memandang muka Naura yang seperti meminta simpati. Tetapi memang minta simpati pun.

Ayra mengeluh perlahan melihat perangai kawan baiknya itu lalu berjalan ke arah Naura.

" Lain kali jangan jadi pemalas sangat eh nak bukak beg sandar belakang kau ni. Itu lah orang suruh pakai beg tepi , nak jugak pergi pakai beg ni. Sabar je lah aku dengan kau ni. " Naura hanya pekakkan telinga sambil kedua tangannya naik memegang dua-dua belah telinga.

Ayra membuat muka. " Ha ambik ni , lain kali jangan jadi pemalas. " Naura membuat muka geram. " Hish aku tahu lah. " Ayra menggeleng melihat muka cemberut kawan baiknya.

Di dalam kereta , Naura memandang seikhlas ke arah Ayra yang ralit memandang ke luar tingkap sebelum matanya kembali memandang ke hadapan.

Kang tak pasal-pasal ada jugak yang masuk hospital nanti.

" Ayra , barang dapur ada lagi tak kat rumah ? " Ayra yang sibuk memandang ke luar tingkap segera memandang raut wajah bersih Naura.

" Dah nak habis dah. Kenapa ? Nak pergi beli ke ? " mata Ayra mula bersinar-sinar. Dia memang suka kalau bab beli barang dapur ni.

" Kau larat ke ? Kalau tak , beli esok-esok pun boleh. " Bukannya apa , dia takut kawannya penat. Sejak nak dekat exam ni , selalu tak cukup rehat. Banyak sangat assignment yang kena siapkan. Lecturer pun kenapa lah kejam sangat bagi banyak-banyak.

" Alaaa tak apa. Aku okay je. Jom lahh , tak sabar nak pergi beli. " Naura hanya mengangguk kepalanya. Dia ikut sahaja cakap Ayra kerana dia sedar yang dia hanya menumpang.

***

" Ya Allah , banyak nya barang kau ambik Ayra! " membulat mata Naura melihat troli yang penuh dengan barang . Ayra yang melihat riak wajah terkejut Naura sudah tersengih tidak bersalah.

Naura menggeleng kepala. Gila betul kawan aku ni.

" Dah lah , jom pergi bayar. Semua dah settle , dont worry okay ? " Ayra ketawa kecil. Entah apa yang lucu pun tidak tahu.

Rintihan Takdir [ Slow Update ]Where stories live. Discover now