Part 4

182 19 2
                                    

Pagi itu Naura segera turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan mereka. Nasib baik hari ini dia dengan Ayra tak ada kelas. Jadi ada masa lah sikit untuk mereka luangkan masa bersama.

Naura tersenyum melihat Ayra yang sedang sibuk memasak dengan apron yang tersarung di badannya. Cantik sahaja badan Ayra kalau tengok dari belakang.

Ayra yang rasa dirinya diperhati lantas menoleh ke belakang. Ayra menghelas nafas perlahan. Dia mengurut dadanya. Ingatkan hantu mana lah berdiri dekat situ.

" Kau ni buat aku terkejut lah Naura. " omel Ayra perlahan.

Naura tergelak. Dia berjalan ke arah Ayra yang sibuk mengacau bihun dalam kuali.

" Nak aku tolong ? " Ayra membuat muka.

" Kau nak tolong apa ? Benda dah siap.. Tolong makan jelah nanti. " ujar Ayra dengan tangan masih sibuk mengacau bihun.

Naura hanya tersengih. Ayra memandang sekejap wajah suci Naura. Dia ingin tanya sesuatu.

" Awal kau masuk bilik semalam , kenapa ? " sengaja Ayra bertanya. Mahu juga korek rahsia si Naura ni.

" Ohh semalam. Aku okay je , cuma rasa mengantuk awal sikit. " bohong Naura sambil pura-pura sibuk mencuci pinggan. Padahal pinggan kotor bukan banyak mana pun dalam sinki. Eh tapi pinggan juga okay.

Ayra menggeleng kepala perlahan. Masih lagi nak menipu.

" Diya dengan Anne mana ? " cepat-cepat Naura menukar tropik. Takut nanti Ayra tanya lebih-lebih. Dia tak nak mood dia sekarang yang tengah elok , jadi tak elok balik macam semalam. Perasaan bersalah dalam hati masih lagi belum hilang kerana hal semalam. Disebabkan mood nya kurang elok , kawannya juga turut kena tempias.

" Tidur lagi lah tu kot. Tak apa lah , aku pergi panggil sekejap. Kau tolong hidangkan boleh ? " Naura hanya menganggukkan kepala.

Ayra segera berlalu naik ke atas untuk mengejutkan mereka berdua. Pemalas betul dua orang itu nak bangun awal. Kawan siapa lah ni.

Selesai sahaja menghidang makanan , Naura mengambil tempat duduk sementara menunggu mereka turun. Lama betul diorang ni.

Tidak lama itu kedengaran suara bising-bising di tangga, tahu lah yang mereka sudah turun.

" Awal nya turun ? " sindir Naura sebaik sahaja mereka duduk.

" Memang lah awal , baru pukul berapa. " ujar Diya dengan mata di julingkan ke atas.

" Awal kau kata ? Solat subuh tak ? "

" tak boleh. " jawab Diya laju.

Naura tersenyum sinis kemudian menggeleng perlahan. Diya.. Diya..

" Korang , tengah hari ni kita keluar nak tak ? " Anne mula memberi cadangan.

" Nak pergi mana ? " soal Naura sambil menyumbat bihun ke dalam mulut nya. Sedap betul Ayra masak.

" Kita pergi sunway piramid main ice skating nak tak ? Lepastu kita pergi shopping. " bersinar-sinar mata Ayra tatkala menyebut perkataan 'shopping'.

Naura hanya menggeleng melihat kawan-kawannya yang gila kalau bab shopping. Boleh lah mereka banyak duit. Aku ni nak sentuh pun tak boleh , apatah lagi beli.

" Aku on je! " jawab Diya riang.

" Kau Naura ? " serta merta mereka bertiga menoleh memandang Naura. Sebab mereka tahu Naura ni macam mana. Tak nak shopping sebab tak ada duit padahal mereka sebagai kawan boleh sahaja bantu.

" Err aku.. Boleh lah. " melihat muka mereka , tidak sampai hati Naura mahu menolak. Bukan selalu keluar sama-sama macam ni. Alang-alang boleh lah dia tenangkan fikiran sekali.

Rintihan Takdir [ Slow Update ]Where stories live. Discover now