Chapter 1: Hailah!

7 2 0
                                    

Aira Asyirah POV

Mask muka yang melitupi sebahagian wajah, aku tarik ke bawah sedikit. Nafas cuba ku atur untuk kembali normal sambil tanganku naik mengurut dada yang sesak.. 'Fuh' hembusan nafas kasar spontan aku keluarkan tanda kelegaan..

'Auchhh!! Adoiiii sakitnyaa kau gigit'.. Terkangkang kangkang aku cuba lari dari situ.. Melihat darah yang mengalir di bahagian betis membuatkan air mata ku automatik mengalir deras.. "Kurang ajar punya anjing..weii kau tak penat ke ha? Kita dah marathon dari hujung sana, sampai kat sini kau kejar aku.. Dah la weii" sambil membentak aku cuba mencapai ranting kayu yang terdampar tidak jauh dariku.. Dapat je ranting tu ..haa terus aku cepukk kepala anjing yang tak sedar diri tu.. Dah tau dia tu anjing pegi laa makan makanan yang anjing biasa makan..nak gigit betis aku buat ape? Bukan sedap pun weii ..kurus macam ranting kayu je ni haa..

"Hrrrr ..hrrrrr" "hrrrrr...hrrrrrr" mata anjing itu tajam memandangku..

"Tak payah laa pandang tajam macam tu aku tak pernah pun curi makanan kau.. Pukul anak kau ker ..aku tak pernah jumpa kau pun..asal kau berdendam ngan aku pulak ni"

Ranting tadi aku angkat lebih tinggi dengan harapan tekanan pukulannya nanti akan lebih berbisa dan anjing ni akan lepaskan betisku..

"Hiyyakkk... Hambik kauuu!!!" mata ku pejam rapat seraya melibas batang ranting itu ke badan anjing tu..Uishh time time cenilaa tak de makcik pakcik bawang nak tolong ambik gambar aku.. Mesti nampak power aksi aku sekarang ni.. Wooo woo

"Ulll..ull..ull" aku membuka mata ..mujur anjing gila tu telah berlari pergi..tinggal laa aku dengan betis yang berdarah terkulai di tengah taman itu..

***

Sayup-sayup kedengaran suara manusia-manusia yang tak bertamadun tu di halwa telingaku..aku kenal sangat suara ni..Ergg ape ni nak tidur pun susah laa..hishh!!

"Aip..aku tidur? Bila masa pulak aku naik bilik tidur ni..bukan kerr akuuuuuuu...... Aduhhmakkkkk" jerit ku di hujung ayat.. Mata pantas ku celikkan..

"Haa bangun pun kau..yang kau bebel bebel sambil tutup mata tu asal? Nak acah meracau laa tu.. Tak payah nak berlakon sangat ..dah..dah bangun cepat!!" haaa ni la dia salah sorang manusia yang tak bertamadun yang aku cakapkan tadi tu.. Dia ni abang nombor dua aku.. Biashee dia ni.. Berani dia hempuk kepala ku dengan bakul buah .. Eii kurang asam boii betul..

"Ai okey?.. Ai tau tak abang risau sangat tadi.. Nasib baik ada jiran kita yang nampak Ai terbaring dekat taman dengan kaki berdarah ..sempat juga kitorang bawa Ai pegi hospital" lembut suara abang sulung ku berkata..

"Ha ah la.. Ai lupa yang tadi ada anjing gigit betis Ai.." aku mengaru kepala ku sambil menunjukkan gigi ku yang tersusun rapi.. Eh hello gigi I cantik tau u olls..Haa I pakai jenama ubat gigi yang ada iklan Fazura tu.. Optic whitee gitteww..hik..hik

Mataku mengerling ke sekeliling.. Aku kat hospital laa ni ye.. Minta minta laa aku tak jadi zombie lepas ni..kot kot anjing tadi tu bawa virus kan..seram pulak nyahh..aku menelan air liur yang terasa mula kelat bila memikirkan kemungkinan tersebut..

"Haa asal muka kau tu? Weii kau terberak kat seluar ke weii!! Asal tak bagitau kitorang jerr..bole kitorang angkut kau bawa masuk toilet ..tak payah laa melepas atas katil tu..halamak dia ni" bebel Aiman, abang kedua ku tadi.. Matanya terbeliak sedikit menunjukkan mimik muka yang membuatkan telapak tanganku melekap elok di pipi kanannya.. Haa rasakan tu!!

Bibirnya tercebik menahan rasa sambil mengusap pipi yang mula kemerahan.. Haaa haa nak nangis laa tu.. Dasar cengeng ..cakap main lepass je tau.

"Gilaa laa kau.. Aku mana ada berak laa.. Aku just risau jee..macam mana nanti kalau aku jadi zombie sebab gigitan tu.. Haa bahayaa ni.. Nnti kau jadi zombie, abang long jadi zombie..satu dunia jadi zombiee...huuaaaaa ..aku taknakk!!" Aku merengek ketakutan di depan kedua dua abgku.. Kedua dua tangan ku memukul permukaan tilam di bahagian kiri dan kanan.

Krikk..krikk selepas meraung macam orang gila kira-kira 3 saat..aku tersedar yang abang abangku diam dan saling berpandangan antara mereka. Seolah olah ada sesuatu yang mereka bincangkan menerusi pandangan mata..'Eh bilaa masa pulak abg abg ku ni reti guna telepati'

Sepasang mata along beralih memandangku.. Tergambar riak sedih di wajahnya..along mengigit hujung bibirnya.. Tangannya pulak naik mengusap tengkuk..

"Ai.......along harap adikk dapat bersabar ek.. Sebenarnyaaa.." along sengaja meleretkan suaranya dihujung ayat untuk melihat reaksiku..

Aku mula gelisah. Apeni? Aku nak jadi zombie betul betul kee? Beribu persoalan bergasak masuk ke otak kecik ku.. Pemandanganku mula gabur dek kerana empangan air mataku mula memenuh..

"Kenapa long? Baik along cakap cepat apa yang jadi" desak ku..
" Along..along mintaa maaf..tadi doktor tu cakap ngan along yang... " along menunduk ke bawah.. Dengan muka yang menunjukkan seribu rasa serba salah.

"Yang apee?.." air mata ku setitik demi setitik mengalir di pipi.. Tangan kekar along segera ku capai..memintaa dia meneruskan kata katanya tadi..

" Kaki Ai terpaksa di potong" suara along sedikit mengendur di hujung ayatnyaa..
Aku terlopong hebat... Whattt?? Degupan jantung ku semakin laju.. "Noo!! Noo!! Along tipuu" tangan yang mengigil naik menekup mulut.. Aku mengensot menjauhi along..mustahil..ni semua mustahil..please cakap ni mimpi jerr.. Ya Allah terlalu berat ujian mu kepada ku Ya Allah.. Aku meraungg menangis..
"Betis adik luka teruk.. Lepastu doktor cakap air liur anjing tu ada bakteria..dah la anjing tu anjing gilaa ..haa dorang terpaksa potong jugaa.. Takut nanti adik jadi zombie betul betul.." along cuba untuk menerangkan padaku dengan lebih detail..

Aku segera menekup kedua dua telinga ku..aku tidak sanggup mendengar kata kata along itu lagi.. Macam mana aku nak lalui hari hari ku yang akan datang.. Dengan ibu bapa yang telah lama pergi..sapa yang akan menjagaku..macam mana aku nak pegi sekolah.. Macam mana nak pegi kedai pak mat beli aiskrim kesukaan ku .. Macam mana nak hadap Ayu aka sahabat baik ku.. Nak lagi ke dia kawan dengan org tak de kaki macam aku ni.. Nehiiiii!! Aku menangis dengan teresak esak.. Hingus yang mengalir keluar dari lubang hidung ku sedut semulaa..huk huk..

Tiba-tibaa aku dengar suara orang ketawa terkekek kekek.. Aku terpinga pinga melihat Aiman aka angah yang ketawa shaitonn sambil menekan nekan perutnyaa..

"AAHHHAHAAHAAHHHAHAHA..weii serius laa dek.. Kau ni lawak sgt..dah tu bahalul pulak tu..senang senang jer kau percaya penipuan si tua bangkaa ni" sejurus mendengar kata kata angah..aku menangkap perbuatan along yang membuat aksi mencekik kearah angah.. Dia tersengih babun apabila menyedari pandangan helang kuu...kuangg ajoo betull manusiaa manusiaa tak bertamadun ni.. Eiii gerammnyaaa.. Arhhhh!!!

" Alaaa Ai.. Ai janganlah serius sangat..along melawak jer tadi tu..tak sangka pulak Ai ni bodoh bebenorr sampai tertipu.. Dah laa tak cek dulu kaki tu ade ke tidokk..terus nak meraung bagai..AHAHHHHHHAHAHA"  ucap along sambil ketawaa shaitonnnn jugakkk...

"Setannn laa korang ni.. U and u berambuss dari sini.. Ai tak nak tengok muka u dua..ciss!" aku acah acah marah kepada mereka berdua..senanyaa aku saja tu nak tutup malu.. Betul juga kata along..ape sal la aku tak selak je selimut ni tgk betul ke tak kaki aku kena potong..haih daa teruk sangat kebodohan kau ni Aira Asyirah!! Nak kena mendaftar tadika balik la aku lepas ni.. Ish ish ish

"Memang kitorang nak keluar da pun ni..kau jangan nak sambung tidur..patutnya tak perlu pun kau baring kat katil hospital ni.. Luka kau tak teruk pun..nasib baik kau pengsan jer tadi tu..dah cepat siap kita dah boleh balik ni..angah dan along tunggu kat luar" kata angah lantas keluar dari bilik itu diikuti dengan along..aku hanya memandang mereka berdua dengan perasaan yang bercampur aduk..nak maki ada..nak hempuk ada..nak sepak terajang pun ada.. Hishh sebb baikk korang abg abg aku..kalau tak dah lama aku tolak masuk gaung..

Aku mula bangun dan bersiap.. Sesekali mata ku membelek betis yang digigit anjing tadi.. Hmm nasib baik tak teruk sangat .. Rosak kaki peloles akuu..Hailahhh!!

***bersambung

Do vote and comment gais!
Xoxo

Aku Tak Sempurna (OnGoing)Where stories live. Discover now