11 April 2020/ 24 April 2024
"Miss, salah oder ni. Saya nak Sizzling Brownie. Bukan Crackling Brownie."
Agak sentap aku lepas dengar teguran pelanggan lelaki itu. Teruskan riak wajah manis, Sizzling Brownie itu aku ambil dan letak dalam dulang semula.
"Ah, maaf. Saya ganti Sizzling Brownie tu dulu, ya." Meminta diri kepada lelaki itu, langkahku terus melaju ke bahagian pastri.
Kali ni, dah kali kedua aku hantar pesanan yang salah. Tanya aku kenapa? Siapa lagi punca yang paling layak untuk aku salahkan kalau bukan Haziq? Lepas aje kedua belah kaki galahnya itu diangkat pergi, otak aku tak boleh berfungsi dengan baik. Minda aku secara menyeluruh dihuni oleh lelaki itu.
Puas aku cuba fokus balik dengan kerjaku, tapi akhirnya aku sendiri termangu-mangu. Flash back berulang kejadian tengah hari tadi. Terutamanya apa yang dikatanya.
"Kau tak ada apa-apa ke?"
"Apa yang dah jadi Unie sampai kau ni macam pelik semacam aje?"
"Kau perlu rehat ni."
Segelintir kawan-kawan sekerjaku memberi soalan berbaur kerisauan itu lepas perasan kemerosotan pada kualiti kerja aku kerja hari ini. Selebihnya lebih berminat nak tanya pasal lelaki misteri yang helok datang melawat aku di kafe ni. Bebekalkan senyuman dan gelengan kepala sekali, aku beritahulah yang Haziq tu cumalah kawan salah seorang daripada abang aku. Kononnya datang singgah sekadar untuk melawat aje. Tapi itu pun tetap tak berjaya tutupkan mulut-mulut murai mereka.
Tak habis dengan pujian, masing-masing pula gatal tanya pasal nombor Haziq. Aku bagi ke? Sudah tentulah tidak. Aku cakap ajelah yang aku dapat email dari lelaki itu. Itu pun mereka sibuk nakkan email Haziq. Aku menipu, aku tahu. Tapi aku buat begini pun sebab aku nak jaga keselamatan peribadi dia.
Ugh, entah apalah yang dia orang ni teruja sangat dengan Si Haziq tu pun aku tak faham.
"Wow! Bapak kuno dà gē tu chat kau guna email!" Aku dengar Leon berbunyi. Masih kagum dan lucu dengan kehadiran Haziq yang dah dua jam berlalu tu.
"Aku tipu aje tu." Beritahuku. Leon yang berjalan di sebelahku jongket kening. Lepas tu dia menghembur tawa.
"Patutlah aneh semacam! Sikit lagi aku nak tanya dà gē tu daripada generasi keberapa masih guna email berhubung dengan orang. Risau aku orang yang tolong kau tu orang tua." Dia jeling aku seketika. "Takut kalau dia minta yang bukan-bukan. Tapi lepas tengok dia tadi, lega aku sikit. Mr. Haziq tu masih green avocado. Muka pun, hrmm... sungguh"
Masa ini aku dengan Leon melangkah keluar daripada kafe, sama-sama menuju ke pakir kereta. Muka-muka pekerja sambilan Book's Café yang bertugas syif malam itu kebanyaknya dah sampai untuk menggantikan pekerja sepenuh masa tu. Kalau ada yang tegur, aku dengan Leon tak lokek menyapa semula.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...