07

2.1K 315 46
                                    

27 August, 10:30 p.m.

Haeri mengambil keputusan untuk menunggu di hadapan lorong gelap itu. Untuk mencari lelaki psiko bernama Jeon Wonwoo.

Dan tepatnya, Wonwoo yang ketika itu sedang dinanti muncul dari kegelapan.

Mereka berdua kaku melihat sesama sendiri.

Dan kali ini, Haeri dengan semangat baru. Tiada lagi rasa takut yang menghantui. Dia perlu lakukan perkara yang benar.

"Encik Jeon Wonwoo." ujar Haeri.

"Ya, saya." Wonwoo menjawab formal dengan senyuman.

Haeri mengambil nafas dalam sambil melihat tepat ke arah anak mata Wonwoo.

"Cik adik, ada apa? Nak kena bunuh hari ni?" Wonwoo bertanya. Bersedia seolah olah mahu membunuh.

"Saya.. Nak pulangkan balik coklat ni." Haeri menghulurkan coklat semalam.

Wonwoo kebingungan sebentar sebelum ketawa.

"Haha, perempuan. Kau memang berbeza."

Sedikit terhibur. Dia merengus kasar.

"Maaf. Tapi macam mana kalau aku taknak ambil balik?" soalnya datar dengan kening terangkat.

Haeri cuba untuk menyimpan balik coklat itu.

"Kalau macam tu, saya simpan balik."

Tangan Haeri dipegang. Wonwoo menghentikan pergerakan tangan itu untuk menyimpannya.

"Kalau macam tu, biar aku tolong simpankan." tawar Wonwoo.

Haeri tersentak kemudian membiarkan lelaki itu menyimpan coklat tadi.

"Tengok ni. Aku simpan." Wonwoo menunjukkan coklat itu dan disimpan dalam poketnya.

"Suatu hari nanti, kau akan tuntut balik coklat ni."

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now