Bab 09

6.1K 333 44
                                    

28 April 2020/ 08 May 2024

"Abang Taqim, Unie pergi dulu!" pekikku pada Abang Mustaqim yang sedang menyelak-nyelak beberapa dokument balance sheet tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang Taqim, Unie pergi dulu!" pekikku pada Abang Mustaqim yang sedang menyelak-nyelak beberapa dokument balance sheet tu. Dia sekadar angkat tangannya menerima pamitanku. Manager kut. Kenalah tambah ekstra baik kalau berhadapan dengan anak buah big bos. Huh, nampak bebenor tak ikhlas buat baik. Plastik!

Pemegang pintu aku tarik, namun suara besar seseorang yang memanggil aku itu membatalkan tingakahku. Kerutkan sedikit kening apabila Leon berlari anak mendekati.

"Kau yakin ke nak pergi ni?" tanyanya berbaur risau. Kulit putih melepak dia itu pun dah tunjukkan yang dia tak senang bila aku beritahunya yang aku nak jumpa Haziq.

Pintu itu aku lepaskan lalu ia tertutup semula.

"Aku kena pergi juga, Leon. Tempoh sebulan yang Encik Haziq bagi itu dah tamat." Aku dah jelaskan kepadanya tentang 'hutang' yang dibayar cash oleh Haziq itu. Ingatkan kuranglah kebimbangan Leon, rupanya reaksinya berbeza. Makin bertambah pula kerisauannya itu.

"Kau tak takut ke? Macam mana kalau dia pun sama aje dengan ahlong itu?" Syak wasangka yang diikuti dengan ayat menakut-nakutkan itu memang sengaja dikatanya supaya aku batalkan niatku.

Tiga cawan kopi itu aku pegang betul-betul sebelum mengeluh perlahan. "Aku tak rasa dia macam itulah, Leon. Mungkin perbuatan dia tak ada beza pun dengan ahlong-ahlong itu, tapi sekurang-kurangnya Encik Haziq bantu aku."

"Bantu kau?! Kau gila ke Unie? Dia itu datang entah dari mana, tiba-tiba pula boleh selamatkan kau. Lepas itu mengaku dah bayar semua hutang kau, kau tak boleh fikir dengan rasional sikit ke ada sesuatu yang tak kena dengan dia itu?" Suara Leon mulai naik. Tak puas hati bila aku pertahankan lelaki itu.

Dapat aku cam garisan halus di bawah matanya. Marah betul dah dia ini. Dan nampaknya, tindakkan aku selepas ini pun akan buat marahnya makin menjadi-jadi.

"Aku kena pergi juga." Sejurus dengan itu, pintu terusku tarik lalu keluar laju. Tak ada masa aku nak jelaskan panjang-panjang kalau pada akhirnya, aku juga yang akan dimarah balik.

Jauh sedikit kaki melangkah meninggalkan kawasan kafe, aku pusing balik untuk pandang Leon. Bayangan lelaki itu dah tak ada. Balik nanti, tahulah aku nak pujuk dia macam mana.

"Uncle, pergi tempat ni ya." Masuk-masuk aje dalam Grab car tu, aku terus tunjuk alamat yang Ilham hantarkan kepadaku.

Kata lelaki itu bosnya mahu jumpa aku di officenya sebab Haziq betul-betul sibuk dan tak boleh keluar ke mana-mana minggu ni. Tak boleh keluar ke mana-mana? Musykil aku dengar ayat itu. Dia buat kerja ke, dia tengah duduk kat penjara sebenarnya?

Bunyi enjin kereta yang diperlahankan itu buatkan aku buang pandangan ke tingkap kereta. Jalan kini dipenuhi dengan bermacam-macam jenis kenderaan. Tak kesah kereta mahupun motosikal, semua kena berhenti bila lampu isyarat menunjukkan warna merah. Aku mendagu pula. Imbas semula kejadian dua minggu lalu apabila sekali lagi aku diselamatkan oleh orang yang sama.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now