Bab 10

7.3K 324 22
                                    

02 May 2020/ 15 May 2024
-

Daripada menunduk, belakang tubuhku bertemu dengan kepala sofa setelah aku selesai menanda tangani surat perjanjian itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daripada menunduk, belakang tubuhku bertemu dengan kepala sofa setelah aku selesai menanda tangani surat perjanjian itu. Encik Abu Bakar yang menjadi saksi itu mengambil kertas tersebut, kemudian disemaknya. Terangguk-angguk kecil kepalanya. Seakan mengesahkan. Aku tak mampu fikir apa-apa melankan kehidupan aku di masa depan nanti.

Rasa macam baru jual roh aku pula kat lelaki yang kelihatan puas melihat kehendakknya itu telah aku penuhi.

"Alhamdulilah, semuanya dah selesai. Cik Unierah, lepas ni kamu kena ingat yang kamu dah sign surat perjanjian ni dengan Encik Haziq. Apa-apa yang berkaitan tentang surat ni, kamu tak boleh langgar. Kamu fahamkan maksud saya?" Aku diam sekejap bila ditanya seperti itu. Ambil dua saat sebelum anggukkan kepalaku. Faham yang Encik Abu Bakar maksudkan.

Kini, aku terikat dengan Haziq. Apa-apa yang aku mahu lakukan selepas ini mesti fikir dua kali terlebih dahulu. Fikir tentang hutang aku kat Haziq, barulah kehidupan aku.

"Thank you, uncle. If I need anything, I'll let you know." Dapat aku merasakan ada kemesraan antara dua lelaki ini apabila Haziq menggelar Encik Abu Bakar dengan panggilan uncle itu. Haziq menjabat tangan Encik Abu Bakar. Entah bila dia bangun daripada kerusi empuknya itu pun aku tak perasan. Tiba-tiba aje boleh berdiri dekat dengan aku dan peguamnya ini.

Lelaki itu senyum. "Kamu pun, jangan diamkan benda yang dah nyata depan mata. Segerakan la perkara yang dah diamanahkan tu. This is crucial because it concerns your relatives, Haziq. Kamu tak mahukan ada yang mengamuk kalau tahu perkara ni bukan daripada kamu sendiri?"

Haziq tak cakap apa. Namun riaknya itu bagai mengakui ada benarnya apa yang dikatakan oleh peguamnya itu. Aku tak faham apa yang mereka bualkan sebab tak ada kaitan dengan aku pun. Tapi aku pelik juga, kenapa nak bincang perkara privasi Haziq di depan aku? Tak takut ke mereka kalau-kalau aku ni bermulut becok pergi jajah cerita ni kat orang?

Hmm... Entah apa-apalah, janji aku boleh blah cepat-cepat dari sini. Tak perlulah hadap muka tembok mamat tu untuk hari ni.

Tamat sahaja perbincangan ini, Encik Abu Bakar berterima kasih kepada kami berdua. Sempat lagi dia mengucapkan selamat kepadaku. Apabila Encik Abu Bakar mula mengorak langkah menuju ke pintu, aku pun ikut jejak langkah lelaki itu. Jadi menyampah pula hirup udara kat bilik ni lepas Haziq perkecilkan pemberian aku tadi.

"Siapa cakap kau boleh keluar?" Mengeras terus aku, pintu yang mahuku tahan pintu itu pun tergendala jadinya bila dengar suara dingin itu. Erk!

Langsung jatuh tangan aku di sisi tubuh. Lambat-lambat aku pusing belakang. Waktu ni Haziq dah kembali semula ke kerusinya. Duduk lagak bos saat kaki disilang sempurna.

"Encik panggil saya ke?" Takut-takut aku tanya. Manalah tahukan dia bukan bercakap dengan aku? Mungkin dia tengah bercakap dengan dinding kat belakang aku tu? Siapalah tahu, sebab dia dengan dinding tak ada beza. Keras, konkrit, pegun!

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now