G - 1

43 1 0
                                    

2015...

"kringgggg !!!"
Loceng sekolah mula menjerit nyaring menandakan sudah pukul 7:30 pagi .

" eh kau , sini !"
Panggil salah seorang daripada pengawas yang bertugas menjaga pintu pagar sekolah pada pagi tersebut .

" weh sorry weh , ni pun aku skip breakfast "
Budak perempuan yang ditegur itu menyatakan alasan .

" dah la tu weh , kesian dia "
Tegur lagi seorang pengawas yang bertugas .

" ok , after perhimpunan aku belanja kau nasi lemak kantin nak ?"
Mereka bertiga mengatur langkah ke tapak perhimpunan sekolah .

" pada pagi ini , saya ingin mengalu-alukan kedatangan guru baharu ke sekolah kita "
Semua pelajar dan guru-guru mula bertepuk tangan dan pelajar lelaki mula bersorak gemuruh .

" shh !"
Ketua pelajar mula memberi arahan supaya senyap untuk memberi laluan kepada guru baharu itu memberikan ucapan .

***

" Husna , pinjam pemadam weh !"
Jerit Medina yang hanya duduk bersebelahan dengan penolong ketua pelajar itu .

" woi , dia duduk sebelah kau je kot . tau la kerja matematik kau tak siap lagi kan ?"
Sindir Nasuha yang duduk bersebelahan dengan Husna .

" nah "
Pemadam berjenama Stabilo dihulurkan kepada Medina .

" lain kali , siapkan malam tadi . takde la gelabah macam ni pagi pagi "
Nasihat Husna kepada sahabatnya itu .

" ok , morning class "
Mata pelajaran matematik menjadi pembuka pada hari itu .

" Dina , kau siap tak kerja kau ?"
Tanya Nasuha .

" Dina dah siap dah "
Husna berbisik supaya suaranya tidak dedengari oleh guru mereka .

" macam biasa "
Ujar guru matematik itu . Semua murid di dalam kelas 6 Anastasia mula bangun sementara menunggu guru mereka menyemak satu demi satu kerja murid-muridnya .

" ah aduh aduh , teacher ah ah sakit sakit "
Semua ahli kelas menoleh belakang . Aliff Aiqal , pelajar yang menyandang jawatan Pembimbing Rakan Sebaya itu dipiat telinganya .

" weh , nak pergi toilet do . urgent !"
Bisik Husna kepada Nasuha , tetapi didengar jelas oleh Medina.

" Pergi la mintak izin "
Kata Medina sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah tandas .

" Dah kenapa Dina tunjuk tunjuk ?!"
Husna segera berlari anak ke arah guru itu untuk meminta izin .

" Mana Husna ?"
Tanya Medina kepada Nasuha . Nasuha mengangkat bahu tanda tidak tahu dimana keberadaan sahabat mereka itu . Masa menunjukkan 5 minit sahaja lagi sebelum kelas mereka tamat .

" Kringgg !!!"
Loceng rehat mula berbunyi dan guru matematik mereka segera menamatkan sesi kelasnya pada pagi itu . Nasuha dan Medina mula bergegas ke tandas untuk mencari Husna .

***

" Weh , kau asal ?"
Tanya Medina apabila melihat rakannya itu menangis teresak esak . Nasuha kelu .

" Dina , ada pad spare tak ?"
Medina laju mengangguk kerana dia sememangnya sentiasa dinasihati oleh ibunya untuk mambawa tuala wanita itu ke sekolah .

" Pergi la ambik !"
Arah Nasuha . Walaupun pada waktu rehat itu sepatutnya dia ditugaskan untuk menjaga kaunter buku pusat sumber , dia terpaksa meminta tolong Ketua Pengawas Pusat Sumber untuk menggantikan tugasnya pada hari itu .

" nah , weh bangun pakai ni dekat tandas "
Medina menghulurkan tuala wanita itu kepada Husna . Husna terus mengambil tuala wanita itu daripada pegangan Medina .

GadisWhere stories live. Discover now