Nasuha selesai mengisi borang penyertaan Neon Run yang diberikan oleh Qasrin .
" eiy tak sabarrnya nak pergi !"
Qasrin menggegarkan kertas itu . Macam nak terkoyak dah rupanya !" ya allah kau ni Qas , sabar la . Lagi seminggu je kot "
Qasrin menuju ke pintu kelas untuk menyerahkan kertas penyertaan itu kepada senior tingkatan 5 untuk diserahkan kepada guru pengiring ." Kak Balqis kata , dia dah pergi last year . Ramai lelaki hensem dari sbp lain katanya "
Nasuha memukul tangan Qasrin ." tak payah nak gatal sangat la "
Qasrin menggosok tangannya bekas pukulan Nasuha ." ye la , tau la kau cantik . kesian aku ni , single hahahahahaha "
Tuan Nurhanny Nasuha . Cantik nama , cantik lagi tuan empunya badan . Matanya yang bulat , pipi yang ranum dan tubuh yang melangsing galak itu menjadi perhatian pelajar pelajar lelaki di SABDA ." tu si Iskandar tu , yang dari kau buruk sampai la lawa macam ni minat kau . taknak terima ?"
Nasuha menjeling geram ." nak rasa kebas duduk bilik qiam , kau buat la "
Nasuha bangun meninggalkan Qasrin di kelas .***
" apa ni ?"
Medina menarik kertas di tangan Alia ." jangan risau , aku dah isikan dah untuk kau "
Alia mengambil kembali borang penyertaan itu daripada tangan Medina ." omaigad Lia , thanks "
Ucap Medina sambil menepuk peha Alia teruja ." tahun ni Neon Run buat dekat Kedah , last year dekat Perak "
Alia yang melihat Medina senyap membuka topik ." weh , ada senior confess dekat aku . aku tak tau la Lia nak reject ke nak apa "
Bukannya taknak menolak , tetapi hati cepat jatuh kasihan . Siapa suruh cantik sangat ? Hidung yang terletak sempurna , bibir yang kecil dan tubuh yang tidak ketara tinggi ." like always , reject "
Alia memberi kata putus . Memanglah Medina rapat dengan Alia , tetapi tidak beberapa selesa menceritakan hal peribadi . Tidak seperti bersama Husna dan Nasuha .***
" Afif , did you see my necktie ?!"
Pagi itu riuh rendah bilik itu kerana masing masing kelam kabut mencari tali leher kepunyaan Daniel ." malam semalam tak nak cari , pagi ni sebok la pulak "
Macam tak kenal dengan sikap sahabatnya itu . Suka buat kerja last minute ." stop bebel , start cari please "
Daniel menarik tangan Afif masuk ke dalam bilik untuk bantu mencari . Afif baru sahaja melangkah masuk ke dalam , sudah jumpa tali leher yang dicari ." ni apa ?"
Kata Afif sambil menarik tali leher yang terselit di palang katil ." ok good , jom "
Mereka membawa bagasi berjenama Calvin Klein untuk majlis pada hari ini ." semua dah ada ? kalau ada jom gerak ke bas "
Guru pengiring mereka bertanya kepada Afif . Pada tahun ini , murid tingkatan lima tidak diberi kebenaran oleh pengetua untuk keluar kerana peperiksaan spm yang akan menjelang tidak lama lagi . Yang dibenarkan hanya murid tingkatan 4 , 3 dan 2 sahaja memandangkan murid tingkatan tiga sudah selesai menjawab ujian pt3 pada dua minggu yang lalu . Result mesti lah dapat hujung tahun kan ?" KEDAH , HERE WE GO ! "
Bersemangat sekali murid MCKK yang terpilih untuk menyertai Neon Run pada tahun ini .***
" Bismillahirrahmanirrahim "
Alisya hanya mengaminkan doa naik kenderaan yang dibacakan oleh Husna ." Kelmarin mak kau datang pas phone tak ?"
Atas faktor yang tertentu , peserta peserta Neon Run pada tahun ini diberikan kebenaran untuk membawa telefon pintar . Tetapi keselamatan gadget itu atas tanggungjawab sendiri .
YOU ARE READING
Gadis
Teen Fiction3 gadis yang membesar dalam dunia serba serdahana tetapi cukup setia bersama . Menjalani kehidupan di sekolah rendah sebagai pemimpin dan bersama sama menyelesaikan sesuatu masalah . Pada suatu masa , salah seorang daripada mereka perlu berpindah at...