006 : kompoun

43 9 125
                                    

Masing - masing masih tercenggang di hadapan bilik itu. Aku pandang kau, kau pandang aku. Itulah prinsip mereka berempat. Entah apa yang mereka semua takutkan.

" Buka jelah pintu tu ", arah Yugyeom sedang berselindung di belakang Chanhee. Ada apa - apa, mesti Chanhee di hadapan.

" Asal aku ? Kaulah yang buka ",

" Kau depan kaulah yang buka ",

" Buka jelah. Pintu je bukan suruh buka hati kau pun ",

" Buk-",

" Buat apa sini ? ", tegur seseorang dari belakang, memeranjatkan mereka berempat. Terinjut bahu mereka, segera memalingkan kepala ke belakang.

" Oh-kitaorang ..... ",

" Dah tepi ", dia lantas menepis mereka berempat jauh daripada pintu masuk bilik itu. Lantas dia memulaskan tombol pintu dan mempelawa mereka semua masuk ke dalam.

Ia masih juga seperti gym tetapi ruang bilik ini lebih besar jika dibandingkan dengan bilik Mark tadi. Lebih banyak peralatan gym di sini. Iyalah, sudah terang lagi bersuluh ianya gym.

" Aku Johnny panggil aku sexy-eh Johnny je ", bicara Johnny. Chanhee pandang slek.

" Aku tak tahu nak terangkan apa tapi siapa masuk last tolong tutup pintu tu ", mulutnya dimuncungkan ke arah pintu yang terbuka luas itu. Pandai masuk, tak pandai tutup.

" Oh lupa lupa ", Seonghwa berlari -lari anak ke sana untuk tutup pintu. Sebaik saja pintu ditutup, dia lantas kembali berkumpul.

" Memandangkan harini hari pertama korang dekat sini, aku akan mulakan dengan perkara simple saja ", Johnny memulakan penjelasannya.

Mereka semua sudah lali dengan 'perkara biasa'. Memang betul - betul luar biasa perkaranya. Tiada latihan, tiba - tiba saja diajak masuk gelanggang. Mereka berempat masih tidak dapat lupakan apa yang Dawon telah lakukan.

" Aku akan mulakan latihan maskular untuk korang dengan gunakan beberapa senaman kompoun. Ada beberapa peringkat untuk senaman ini tapi aku mulakan dengan senaman biasa dahulu ", Johnny mula menghampiri kompoun yang berada di dalam gym itu.

" Antara senaman yang aku akan lakukan atau korang yang akan lakukan ialah bench press, deadlift, barbell lunges, seated dumbell press dan t-bar row. Korang hanya perlukan 45 minit sahaja untuk lakukan satu senaman dan hanya 20 saat rehat untuk setiap set. Senaman kompoun lebihan bebanan dapat meningkatan kekuatan dalam beberapa cara ", jelas Johnny tapi tiada siapa pun yang faham akan penjelasannya.

Johnny merengus halus.

" Untuk kuatkan diri korang, korang kena buat senaman kompoun ini. Lebih banyak bebanan yang korang angkat, lebih besar otot yang akan dibina. Tapi, senaman ini tidak boleh dilakukan setiap hari. Sekurang-kurang rehat dalam 2 hari untuk bahagian otot yang bekerja ", terang lagi Johnny dan mereka berempat mula mengangguk faham.

Entah faham ke tidak itu.

" Untuk hari yang pertama, kita akan mulakan dengan bench press ", Johnny terus mengambil barbell yang tersusun rapi di tepi, diletakkan di hadapan mereka berempat. Mereka terkejut dengan apa yang Johnny lakukan. Dengan mukanya yang selamba, dia mengangkat barbell itu.

 Dengan mukanya yang selamba, dia mengangkat barbell itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
VENGEWhere stories live. Discover now