3

23 3 0
                                    

          7-eleven

Jam menunjukkan jam 1500, Daniel yang telah siap menukar ke baju kerja itu memasukkan kata laluan untuk membuka kaunter dan memulakan syifnya.

“ Eh aku gerak dulu. ” kata Hazim.

Daniel mengangguk dan menyalam tangan Hazim.

“ Eh awek pukul 11 tu datang tak pagi tadi? ” soal Daniel.

Daniel merujuk kepada May kerana gadis itu sentiasa datang ke 7-eleven itu pada pukul 1100.

“ Tak ada. ”

Mata Daniel terbuntang.

“ Sumpah? Aduh. ”

Daniel melepaskan keluhan yang kuat.

“ Asal? ” soal Hazim.

“ Tak ada apa. ”

Daniel menggeleng.

“ Okay, gerak dulu. ”

Daniel menghantar Hazim pergi dengan ekor matanya. Matanya yang kuyu dan badannya yang lemah tadi terus segar apabila dia menangkap susuk tubuh May sedang berjalan di hadapan 7-eleven. Daniel terus berlari keluar meninggalkan kaunternya untuk mendapatkan May.

“ May. ”

Langkah May terhenti apabila Daniel berdiri secara mengejut di hadapannya.

May memberikan senyuman kepada Daniel. Daniel juga membalas senyuman May.

“ Pagi tadi awak tak datang, sebab semalam ke? Saya dah cross line eh? ” soal Daniel.

Hatinya gelisah selagi dia merasakan May tidak selesa dengan dirinya.

May menggeleng. May mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket. Dia menaip sesuatu lalu menunjukkannya kepada Daniel.

“ Saya sarapan dengan kawan saya dekat rumah dia. ”

Daniel mengangguk kepala. Lega hatinya terasa apabila telah mendapat penjelasan.

“ Eh, awak nak ke mana? ”

Daniel memandang beg hitam yang tersangkut di bahu May.

May mengangkat tangan gaya seperti mengangkat takbir.

“ Oh solat? Solat kat mana? ”

May menunding jari ke sebuah bangunan biru yang agak jauh di hadapan sana. Daniel mengikut arah tundingan jari May. Bangunan itu lebih kurang 1 kilometer jauh daripada mereka, dengan cuaca yang panas terik, Daniel ingin membiarkan sahaja May berjalan ke sana? Tidak sama sekali jawapannya.

“ Mydin? Jauhlah. Baik awak solat kat bilik 7-eleven. Ada bilik air sekali. Nak tak? Tak ada orang, ada saya je sekarang. ” Daniel mempelawa pertolongan.

May menggeleng kepala sambil tersenyum untuk menolak ajakan Daniel.

“ Hm... Okay, awak pilih. Nak naik motor dengan saya pergi Mydin atau solat kat dalam 7-eleven je. ”

Daniel tahu May akan pilih pilihan yang kedua. Menilai daripada perwatakan May, dia pasti tak mahu naik motor dengan seorang lelaki asing.

May menggaru kepalanya. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk akur dengan pilihan kedua. Tempoh 30 minit yang diberikan sudah terbazir selama 10 minit, sebaiknya May ambil langkah pendek.

BISUWhere stories live. Discover now