jung yoora's
"em encik pesan?" aku mula bersikap profesional.
taehyung juga mula kembali beriak normal.
"caramel macchiato dan sepotong kek red velvet" ujarnya.
aku catat apa yang dipesan dengan tulisan cakar ayam.
aku menyusup laju masuk ke dapur.
"yoora, kau kenapa?" tanya jennie hairan.
"taehyung" jawab aku.
"kenapa dengan dia?"
"dia pelanggan kita" jawab aku.
++++++++++++++++++++++++++++++++
"yoora"
aku tersentak.
aku berpaling ke arah suara itu.
"taehyung apa awak buat dekat sini?"
kelihatan taehyung tercegat.
café aku sudah tutup, apa lagi yang dia nak?
"awak teman saya dinner malam ini" pelawa taehyung.
angin apa dia ni?
dahi aku berkerut.
"taknak, saya nak balik rumah selepas ni" jawab aku lalu berlalu pergi.
perit? ya, sakit bila melihat orang yang pernah sakitkan kita mula muncul dalam hidup aku.
sayang? hanya tuhan yang tahu perasaan aku.
taehyung tiba-tiba memegang pergelangan tangan aku.
"yoora, ok kalau awak tak nak teman saya, saya hantar awak balik rumah lagipun awak tu perempuan tak elok jalan seorang diri" ujar taehyung.
aku memandang muka taehyung.
mukanya ada riak bersalah.
kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku memeluk dia tapi apakan daya
dia tak rasa aku penting pun
++++++++++++++++++++++++++++++++
kim taehyung's
yoora bersetuju untuk aku bawa dia pulang.
aku memandang ke arah dia yang sedang asyik melihat pemandangan di luar.
"awak duduk di london sana, ok ke?"soal yoora.
suara yoora memecahkan kesunyian.
"ok je, awak dekat sini?" balas aku sambil tersenyum.
ingat lagi dekat aku.
"macam biasa lah, taehyung. langit tak semestinya indah, kena rasa juga pahit manis kehidupan" ujar yoora tenang.
kemudian, suasana menjadi kekok dan lebih sunyi.
"awak langsung tak cari pengganti saya ke?" tanya aku.
yoora memandang aku sambil tersenyum sinis.
"kalau ada, kenapa awak nak kisah?"
yoora, kau dah jumpa pengganti aku
tunjukkan di mana lagi ruang di hati, yang belum kau huni,
jung yoora.
++++++++++++++++++++++++++++++++
ego - 2, love - 0
YOU ARE READING
ex ft taehyung
Short Storyit has been 3 years, tae are you crazy? - jung yoora yes im crazy because of you - kim taehyung +++++++++++++++++++++++++++++++ start ; 13/4/20 end ;