Orang ramai mula berpusu-pusu memasuki Kompleks Mahkamah Syariah Klang di pagi isnin.
Hampir menjadi kebiasaan setiap kompleks kerajaan pasti dipenuhi oleh orang ramai. Hatta Mahkamah Syariah juga dipenuhi dengan orang awam dan juga pengamal undang-undang.
Masing-masing sibuk berjalan menuju ke destinasi masing-masing tanpa mempedulikan orang di sekeliling mereka.
9.09 am
Johan yang lengkap berpakaian kot biru hitam melihat jam tangan berjenama rolex titanium sambil mengeluh. sempat juga dia mengerling ke arah seorang budak perempuan dan tersenyum. Budak perempuan yang tersedar lelaki itu tersenyum ke arahnya terus membalas senyuman dan melambai-lambai ke arahnya.
Semua berdiri!
Kata seorang pegawai mahkamah apabila seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an mula melangkah masuk ke dalam kamar dan terus duduk di kerusi hakim.
Johan menunggu dengan sabar. sesekali sempat juga dia menoleh ke arah seorang wanita yang riak wajahnya tidak menunjukkan sebarang perasaan. Perasaan sedih dan sayu mula meresap ke dalam jantung hatinya apabila melihat wajah budak perempuan yang masih tersenyum kepadanya berdiri di sisi wanita itu.
Berdebar-debar hatinya kerana hari ini merupakan hari yang akan menentukan kehidupannya selepas ini.
"Setelah saya meneliti segala hujah dari kedua-dua pihak dan berpuas hati dengan penerangan mereka.."
"Maka, atas kapasiti saya sebagai seorang hakim syarie telah memutuskan pasangan antara En. Johan bin Arif dan Pn. Nur Feeza Razak..."
"Jatuh talak satu."
Johan terkedu seketika dan nafasnya seakan-akan terhenti. Johan menoleh ke arah bekas isterinya yang sedang menangis teresak-esak sambil memeluk dengan erat anak perempuannya yang terkebil-kebil seakan-akan tidak memahami apa yang berlaku.
"Dengan ini juga saya memutuskan hak penjagaan anak perempuan pasangan ini, Leeya Zafierah Johan diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungan si ibu berdasarkan lunas-lunas undang yang termaktub."
"Tanpa menafikan peranan ayah dalam perkembangan anak, dengan itu saya memutuskan untuk memberi kebenaran untuk melawat anak seminggu sekali atau lebih sekiranya dirasakan perlu dan dengan izin oleh si ibu."
"Nafkah anak juga diwajibkan kepada si ayah berjumlah 2150.00 Ringgit Malaysia berdasarkan kemampuan si ayah."
"Dengan ini, sidang mahkamah bersurai. sidang seterusnya akan bersambung lagi 10 minit."
Johan mula terduduk lesu dan air matanya mengalir.
"i am sorry, bro. that all i can do for you."
kata peguam yang mewakilinya menepuk bahu kawannya itu sebelum beredar meninggalkannya.
bekas isteri dan anaknya mula beredar namun anaknya dari tadi asyik memerhatikan ayahnya yang menangis. Lantas, budak itu terus berlari ke arah ayahnya.
" Leeya, Leeya, nak ke mana tu?!"
jerit ibunya perlahan sambil melihat anaknya menghampiri ayahnya.
"daddy, kenapa daddy menangis ni?"
Johan hanya melihat anak perempuannya yang baru berusia 4 tahun itu dan terus memeluk anaknya itu.
"daddy kenapa menangis ni, daddy sedih ke?"
Johan terus memeluk erat anaknya tanpa mempedulikan orang di sekeliling.
BERSAMBUNG..
jangan lupa add dalam reading list, vote dan recommend ye. bagi semangat sket nk sambung.
saya cuba rajinkan update
YOU ARE READING
Jalan Keluar
ParanormalKisah ini berkisar dengan seorang pemuda yang sedang mengalami masalah kemurungan kerana diambang perceraian dan hutang yang bertimbun. Nasibnya semakin malang apabila pemuda itu juga bakal kehilangan kerjayanya sebagai seorang akauntan. Bagaimanaka...