TAJUK : PENUNGGU GUA
AUTHOR : AISYFIFI
GENRE : HORROR
P/P : 2K."PERGH! Lega dapat rehat puas-puas dah cuti sem ni. Fuh!" Azri menghela nafas lega seraya merebahkan tubuh ke atas katil bujangnya.
Matanya cuba dilelapkan. Mahu merehatkan tubuhnya.
Pada waktu yang sama, Ijam, Joey dan Zakri baru pulang ke rumah sewa mereka mula riuh berborak berselang-seli dengan gurauan kasar hingga mengganggu ketenteraman Azri yang baru hendak terlelap.
"Wei, kauorang ni balik je buat bising. Aku nak tidur pun tak senanglah!" bebel Azri dengan riak tidak puas hati.
Mereka tergelak mendengar bebelannya.
"Rileklah kawan." Ijam mendekati Azri yang masih dipembaringan.
"Banyaklah kau rilek!" rengus Azri dan terus menutup wajahnya dengan bantal. Mahu melayan kantuknya semula.
"Azri? Wei, kitaorang cadang tadi... cuti sem ni, apa kata kita pergi holiday adventure?" Joey bersuara setelah melihat Azri mahu kembali membuat tahi mata.
"Holiday ke mana? Aku mana ada duit nak pergi bercuti. Duit yang ada ni aku nak save untuk belajar. Banyak nak pakai duit oi," balas Azri dalam keadaan wajahnya yang tertutup dengan bantal.
"Ish, bab tu kau jangan risau. Kita pergi ke tempat yang tak perlu menggunakan ongkos yang banyak. Tak perlu sewa hotel. Tak perlu cari homestay. Kita cari tempat free untuk bermalam. Dan aku dah tahu tempat mana kita akan pergi," celah Zakri pula dengan kening dijongket-jongketkan.
Kata-kata Zakri telah berjaya menarik perhatian Azri untuk membuka pekungan bantal pada wajahnya itu. Dan dia memandang Zakri dan rakan-rakannya yang lain.
"Kat mana?" tanya Azri ingin tahu.
Zakri tersengih tanpa menjawab persoalan Azri. Bukan sahaja dia, bahkan Ijam dan Joey juga begitu. Sengihan mereka meninggalkan tanda tanya di hati Azri.
***
GUA PELANGI, LENGGONG
TERKEDU Azri di situ setelah tibanya mereka berempat di dalam kawasan hutan yang memang jauh dari tempat tinggal penduduk kampung.
Azri merenung ke sekelilingnya sambil bercekak pinggang.
"Wei, ini ke tempat percutian yang kauorang kecohkan sangat tu? Apa yang syoknya? Hutan? Gua? Apa bendalah! Menyesal aku ikut kauorang. Kalau aku duduk di rumah sewa kita tu, dah boleh membuta sekarang ni tau!" dengus Azri meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Eh, ini yang dinamakan percutian adventure. Tempat màcam ni baru seronok," kata Zakri sambil tersengih.
"Eh, kau bebel banyak pun tak guna. Dah alang-alang sampai dah kat sini, jom set up khemah. Lepas tu, kita pergi cari kayu api sebelum malam menjelma," cantas Ijam yang sejak tadi mendiamkan diri dengan tangannya ligat menyelongkar beg pakaiannya.
Manakala, Joey pula tengah asyik melayan lagu di dalam handfreenya dalam keadaan duduk menyandar pada batang pokok besar tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang mula bersiap untuk memasang khemah.
Azri yang sememangnya tidak suka dengan tempat sebegitu terlihat pula Joey yang ralit mendengar lagu tanpa membantu rakan-rakan memasang khemah terus menegur.
"Joey! Kau ni, duduk je tercongok dekat situ. Tak reti nak bantu kawan-kawan kau ke?"
Joey memandang Azri yang sudah menyinga di situ terpaksa akur. Tanpa banyak bicara, dia bingkas berlalu membantu mereka memasang khemah. Kemudian, mereka mula mencari kayu api. Dan bermandi-manda di sungai berdekatan sebelum malam menjengah tiba.
YOU ARE READING
PENUNGGU GUA(DAH TERBIT 8 SEPT 2021/TUNGGU PENILAIAN ASTRO)
Short StoryShort Story Kisah percutian 4 orang pelajar kolej namun terjadi sesuatu hingga melibatkan nyawa ketika mereka ke tempat percutian mereka. Apakah ia? Beautiful coverby me @aisyfifi #8th karya #writing2020 #terbitan fizikal 8 september 2021