Bab 1

124 7 6
                                    

Zizul POV

Nama aku Azizul atau lebih dikenali Zizul...Sekarang,kehidupan aku mula berubah selepas kematian insan tercinta dan paling aku sayangi,Tengku Hazy Huzaimi...Insan inilah yg membuatkan aku mula berubah semenjak dia mula pindah ke sekolah aku...Aku dulu merupakan pelajar yg nakal,suka bergaduh dan suka ponteng sekolah...Sahabat aku tak lain dan tak bukan,Aiman,Sofia, Amir,Dani dan Ikhuan yg selalu menemani aku semenjak Hazy sudah tiada...Namun, semuanya mula berubah bila...

Cikgu Julia masuk ke dlm kelas sprt biasa namun kali ni,dia memberitahu kami bahawa ada pelajar baharu yg akan menyertai kelas kami...Aku kembali dgn sikap aku yg dahulu iaitu tak mempedulikannya,namun kali ni,aku dpt merasakan sesuatu aura yg tidak menyenangkan ttg pelajar baharu ni...Jantungku mula berdegup kencang seakan-akan menyuruh aku utk melihat pelajar tersebut...Cikgu Julia pun menyuruh pelajar tersebut masuk ke dlm kelas kami...

Pelajar lelaki itu pun masuk dgn topi capnya di atas kepala sambil menundukkan kepala dan berdiri di hadapan kelas.Semua pelajar terutama sekali pelajar perempuan mula membisik satu sama lain malah Aiman dan Amir dihadapan meja aku pun bertanya dgn aku...

"Zul ? Pelajar ni peliklah.Dahlah pakai topi sambil menundukkan kepalanya sehingga wajah mukanya pun kita tak nampak.Lagi satu,mesti cikgu suruh pelajar ni duduk disebelah kau,Zul.Kan Amir ?" tanya Aiman.

Amir hanya menganggukkan kepala dan tersenyum.Aku pula rasa nak je nak menghalau budak ni duduk tempat lain sebab aku tak nak pelajar lain duduk disisi aku...Aku buat semua ni sebab aku dpt merasakan yg Hazy masih ada disebelah aku walaupun dia sudah tiada...Lamunan aku terus terhenti bila cikgu Julia bersuara...

"Awak semua tolong senyap! Saya tak suka dgn perangai ka-"

"Sudah-sudahlah tu membebel cikgu.Saya dah biasa dgn semua ni dan lagi satu,saya lebih suka kalau cikgu cuma diam je.Biar saya yg memperkenalkan diri saya ok ?"pelajar itu lantas mencelah ayat cikgu Julia.

Semua pelajar terkejut dan terdiam termasuk cikgu,apabila ayat yg terkeluar dari mulut pelajar tersebut amatlah kurang ajar...Jantung aku semakin berdegup kencang bila mendengar suaranya...Kami semua perhati je pelajar tersebut yg mula mengalihkan topinya dan mula menunjukkan wajahnya...Semua tergamam termasuk aku,malah tanpa aku sedar,air mata ku mula mengalir perlahan bila melihat pelajar tersebut...

"Selamat berkenalan semua.Nama aku,Tengku Hady Huzaimi dan panggil je aku Hady~Lagi satu,aku merupakan abang dan kembar kpd Tengku Hazy Huzaimi..." pelajar lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sambil tersenyum sinis.

Semua pelajar seakan-akan tak percaya malah kelopak mata kami sprt tak mahu berkelip.Pelajar tersebut terus menyimpan topinya dlm beg sandangnya lalu melihat sekeliling.Anak matanya berhenti tepat ke arah aku sambil tersenyum lalu terus memulakan langkahnya.Semua pelajar masih terdiam sambil perhatikannya.

"Cikgu...Saya rasa,tempat duduk disana je yg kosong...jadi,saya akan duduk di sana terus tanpa arahan Miss Kuat Membebel~"pelajar tersebut mula menyindir lalu langkahnya terus terhenti di meja kosong aku.

Pertama kali aku melihat pelajar baharu mula membuat hal dgn cikgu pada hari pertamanya bersekolah.Pelajar tersebut melihat Amir dan tersenyum gembira lalu menghulurkan tangan.Amir membalas senyumannya dan berjabat tangannya dgnnya.Aku dan Aiman mula curiga dgn mereka berdua.

"Lama betul kita tak berjumpakan Amir ? Agak-agaknya,berapa lama eh ?"tanya Hady.

"Baru semalam kit-"

Hady terus cubit pipi Amir.Kami semua hairan bila melihat Hady sprti ketakutan tiba².

"Erm...A-aku duduk dulu..."terus dia duduk disebelah aku.

Hady tersenyum sinis bila melihatku lalu mengecilkan matanya ke arah aku.Wajahnya kembali normal dan tersenyum ke arah aku.Aku membalas senyumannya dan teringin nak peluknya tapi aku tak berani.Tiba-tiba...

Zupp!?

Aku terkejut bila Hady terus menarik tanganku dgn kuat sehingga badanku hampir rapat dgnnya.Anak matanya sprt mahu menikam aku bila aku melihatnya.Dia melepas perlahan tanganku lalu berbisik sesuatu dgn aku.

"Kenapa kau sedih sangat ? Kau rindukan seseorg yg dah MATI ke ?"tanya Hady sambil tersenyum sinis dan membuatkan aku terkejut bila dia menekankan ayat mati.

Aku tak sangka yg perangai Hady teruk sehingga tak ambil peduli langsung dgn adik kembarnya,Hazy.Air mataku tak dpt dibendung lagi dan ia terus mengalir tapi cepat-cepat aku mengesatnya dgn lengan panjang baju sekolahku.Dia melihatku dgn pandangan yg kosong dan mengambil sesuatu dlm beg sandang sekolahnya.

"Nah.Surat ni utk kau dan kawan kau...Surat ni bukan aku yg tulis,tapi adik aku.Aku perlu beri setiap surat ni kpd semua sahabatnya atas permintaannya dahulu" Hady meletakkan surat itu diatas meja aku lalu terus aku mengambil salah satu surat tersebut yg terdpt namaku sendiri.

Aku mengambil semua surat tersebut dan melihat terdapat nama aku sendiri,Amir,Aiman,Sofia,Dani, Ikhuan,Mila dan Mimi.Aku menyimpannya terus manakala Amir dan Aiman mengangkat sebelah kening serentak.Kami pun belajar seperti biasa namun kali ni semua akan berubah dgn kehadiran Tengku Hady Huzaimi.










Hai korang~ Ini adalah cerita sambungan utk My Sweet Boyfriend...Harap korang sukakannya...

Hady adalah abang Hazy dan perangai dia berbeza dari adiknya...Dia seorg yg panas baran,pemberontak dan pemalas...

Harap korang faham dgn  perbezaan watak Hazy dan Hady... Apa pun jgn lupa utk vote and comment...

Jal Gayo from Hazy and Hady😉😊

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Sweet Boyfriend Season 2Where stories live. Discover now