BAB 8

168 32 13
                                    

TAYMULLAH duduk di sebuah pondok kayu berdekatan dengan sebuah tandas awam, sedang menunggu Yoru yang sedang berada di dalam tandas. Taymullah memerhatikan keadaan sekeliling di Kampung Ribaan Bulan, kelihatan pokok-pokok hijau yang rendang, bunga-bungaan di sepanjang jalan. Indah, mungkin inilah keistimewaan kampung ini, alam semula jadinya masih terpelihara dari pembangunan para kapitalis.

Taymullah kemudiannya melirikkan matanya ke langit yang membiru. Indah, lamunannya kini mengembara ke arah sekawan burung merpati - terbang bebas. Matanya tidak berkelip. Subhanallah, sungguh indah ciptaannya. Muncul rasa rindu di benaknya kepada atuk dan neneknya di kampung, entah apa khabar mereka sekarang.

Angin semilir yang menampar pipinya membuaikan lagi perasaan rindunya.

"Awak ni siapa? Awak baru pindah kesini ke?"

Satu suara menyapanya, lamunannya terhenti.

Taymullah lantas menoleh ketepi. Kelihatan seorang perempuan yang kelihatan sebaya sedang melihatnya. Cantik, perempuan itu memang cantik. Ditambah pula dengan pakaiannya yang labuh dan sopan menambahkan lagi ciri-ciri kemelayuannya. Taymullah termenung panjang melihat perempuan itu.

"A-apa awak buat kat sini?" Perempuan itu menyoal lagi, dari bahasa badannya menunjukkan dia tidak selesa, pipinya sudah bertukar kemerahan.

"Sa-saya sedang tunggu.... kawan saya!" jawab Taymullah sedikit malu. Baru tersedar dia melihat perempuan itu terlalu lama, lantas dia terus mengalihkan pandangan.

"Maaf!" Taymullah meminta maaf, dia sedar perempuan itu tidak selesa diperhatikan seperti itu.

"Erm..awak ada nampak seorang budak perempuan lalu disini tak? Dia pakai baju warna merah.." soal perempuan itu lagi,

"Tak ada..lagipun saya baru sampai ke sini" Taymullah menjawab, memang dia baru sahaja duduk di pondok itu.

"Oh, terima kasih.." kata perempuan itu kemudian berlalu pergi.

"Siapa perempuan itu? Kawan awak ke?" Soal Taymullah, cuba membantu.

Perempuan itu menoleh kebelakang semula. Riak wajahnya gusar.

"Adik saya...dia tak pulang lagi dari bermain..selalunya waktu macam ini dia sudah pulang.."

Taymullah simpati mendengar kata-kata perempuan itu,statistik kes penculikan kebelakangan ini semakin meningkat.

"Yo Taymullah! Siapa itu?!" Yoru menjerit dari jauh, Taymullah dan perempuan itu menoleh serentak. Kelihatan Yoru sedang berlari anak ke arah mereka.

"Nama awak siapa?" Taymullah menyoal perempuan itu.

"Nama saya..Hanz" perempuan itu menjawab

"Saya Taymullah" kata Taymullah, seraya tersenyum.

"Yo Taymullah! Siapa ni?" Yoru menegurnya dari belakang.

"Yoru. Ini Hanz, adik perempuan dia hilang, jom tolong dia cari!" Taymullah menjelaskan keadaan ketika itu kepada Yoru.

"What? Kau baru kenal dia kan? Lagipun dah petang ni..Kau tanak balik rumah?" Soal Yoru, benaknya menangkap sesuatu.

"Alah kau ni. Balik tu nanti-nanti lah, kau tak kesian ke dekat dia?" Taymullah cuba mempertahankan ajakannya sebelum ini.

"Yelah, yelah..ikut kau la.." Yoru mengalah, malas hendak bertengkar.

Kelihatan Hanz sudah tidak senang menunggu di situ.

"Ke mana adik awak pergi?"soal Yoru.

"Padang dekat dengan highway depan tu" Hanz menuding jarinya ke arah sebuah jalan dimana Yoru dan Taymullah melarikan diri tadi.

Taymullah dan Yoru saling berpandangan. Wajah kedua-duanya kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Taymullah, kau perasan tak? Lepas eksiden tu..kita ingat penumpang lain dah mati, tapi beberapa penumpang jadi zombie,kemudian kejar kita.. macam mana kalau penumpang-penumpang lain pun hidup balik?" Yoru menyoal - cuba mengajak Taymullah berfikir,

"Maksud kau?...semua penumpang yang mati dalam bas tadi dah hidup balik?" Taymullah mengeluarkan satu jawapan logikal dari otaknya.

Hanz ketika itu terpinga-pinga.

"Zombie? Zombie apa ni?" Soal Hanz, ingin tahu.

"Maksud aku..Mungkin highway tu dah tak selamat sekarang ni" Yoru menjawab, rambut ikalnya berdesir di tolak angin kencang. Langit tiba-tiba menjadi gelap, mendung. Diikuti bunyi guruh sabung menyabung.

Yosh...ini petanda buruk,
Bisik Yoru dalam hatinya.

"Kalau awak ikut kami boleh? Mak ayah awak marah tak?" Taymullah mempelawa Hanz.

"Kita tak boleh risikokan nyawa dia.. lebih baik kita cari dan serahkan saja adik dia di rumah dia" Yoru memberikan suatu pendapat yang rasional.

"Sa-saya nak ikut! Lagipun itu adik saya!" Hanz menjerit tiba-tiba,

"Serius ke? Kita mungkin tak balik lagi lepas tu.."soal Yoru , ingin melihat sejauh mana keazaman Hanz.

"Ya!" Hanz mengangguk. Taymullah memandang kebelakang dan tersenyum. Gembira Hanz setuju untuk mengikut mereka.

"Yakin?" Yoru menduga Hanz sekali lagi.

Hanz mengangguk laju.

"Hmmm...baiklah kalau macam tu, sebelum itu,tunggu aku minta bantuan dari boss aku dulu.." kata Yoru sebelum mengeluarkan telefon pintarnya, mendail seseorang.

*********************************

Ibu Pejabat Perseketuan
Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB),
Amerika.

"Canada! Thailand! Vietnam! Afrika Selatan!Malaysia! Laporan dari hemisfera selatan! Ribut taufan dan serangan zombie di merata tempat!" Para pengkaji di Ibu pejabat PBB melaporkan situasi. Bilik ibu pejabat itu dikepung dengan skrin, Skrin gergasi itu memaparkan titik-titik merah di seluruh pelusuk dunia. Titik merah itu pula berbentuk segi tiga - ancaman.

Ketua PBB, Tuan Wendy Rodrick, sedang duduk di kerusi tertinggi di ibu pejabat. Tangannya mengepal penumbuk.Ternyata ancaman makhluk ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

"Hemisfera utara hampir musnah, sekarang hemisfera selatan pula diserang?!" Tuan Wendy menjerit,tertekan. Meja kaca dihadapannya dihentam.

Bam!

Retak.

"Tuan! Laporan terkini!" Seorang gadis berkaca mata bulat menjerit sambil matanya tertumpu pada skrin.

"Laporkan!" Tuan Wendy mengarahkan.

"Terdapat aktiviti seismos besar di semenanjung Malaysia!"

Tuan Wendy terkesima, mulutnya ternganga, hairan. Kemudian wanita itu menyambung.

"Terdapat meteorit dari angkasa menuju ke bumi yang akan terhempas dalam masa 6 jam!"

Tuan Wendy menutup mulutnya yang ternganga. Air liurnya diteguk. Sebagai Ketua PBB, mentalnya tidak mudah terobek meski dalam menghadapai situasi genting dan kritikal. Namun, keadaan yang seperti ini adalah suatu cabaran dalam peringkat yang baharu.

"Tuan! Apa kita nak buat?!"

"Tuan, Arahan?"

"Tuan! Saya cadangkan kita kerahkan semua tentera seluruh dunia! "

"Tuan!?"

"Sekejap, bagi saya fikir dulu....tapi....." Tuan Wendy terdiam - buntu. Akalnya sudah tidak mampu untuk menggapai solusi.




Adakah ini pengakhiran?

TERUS HIDUP [ TANGGUH ]Where stories live. Discover now