"IBU! tidak kira apa terjadi.. Saya mahu bersama dengan Melvin!! Dia satu-satunya lelaki yang saya cintai.. !!"bentak yuri kepada ibunya..
"Yurii sayang.. Melvin bukan lelaki yang tepat untuk yuri.. Cinta bukan segalanya! Ibu tidak akan merestui kalian berdua! Tidak akan!! "Perbalahan anak beranak itu membuatkan segala isi rumah menjadi tegang seketika.. Adik-beradik yuri hanya mampu mengeluh dengan sikap keras kepala yuri...
Yuri merupakan anak Yang mendengar cakap ibubapanya satu ketika dahulu namun sejak bertemu dengan Melvin.. Sikapnya sudah mulai berubah.. Yuri Yang berperwatakan lemah lembut kini bersikap kasar terhadap orangtuanya.. Segala kata ibubapanya dihendahkan.. Yuri juga kerap keluar secara senyap untuk bertemu dengan Melvin.. Biarpun berkali-kali ibubapanya menasihatinya namun yuri tidak mendengar satu pun nasihat yangg diberikan..
Sehinggahkan suatu hari...yuri telah menghilang selama seminggu.. Seminggu itula adik-beradik yuri mencarinya namun segala usaha hanyalah sia-sia... Yuri telah melarikan diri bersama dengan Melvin.. Mevin telah mengajaknya ke kampungnya untuk menjalankan pernikahan mereka.. Iaitu kahwin tanpa Surat... Kahwin tanpa restu kedua ibubapanya..
Kehilangan yuri membuatkan segalanya huru Hara....ketika itu juga.. Ibubapa yuri mendapat berita buruk daripada jiran sebelah kampung mereka.. Melvin telah mengandungkan anak Dara orang sekaligus melarikan yuri ..rakus bukan?hal ini diketahui oleh orang kampung dan membuatkan ibu yuri jatuh sakit..
" hasdi.. Kami sudah tau dimana keberadaan adik kau yuri...kami akan bantu kau untuk ke sana"..
"Yuri dimana man? Kesian ibu saya.. Hari-hari fikir keberadaan yuri.. Yuri ni pn satu.. Kalau saya dapat yuri. Habisla dua-dua saya kerjakan!! "Marah hasdi abang kepada yuri
"Menurut kawan saya.. Mereka d kampung **** ..tapi malangnya mereka berdua sudah nikah.. Dorang kawin kampung tu has... "
"Celaka! Yuri ni pun senang di bodoh-bodohkan... Dia nda tau kah melvin tu ..sudah kasi mengandung anak orang sekarang bawa lari yuri lagi..!! "
"Sabar has... Nti saya bawa kau ke sana.. Bincang baik-baik.. Bawa yuri balik.. Kesian ibu kau... Paling tidak ingat ibu kau hasdi" kata man sambil menepuk bahu hasdi untuk menenangkan hasdi***Kampung x****
Setibanya hasdi ,man dan rakan2nya lain di kampung tersebut..mereka terus ke rumah melvin dengan bantuan salah satu orang kampung tersebut..man telah mengajak rakan2nya yang lain untuk membantu mencari yuri ..bagi mengelakkan sesuatu terjadi...
~tok tok tok tok~ pintu rumah melvin dketuk.. .pintu dibuka... Melvin terkedu melihat abang yuri dihadapannya...dengan pantas melvin ingin menutup pintu rumahnya itu namun ditahan oleh man dan rakan-rakannya.
"Eh celaka!! Keluar kau.. "Hasdi yang tidak dapat menahan amarahnya melihat muka melvin yang tidak mempunyai rasa bersalah.. Hasdi hampir menumbuk muka melvin namun ditahan oleh man
"Eeh kau?kau mau cari apa sini??!"kata melvin yang berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku Sambil menunjukkan jarinya ke muka hasdi..
BUKK!!!.. Satu tumbukan padu ke arah muka melvin.. Hasdi tidak dapat menahan rasa marahnya terhadap melvin.. mereka hampir bertumbuk namun keduanya ditahan oleh man dan rakan-rakannya..
Mendengar kekecohan diluar.. Yuri yang berada di dapur bergegas ke hadapan rumah mevin untuk melihat apa yang terjadi namun yuri sangat terkejut melihat kelibat abangnya dan bergegas untuk masuk semula ke dalam rumah namun dengan pantasnya hasdi menarik tangan yuri..
"KAU YURI!! SANGGUP KAU IKUT JANTAN XGUNA NI KAN??! KAU TAU APA YANG JADI???!! "hasdi
"Abangg... Lepaslaaa.. Sakit tangan saya abang gengam!"kata yuri
"Saya sayang melvin bang!! Saya xboleh tanpa melvin!! "Sambung yuri"YURII KAU KENA IKUT SAYA BALIK. IBU SAKIT!! "bentak hasdi
"Bang. ..saya akan jenguk ibu juga.. Tapi skrg bukan masanya" kata yuri
"Bila?!!! Bila ibu meninggal??!ibu sakit..!kau faham bahasa ka yuri?! "Marah hasdi
Yuri hanya terdiam mendengar kata-kata abangnya itu.. Yuri akur dengan segalanya.. Air mata yuri mengalir dengan lajunya mengingatkan ibunya yang sakit..
"Ibu.. Maafkan saya... "Bisik hati kecil yuri..
Tanpa sebarang kata.. Yuri pun bersetujuh untuk mengikuti abangnya kembali ke pangkuan keluarganya..namun begitu Melvin diberikan amaran untuk menceraikan yuri..
YOU ARE READING
MENANTU DURJANA
Mystery / Thrillermelvin kekasih kepada yuri namun tidak mendapat restu daripada ibubapa yuri kerana melvin adalah sesorang Yang baru ditemui yuri setahun Yang lalu namun tidak diketahui asal usulnya. Kerana jebakan yuri melarikan diri bersama melvin untuk bernika...