Bab 23 (night talk)

38 2 0
                                    

"Because in the end, time will pass, and things will get better"

Sunrise- Ateez

"Minji, tak tidur lagi ke?", Taehyumg tanya kepada Minji yang khusyuk duduk di bangku berada istana Armourland.

"Belum lagi", Minji singkatkan jawapannya. Dia mahu menikmati pemandangan pada waktu malam.

"Awak okay?", Taehyung tanya kepada Minji. Dia tidak mahu Minji berasa sedih ataupun tertekan.

"Okay je, Tae", Minji hanya fokus melihat langit yang dipenuhi bintang.

"Saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya... tak nak awak sedih", kata Tae kepada Minji. Minji hanya mendiamkan dirinya.

"Terima kasih", kata Minji kepada Tae. Mata dia masih fokus ke arah bintang di langit.

"... tak perlu. Lagipun saya yang sepatutnya berterima kasih kerana menjadi tetamu kepada keluarga saya", kata Taehyung kepada Minji. Mereka senyap untuk sementara.

"Awak... selalunya suka dengar orang bercerita ke?", tanya Tae kepada Minji.

"Ye... kenapa?", Minji pelik dengan soalan Taehyung.

"Ah... patutlah awak selalu diam. Saya tengok awak selalu diam dalam group kecuali dengan Stella", kata Tae kepada Minji.

"Memang betul. Saya rasa... suara orang lain lebih penting dari saya", kata Minji. Kini, mata Minji tidak fokus lagi dengan langit, matanya melihat ke arah Taehyung.

"Sejak saya kecil, saya kurang bercakap... sebab saya takde kisah yang menarik dalam hidup saya. Saya... tinggal dengan penjaga saya", kata Minji kepada Taehyung. Taehyung fokus mendengar kisahnya.

"Saya kenal Stella dari tadika. Tapi dia pindah pada umur saya 10 tahun. Sejak tu, saya tak bercakap sangat", kata Minji.

"Penjaga saya meninggal dunia pada umur saya 11 tahun. Nasib baiklah dia tinggalkan saya duit yang banyak. Namun, duit tu hanya untuk 2 tahun. Pada umur saya 13 tahun, saya bekerja sebagai penjual sayur di kedai berhampiran rumah saya", Minji khusyuk bercerita. Tae hanya menjadi pendengar yang setia.

"Jadi... itulah kisah hidup saya", kata Minji untuk menamatkan ceritanya.

"Saya... bangga dengan awak sebab awak tabah dengan hidup awak... dan kembali dekat dunia asal awak", kata Tae kepada Minji.

"Jadi... apa kuasa bonda dan ayahanda awak pula?", tanya Minji kepada Taehyung untuk menukar topik.

"Taklah best, kuasa ayahanda saya dapat melihat benda jauh dan kuasa angin. Bonda saya pula kuasa Ais ", kata Tae.

"Bila awak dapat kuasa?", tanya Minji.

"Kuasa minda saya dapat pada umur 11 tahun. Kuasa tanah saya dapat pada umur 13 tahun", kata Taehyung dengan semangat. "Saya masih ingat lagi. Pada waktu tu...

Flashback (TAE'S Story)

"Ayahanda, siapa tu?", Tae melihat lelaki yang berbaju hitam di hadapan ayahandanya.

"Tae... dia saudagar dari luar. Dah, pergi main sana, nanti ayahanda mengajar kamu", kata raja Kim kepada Tae. Taehyung akur dengan perintah ayahandanya.

'Tsk, budak yang menyusahkan', Tae mendengar suara yang misteri. Lalu Tae memandang lelaki yang bercakap dengan ayahandanya. Lelaki itu memandang Tae dengan serius.

"Hm..." Tae pergi ke pembantu saudagar itu lalu mengambil balang dari belakang pembantu saudagar tersebut

"Eh! Jangan-", Tae telah buka penutup balang tersebut lalu mengeluarkan isi dalam balang tersebut. Isi tersebut ialah duit syiling yang banyak.

Flashback end

"Rupa-rupanya, saudagar tu nak duit yang banyak dari ayahanda saya", kata Tae kepada Minji.

"Hahaha... macam mana awak tahu dia ada duit syiling yang banyak?", tanya Minji kepada Taehyung.

"Sebab pembantu saudagar tu asyik fikir tentang duit yang banyak. Lepas dari kejadian tu, ayahanda saya tak membenarkan saudagar tu datang semula ke kerajaan ni", kata Taehyung.

"Tulah, sapa suruh dia tamak. Kan dah kene buang", kata Minji kepada Taehyung.

"Itulah. Kalau pasal kuasa tanah, saya dapat kuasa tanah untuk selamatkan pemduduk dari tanah runtuh. Saya buat tembok besar untuk mengelak penduduk di situ terkena batu yang terjatuh", kata Taehyung kepada Minji. Minji suka mendengar kisah Taehyung yang agak hebat.

"Uwarghh... saya mengantuklah", kata Taehyung. Minji pun menguap kerana berasa mengantuk.

"Taehyung, boleh tak awak ajar saya tentang kuasa", tanya Minji kepada Taehyung.

"Boleh, tapi saya ajar apa yang saya mampu", kata Taehyung kepada Minji.

"Okay, selamat malam", kata Minji lalu meninggalkan Taehyung berseorangan di bangku tersebut.

"Alangkah indah kalau memori ni dikenang buat selamanya", kata Taehyung yang berasa di bangkunya.

***

TO BE CONTINUED

Ordinary Life? No!Where stories live. Discover now