HATE-1

72 4 0
                                    

Dia rindu. Dia rindu akan abang-abangnya yang dahulu. Yang selalu bergurau senda, menyakat sesama sendiri dan bergelak ketawa bersama-sama. Tapi apakan daya itu hanya sementara. Disebabkan sesuatu kesalahan yang bukan salah dia, semuanya berubah. Sering dipukul, dicaci, dimaki, dan kepercayaan abang terhadapnya juga runtuh. Dia buntu dan sedih. Dia tidak dapat berbuat apa-apa tetapi hanya mengeluarkan air mata yang semakin hari semakin kering. Tiada siapa yang dapat dia meminta pertolongan. Abang yang sepatutnya menjaganya itu tidak menghiraukan langsung perasaannya. Dia kecewa.

**********

" Arrgghh stop! " Jungmin menjerit kesakitan akibat dipukul oleh abang-abangnya. Mereka tidak menghiraukan kata-katanya malah semakin kuat pukulannya. Jungmin pasrah. Setelah beberapa minit mereka berhenti akibat kepenatan.

" Itulah padahnya. Siapa suruh kau melawan cakap kitorang " Kata Yoongi sinis. Jungmin hanya terbaring sambil menangis kesakitan.

" Dah! pergi masuk bilik kau! Atau kau nak kitorang heret kau? " Kata Seokjin sinis. Perlahan-lahan dia bangun dari baringnya.

" Cepatlah! lembap betullah kau ni! " Jimin menolak kepala Jungmin kasar. Dia hanya mampu tersedu-sedan sambil berjalan masuk ke biliknya yang lebih kecil dari bilik abang-abangnya.

First aid kit di atas meja diambil lalu duduk di atas katil untuk merawat luka yang terhasil. Dia berdecit perlahan apabila terasa sakit dengan sentuhan ubat yang mengena tempat luka itu. Selepas 5 minit, dia mengambil keputusan untuk mandi dan kemudian tidur.

**********

" BANGUNLAH! Membuta je tahu. Cepat! kau tak nak pergi sekolah ke!? " Jungmin terjaga akibat jeritan daripada Taehyung. Pantas sahaja dia bangun menuju ke bilik air. Perlahan sahaja langkahnya kerana seluruh tubuhnya terasa amat sakit.

" Lembap " Perkataan terakhir sebelum Taehyung keluar dari bilik.

Selepas beberapa minit, Jungmin siap memakai oversize hoodie berwarna hijau gelap dan seluar jeans slim fit berwarna hitam untuk menutup luka dan lebam sebelum ini. Dia memakai topi dan mengambil beg sekolahnya lalu keluar. Sebelum turun dari tangga, dia membetulkan sedikit cermin matanya.

Jungmin pelik kerana tiada sesiapa pun yang ada di situ. Dia menuju ke pintu keluar. Namun, sehelai kertas yang di lekatkan di tombol pintu menarik perhatiannya.

Kau lembap sangat. So kitorang pegi dulu. Chaw!!

Hembusan nafas kasar dilepaskan. Dia mengunci pintu rumahnya sebelum bertolak ke sekolah menaiki basikal.

**********

Sudah lambat untuknya masuk ke kelas. Jadi, Jungmin terpaksa berlari. Kesakitan di tubuhnya terpaksa di biarkan. Dia terus masuk ke kelasnya dan tunduk kepada guru yang sedang mengajar.

" Maaf lambat, saya terlajak tidur " Katanya. Cikgu mengangguk perlahan.

" It's okay. Lepasni jangan buat lagi tau " Guru tersebut memberi amaran.

Jungmin antara pelajar cemerlang di situ, jadi guru-guru amat sayang akannya kerana dia juga telah banyak mengharumkan nama sekolah. Jungmin tersenyum manis lalu pergi ke meja belakang sekali yang sangat kotor. Dia menghiraukan pelajar-pelajar yang menjelingnya.

**********

Jungmin berjalan di koridor sendirian. Memandangkan sekarang waktu rehat, dia sering meronda satu sekolah kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Sudah lama dia begitu jadi dia sudah biasa.

Tiba-tiba rambutnya ditarik dari belakang membuatkan kepalanya juga terdorong ke belakang. Dia tahu siapa gerangan yang berbuat demikian.

" Hey bitch! " Kata Seulgi sambil menarik rambutnya. Jungmin hanya mampu menutup mata menahan sakit yang dialaminya.

" What do you want? " Tanya Jungmin perlahan. Mereka tersenyum sinis.

" You know what we want " Balas Joy sinis. Dengan itu, tubuh lemah Jungmin itu dibelasah oleh mereka. Semakin lama badannya terasa lemah. Dia terbaring dan pengsan.

H A T E Where stories live. Discover now