// Chapter 1💌//

37 17 0
                                    

Seorang pemuda membuka matanya perlahan. Dia mengurut dahinya. Kepalanya terasa berdenyut, mungkin kerana malam tadi dia tidur lambat menyiapkan kerjanya yang bertimbun sehingga meninggalkan kesan kepada dirinya sendiri.

Dia adalah Tengku Iqram Harith, seorang pengurus di syarikat bapanya sendiri iaitu THC Group. Harith berusia 23 tahun. Dia memang terlalu muda untuk mengambil alih sesuatu syarikat kerana remaja-remaja sepertinya mungkin masih lagi berfoya-foya menghabiskan duit ibu bapa mereka.

Tetapi tidak dengan Harith kerana dia terpaksa mengambil alih syarikat bapanya diusia yang muda kerana terlalu sayangkan bapanya. Hidup tanpa seorang ibu membuatkan dia memberikan sepenuh kasih sayangnya kepada sang bapa.

Setelah kepalanya terasa lebih baik, Harith membangunkan dirinya dari tempat tidur lalu pergi ke bilik mandi yang memang sudah tersedia di dalam biliknya.

Selesai sahaja membersihkan diri, Harith mengenakan kemeja biru muda beserta tali leher bewarna biru tua membuatkan kontra yang sesuai untuknya. Rambutnya di sikat seperti biasa. Jam tangan berjenama Rolex di ambil lalu di pasang di tangan kanannya sebelum dia melangkah keluar.

Meja makan menjadi tempat tujunya. Di sana sudah ada Dato Hamzah dan juga adiknya, Roselle. Harith duduk lalu mengambil sekeping roti di sapu dengan mentega kacang.

"Harith. Daddy dengar kamu pecat assistant kamu lagi. Betul ke?"

Soal Dato Hamzah tegas kepada sang anak yang baru sahaja mahu menjamah sarapan paginya.

'Cepat betul daddy dapat berita pasal ni'

Harith berkata di dalam hatinya. Dia meletakkan dahulu sarapannya lalu memandang ke arah Dato Hamzah.

"Hm betullah apa yang daddy dengar tu. Lagipun kalau dah tak pandai nak buat kerja, lepas tu menggatal, nak buat apa simpan lagi kan? Lebih baik Harith buang je."

Kata Harith selamba lalu memakan sarapannya yang di tunda tadi.

"Ni dah kali ke-14 kamu pecat assistant kamu. Siapalah agaknya yang sanggup untuk kerja dengan kamu lagi lepas ni. Kalau setakat salah sikit tu, kamu maaf kan je lah. Sekarang ni kamu dah tak ada assistant siapa yang akan uruskan jadual kamu?"

Dato Hamzah kembali memandang Harith.

"Daddy ni kan, macam tak biasa pula Harith tak ada assistant sebelum ni. Mestilah Kak Tiqah yang akan tolong uruskan untuk Harith."

Harith meminum airnya lalu terus beredar dari situ.

Dari Hamzah hanya mampu menggeleng kepalanya lalu melepaskan nafas berat apabila melihat kelakuan anak sulungnya itu. Dia ada baran dan keras kepala dalam masa yang sama membuatkan Dato Hamzah risau. Bertentangan dengan anak bongsunya, Roselle . Seorang yang manis dan lemah lembut.

-

Tengku Iqram Harith berdiri megah di hadapan banggunan kaca yang tingginya mengjangkau langit. Dia membetulkan pakaiannya sebelum melangkah masuk.

Semua pekerja di situ memberi salam hormat kepadanya dan hanya di balas dengan anggukan. Di situ siapa sahaja yang tidak kenal dengan sikapnya.

Tidak lama selepas dia melabuhkan diri pada kerusi di dalam ruangannya, pintu ruangan itu di buka oleh seseorang.

"Harith ni jadual untuk harini. Meeting kau mula pukul dua sekejap lagi lepas makan tengah hari."

Atiqah masuk ke dalam bilik kerja Harith lalu menghulurkan tablet putih yang berisikan jadual kepada Harith.

"Okay. Terima kasih Kak Tiqah."

Harith tersenyum sambil menerima benda nipis itu dari Atiqah. Kalau boleh dia sangat ingin Atiqah menjadi assistant nya tetapi dia tidak mungkin membiarkan orang yang dia tidak percaya untuk menjaga akaun syarikat.

Atiqah sudah cukup bertanggungjawab dan amanah untuk menjadi accountant di syarikat itu. Atiqah juga adalah saudaranya sebelah ibu. Jadi dia lebih percaya dengan gadis yang bergelar sepupunya itu.

"Kalau tak ada apa-apa, akak keluar dulu tau Harith. Banyak lagi kerja yang akak kena siapkan."

Harith menganggukkan kepalanya. Sebelum Atiqah melangkah keluar dia berpatah balik menghadap Harith.

"Ha! Ni Harith. Oh akak lupa lah nak cakap apa. Nanti bila akak dah ingat akak datang balik ya?"

Atiqah terus keluar dari situ membuatkan Harith menggeleng perlahan kepalanya. Atiqah selalu begitu. Nak kata tua tak adalah sangat.

Harith memulakan kerjanya. Terkadang dia akan mengurut dahinya kerana sakit. Tidak lama kemudian pintu bilik nya di ketuk dari luar.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

Harith bersuara sambil menyemak beberapa helai kertas yang berada di dalam fail tepat di tangannya. Dia berhenti sebentar memandang gadis kecil di hadapannya.

"Duduklah. Apa tujuan kau datang sini? Kau kerja dekat sini ke? Aku tak pernah nampak pun kau. Kau kerja dekat department mana?"

Belum sempat si gadis melabuhkan diri di kerusi yang berhadapan dengan meja Harith, dia sudah tuju dengan pelbagai soalan dari empunya. Itu membuatkan gadis di hadapannya sedikit kekok.

"Saya datang sini sebab--"

Kata-kata gadis itu tergantung kerana Atiqah yang tiba-tiba merempuh masuk ke dalam ruangan Harith tanpa mengetuk dahulu.

"Ahh maaf Harith tak ketuk dulu. Akak ingat kan tak ada orang. Ni, akak lupa nak bagitahu. Dia ni assistant baru kamu. Leen perkenalkan diri."

Atiqah memandang gadis tadi.

"Selamat pagi Tuan. Saya Nur Edleen Shah. Ni resume saya."

Edleen bangun dari duduknya dan memberikan failnya yang di pegangnya kepada bakal majikan barunya.

Harith memandang ke arah Atiqah dengan pandangan 'What?! Seriously kak? Perempuan lagi?'. Tetapi Atiqah hanya mengangkat kedua belah bahunya beberapa kali lalu keluar semula.

Harith memandang Edleen dari atas ke bawah lalu menatap muka manis milik Edleen dengan tatapan tegas sebelum berkata.

"Baiklah aku percayakan kak Tiqah. Kalau dia nak bagi aku assistant baru tak akan dia nak bagi yang teruk-teruk. Ambil balik resume kau. Kau di terima kerja dekat sini. Kau tahu apa tugas kau kan?"

Edleen hanya mengangguk.

"Nah. Kau ambil semua ni. Aku nak kau pergi semak semua fail ni sekarang. Jadual harini kau tak perlu susah-susah, kak Tiqah dah tolong uruskan untuk aku. Kau cuma kena ready sebab pukul dua nanti kau kena ikut aku pergi meeting dengan klien."

Harith menghempas beberapa fail keatas mejanya iaitu tepat di hadapan Edleen dan menghulurkan jadualnya untuk hari ini kepada gadis kecil itu.

Edleen menerima tablet yang berisi jadual tersebut lalu mengutip semua fail yang berada di atas meja Harith. Disebabkan tubuhnya yang kecil agak susah juga untuknya mengangkat semua fail itu sekali. Sebelum dia melangkah keluar, Harith menahannya dengan ucapannya.

"Aku nak kau buat kerja kau baik-baik sebab aku tahu mesti kau tak nak kalau aku pecat kau macam assistant aku yang lain sebab tunjuk perangai murah yang macam p*lacur tu."

Harith menatap tajam ke arah Edleen yang masih berdiri di hadapan pintu sambil memegang fail yang penuh di tangannya.

"B-baik Tuan."

Jawab Edleen dan terus keluar dari bilik Harith kerana dia dapat merasakan jika dia lebih lama di situ lebih banyak perkataan pedas yang akan Harith keluarkan. Dia duduk di tempat yang telah di sediakan untuknya dan lansung melakukan apa yang di suruh oleh majikannya tadi.




*****TBC..........

[Hahhhh siap jugak chapter satu cover ff Assistant ni kn? Dekat sini masih laku lagi ke ff Ai ni mcm dekat account Ai yg lagi satu tu? Well Ai akan cover balik semua ff Ai dari account sana ok?... Ofc lahh Ai x kn letak mcm dekat sana ada mabuk2 semua sbb dkt sana bukan ff Malay. Btw tq klau ada yg read lgi and jgn lupa Voment😊]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Si Gadis Assistant Manis Ku [OG] Where stories live. Discover now