"Orang sebelah......"terdengar ada suara memanggil.Airin bangkit dari pembaringannya.Dari mana suara itu datang.
"Orang sebelah....."Airin menoleh ketepi.Ouh suara katil sebelah ke.Airin pun mula bersuara.
"Ye...."
"Orang sebelah nak guna bilik air tak?"
dia bertanya.
'Tau-tau je orang nak guna bilik air'
"Haah...."sahut Airin.Airin pun mula menuruni katil.Namun sukar baginya untuk bergerak kerana seharian dia tidak sedarkan diri.Jadi agak lemah tubuhnya mahu bergerak.
"Orang sebelah ok ke nak turun tu??"
"Ok..ok..ok"
'Aduih ..tak larat la nak pergi toilet.Tak,tak kau kena bersihkan diri Rin.'
Airin meneruskan pergerakannya ke bilik air.Orang sebelah takkan nampak Airin sebab....tirai dia tu tertutup so mudah sikit nak lalu.Tak yah nampak muka orang sebelah.Airin menuju ke bilik air tanpa menoleh ke tepi langsung...............................................................
Keadaannya sekejap ok, sekejap lemah semula.Kadang-kadang Airin berasa tidak selesa dengan apa cara kedudukan pembaringannya sekali pun.
"Huh......"Airin mengeluh.
"Tak baik mengeluh orang sebelah."
tetiba orang sebelah bersuara.
"Mesti tak selesakan??"sambung dia lagi.
Aik? orang sebelah ni dah kenapa?setiap gerak geri Airin dia tahu.Airin pun sahutla...takkan nak diam je kan orang bertanya.
"Mesti la...sangat-sangat tak selesa." jawab Airin dengan nada perlinya itu.
Ye la dah la sakit pastu sebelah katil lelaki pulak tu.Sepanjang hidup Airin...tak pernah katil sebelah dia lelaki.
Keadaan di dalam bilik sunyi sepi .
Cuma Airin ada dengar seperti barang-barang dipunggah pastu diam semula.
Airin pun biarkan je la.Mungkin orang sebelah mencari sesuatu.
Airin tak tahu nak buat apa.Nak belek telefon bosan dah, mesej mama sekarang, dah tadi.Hmmmm...duduk di hospital memang bosan,rasa macam nak balik je sekarang.
"Orang sebelah....."ada suara memanggil.
"Ye nak apa ???"
"tak bosan ke??"
"bosan la gak.kenapa??"
"nak ajak main,tapi barangnya tak bawak pulak biasanya bawak...kali ni lupa pulak."jawab si dia.
"umur berapa?"tanya Airin.Tertanya Airin sebab tetiba ajak main ni ....macam......
"27...."
Tua lagi dia dari Airin la...Macam mana ni nak ber 'kau aku ' or 'saya awak'.
Belum sempat Airin bertanya kembali dia pun mencelah dahulu.
"awak mesti lagi muda kan??"
"haah ....tadikan awak ada cakap 'biasanya bawak...kali ni lupa pulak.'
awak pernah warded ke??"
tanya Airin lagi.Mereka ni berbual tanpa melihat antara satu sama lain tau.Tirai langsir yang menjadi penghadang diorang.
"Selalu.....dah nak dekat 10 tahun gak asyik ulang alik hospital."dia cakap dengan nada yang biasa je.macam bukan orang sakit tau.
Allahu.Kesiannya 10 tahun duduk dekat hospital ni maksudnya asyik kena tahan.Aku yang baru-baru je dah rasa macam apa...ni kan pulak orang dah dekat 10 tahun.pergh!
"Lamanya....maksudnya sejak awak 17 tahun la......awak....simpati nya saya kat awak....tengah struggle spm kena ujian pulak...."
Airin rasa macam
'weh kesiannya...muda-muda kau dah sakit..'"Tu la dikatakan ujian dari Allah...nak buat macam mana kita kena tabah je la....masa saya spm tak kkacau sangat cuma masa saya ambil stpm down gile.."kata dia lagi.Nasib SPM ok tapi tu la stpm dia pulak tak berapa ok.
Nak tahu tak...stpm dia ni mengingatkan Airin kat seseorang.Keputusan dia pun tak berapa nak memuaskan.Airin dengar-dengar yang si dia struggle gila study bagai tanya cikgu semua...tapi dapat result camtu....siapa je tak down.
........................................................
Happy reading!! ⭐️
📸:iluminasi.com

YOU ARE READING
ANGAN-ANGAN 💫
Kurzgeschichten"Dapat tengok dari jauh sekali je pun tak apa....maybe boleh ubatkan hati yang tengah rasa apa ni...."