Aku Tersungkur di Jalan-Mu

24 0 0
                                    

Kejadian setiap insan mungkin sama tetapi jalan yang ditempuh itu berbeza, sepanjang pengembaraan ini ada yang dimulai dengan pendakian, ada yang dihalang perjalanannya dengan lautan lumpur. Namun, pengakhiran pengembaraan ini sentiasa menjadi tanda tanya kerana Rasulullah pernah bersabda "Setiap amalan itu dilihat pada pengakhirannya."



Aku Damia, gadis kampung biasa yang hidup dikelilingi pohon-pohon menghijau, siang ditemani burung-burung berkicauan yang terbang bebas di udara. Suasana mungkin berubah setelah aku melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) nanti. Kata orang kehidupan di bandar amat mencabar lebih-lebih lagi dari segi gaya hidup. Kebiasaannya orang kampung yang berhijrah ke bandar akan mengalami kejutan budaya. Justeru itu, ibu sering berpesan agar meletakkan agama nombor satu dalam setiap gerak-geri. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang kuat agamanya. Ibuku sering memberi pendedahan tentang Islam terutamanya dalam hal-hal Keimanan dan Ketakwaan. Tidak hairanlah, aku telah diajar mengaji al-Quran sejak berumur empat tahun lagi.
Walau bagaimanapun, sehingga hari ini aku belum berpeluang merasai kemanisan iman. Aku terus belajar tentang agama Islam, sehingga di IPT aku juga memilih jurusan Pendidikan Islam. Hati terdetik " masih banyak hal yang aku tidak ketahui, ini membuktikan betapa terperincinya agama Islam  untuk diterokai."



Dua bulan telah berlalu, aku sudah pun menjejakkan kaki ke menara gading. Di sini, bukan terdapat penganut agama Islam sahaja malah penganut agama Buddha, Kristian serta 'Atheist' dan 'free-thinker'. Awalnya aku sedikit gerun apabila bercampur gaul dengan pelbagai agama, ilmu yang entah besar mana terselit di dadaku bila-bila masa saja boleh tergugat iman ini. Tambahan pula, persoalanku tentang Islam masih belum terjawab. Rasulullah bersabda dalam satu  hadis 'qudsi'  "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" ( HR Thabrani ). " Di mana letakknya kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, kenapa kita perlu menghadapi kesukaran sebagai tanda Allah mengasihi kita?" Soalan ini menggugat keteguhan imanku. Pernah aku bertanya kepada orang tuaku tapi malah aku yang dimarahi kerana bertanya soalan yang mengarut katanya. Jadi, ia kekal menjadi teka-teki dalam benakku.



Aku mendegus kesal apabila menyingkap kembali peristiwa itu, Fikiranku kembali celaru " Bagaimana kawanku yang bukan beragama Islam tampak tenang seolah-olah tiada kebimbangan dan keresahan dalam jiwa? " monologku perlahan. Aku mencapai telefon bimbitku untuk menelefon ibu di kampung. Hati sudah mula dijentik rasa rindu kepada insan tua yang banyak berkorban dalam membesarkan aku tanpa merungut walau sekali.

"Assalamualaikum apa khabar ibu? Mia rindu la nak dengar ibu cerita kisah nabi" luahku

"Waalaikumussalam ibu sihat saja. Biasanya kamu kalau minta cerita Nabi ni ada masalah. Cuba cerita " ibu seakan-akan memahami bisikan hatiku. Namun, aku tidak yakin untuk meluahkannya. Aku membisu, mungkin suatu hari nanti ia akan lenyap sesuai dengan peredaran masa

"Nak, setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Telah diingatkan oleh Allah supaya kita bersabar menghadapi masalah. Merujuk surah 'al-i-Imraan' ayat 200 "Hai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." Sambung ibu lagi. Aku hanya mendengar tanpa  sepatah kata. Terasa bagai mendapat makanan rohani setelah mendengar bicara ibu.

"Terima kasih, baiklah ibu jaga diri di kampung Mia  nak sambung buat kerja." Usai itu talian dimatikan.

Hari berlalu begitu indah walaupun di kesibukkan diri yang tak terkira. Aku cuba membuang semua pertanyaan yang tidak relevan dari terus berlegar-legar di kepala. Sungguh pantas masa berlalu, hanya tersisa satu semester untuk menamatkan pengajian. Pihak universiti memberi pelepasan pulang sebelum peperiksaan akhir untuk semester ini. Hatiku melonjak kegembiraan lalu bergegas ke asrama mengemas pakaian. Berbeza dengan yang lain, mereka malah bersedih sehingga ada yang tidak mahu pulang ke rumah. "Persahabatan macam apakah mereka? Sungguh sayang yang luar biasa" aku mengagumi dalam diam. Mereka tidak mengapa sama agamanya sedangkan aku tinggal bersama insan beragama kristian. Keadaan diri aku belum saja kukuh untuk menghabiskan masa cuti bersamanya di asrama. Jadi, aku jauh memilih untuk pulang meluangkan masa bersama keluarga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Tersungkur di Jalan-MuWhere stories live. Discover now