_____________
Di dapur
Puan Seo sedang sibuk menyiapkan ladu, ladu tersebut di pastikan rasanya enak tanpa mengecewakan orang yang akan memakan nya, maklum, orang yang memesan adalah orang penting iaitu jiran nya Puan Kim merangkap teman baik nya
Puan Kim sangat suka dengan ladu buatan Puan Seo dan itu membuatkan Puan Seo gembira
❝ Ji Hyun ❞
❝ Nee? ❞ Sahut Ji Hyun yang sedang syok menonton tv melayan comeback show Bangtan sonyeondan
Gadis itu menghampiri si ibu
❝ Ni... kamu tolong bagi dekat Puan Kim. bagitahu dia tak perlu bayar. Eomma bagi free ❞ bekas yang berisi ladu itu di hulur pada Ji Hyun
❝ Dia pesan lagi eh eomma? ❞
❝ Ye.. dah, pergi cepat ❞
❝ Okayy ❞ lantas gadis itu melangkah keluar
************
Ting Tong~
Pintu di buka
❝ Oh Ji hyun... ada apa kamu datang? ❞ Tanya pembantu rumah
❝ Saya nak jumpa dengan Puan Kim. nak bagi ladu ni kat dia. Puan Kim ada? ❞
❝ Ooh. ada. masuk lah ❞
❝ Nee ❞ Ji Hyun perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah mewah itu, dia di pelawa duduk. Ji Hyun pun hanya akur
❝ Kejap ye saya panggil Puan ❞
Ji Hyun hanya menganggukkan kepalanya
************
❝ Ji Hyun. aigoo dari tadi tau saya tunggu ❞
❝ Eo Puan Kim. Annyeonghaseo ❞ Ji Hyun berdiri dan tunduk hormat pada Puan Kim, Puan Kim mengukir senyuman lalu menyuruh gadis itu duduk semula
❝ Tolong buatkan air untuk dia ❞ Arah Puan Kim kepada pembantu rumah tadi
❝ Baik ❞
❝ Kamu tahu tak? Sehari saya tak makan ladu Eomma kamu. Saya boleh miring eh murung tau ❞ kata Puan Kim dan berjaya mengundang tawa Ji Hyun
❝ Puan ni ada ada jelah ❞
Puan Kim di kenali sebagai seorang yang baik, ramah, dan ceria. walaupun dia orang yang ternama. tapi sikap dia jauh sekali dengan kebanyakkan orang kaya yang sombong dan angkuh
Dia tidak memandang pada pangkat seseorang itu, Puan Kim suka membantu orang yang dalam kesusahan dan Puan Kim juga tidak memilih jika ingin berteman dengan siapa
YOU ARE READING
[OG] POWER OF DESTINY➻김태형
Fanfiction❝ 𝑂𝑛𝑒 𝑞𝑢𝑒𝑠𝑡𝑖𝑜𝑛, 𝑤ℎ𝑦 𝑚𝑒? ❞ Kim Taehyung × Seo Ji Hyun Start : 16/05/20 End :-- @Gguktime 2020