SATU

425 22 3
                                    

Allysa mengemas dapur setelah selesai menyediakan sarapan pagi buat suami dan anaknya. Setelah selesai mengemas, dia menuju ke tingkat atas dimana terletaknya bilik tidur anaknya.

Sesampainya di hadapan bilik anaknya, dia memulas tombol pintu lalu menerjah ke dalam. Kelihatan Harraz dan Harriz sedang nyenyak tidur di atas katil bersaiz king yang cukup empuk itu. Dia menyelak langsir bilik itu. Cahaya matahari memasuki ruang bilik itu menyebabkan Harraz dan Harriz bangun serentak.

See. Senang je nak bangunkan dorang ni.

"Ibu, Raz lapar." kata Harraz sambil menggosok mata bagi menghilangkan kantuknya.

"Riz un apar,bu.(Riz pun lapar,bu)" kata Harriz pula. Dia memegang botol susunya yang kosong itu.

Allysa menghampiri katil tersebut. "Jom kita pergi makan." ujar Allysa kepada kedua-dua anaknya.

Harraz segera turun dari katil itu manakala Harriz didukung oleh Allysa. Kalau nak suruh Harriz turun dari katil dengan sendiri ni alamatnya bergoleklah budak tu.

Can you imagine budak umur 2 tahun baru je pandai berjalan tu kena turun katil dengan sendiri? Katil yang tinggi dengan budak sekecil lebih kurang tinggi 80-90cm tu? Silap hari bulan jatuh bergolek dibuatnya.

"Ibu!! Babah mana? Icha mana?" tanya Harraz ketika keluar dari kamar mereka.

"Babah dan Icha ada dalam bilik. Pergilah tengok. Jangan lari-lari tau." sempat lagi Allysa berpesan pada anaknya itu dengan intonasi lembut. Harraz mengangguk lalu dia berlari menuju ke arah kamar ibu dan babahnya.

Ish! Ibunya pesan tak payah lari-lari tapi lari jugak. Sabar jelah Allysa oi! Budak baru nak membesar memang macam-macam ragam mereka.

Allysa yang sedang mendukung Harriz itu segera turun anak tangga dengan berhati-hati. Kalau tersilap langkah boleh tergolek mereka berdua sampai bawah. Tangga bukan sebarang tangga eh.

Mereka menuju ke dapur. Harriz diletak di kaunter. "Duduk diam-diam tau. Nanti jatuh, ibu jugak yang susah." sempat lagi dia berpesan kepada anaknya itu.

Harriz hanya mengangguk kepalanya. Entah faham entah tidak.

Allysa menuju ke arah singki lalu membasuh botol susu Harriz. Kemudian, dia membancuh air susu buat anaknya itu.

Alah, biasalah budak-budak ni pagi-pagi manalah makan. Yang dicarinya susu dahulu lepas sahaja habis minum susu tu barulah cari makanan. Betul tak?

"Ibu!! Raz terbang,bu." jerit Harraz lalu muncullah kelibat dua beranak itu.

Allysa hanya menggeleng kepalanya. Kadang-kadang pening dibuatnya dengan perangai dua beranak tu. Bak kata apa tu? Pepatah kan? Alah yang 'bapak borek anak rintik' tu. Haa yang tulah.

Macam salah je pepatah. HAHA!

Apa-apa jelah. Yang penting perangai bapak dengan anak tu sama je.

"Dah-dah laaa tu. Jom makan dulu. Lepas makan baru boleh sambung main." kata Allysa kepada dua beranak itu.

"Okey sayangggg." balas Harris sengaja dileretkan suara garaunya itu.

"Okey sayangggg." ujar Harraz mengikut ayat yang disebutkan oleh babahnya.

Terbuntang mata mereka berdua. Diorang salah dengar ke apa ni?

"Haip! Why you panggil ibu sayang?" soal Harris kepada anaknya,Harraz.

"Raz ikut babah je." jujur Harraz lalu dia membuat 👉👈 berserta muka cute.

"No way! Sayang tu babah sorang je boleh guna,tau." ujar Harris kepada anaknya. Harraz menggeleng kepalanya.

"Not fair, babah. I want panggil ibu sayang too." kata Harraz dengan speaking english plus malay. Ini semua Harris yang ajar tau.

"No! Babah sorang je boleh panggil ibu tu sayang. Kalau Raz nak panggil sayang, Raz kena cari sendiri awek tau. Ibu ni isteri babah tau bukan isteri Raz." terang Harris bersungguh-sungguh.

Allysa menjerling tajam. Ajar anak bukan-bukan lagi si suaminya itu. Memang nak kena ni.

"Raz, jangan dengar cakap babah tu. Tadi Raz cakap Raz lapar kan? Jom kita makan." ajak Allysa. Harraz menuju ke arah kerusi lalu memanjatnya.

Bagus Harraz ni, dengar kata!






💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎



"Esok dah berpuasa. So, abang dah ready ke?" tanya Allysa kepada suaminya. Sengaja nak uji suaminya. HAHA!

So memandangkan esok berpuasa, no more gatal-gatal dari Harris. And kesian Harris ni tak boleh nak gatal-gatal dah.

"Of course I'm ready, sayang!" ujar Harris bangga. Ceyhh!

"Good boy! So maknanya dah ready lah tolong sayang buat kerja rumah." kata Allysa menahan senyum. Nak senyum nanti jelah. Nak tengok reaksi si encik suami dahulu.

"Halah, kacang jelah sayang. Setakat buat kerja rumah apalah sangat." ujar Harris mendabik dada. Eh mamat ni! Aku luku jugak kang!

"Macam nilah sayang sayangggg abang. So get ready for tomorrow, abang." kata Allysa ditelinga Harris. Allysa meninggalkan Harris di ruang tamu bersama anak-anak mereka.

Banyak lagi kerja yang dia harus lakukan sebagai suri rumahtangga sepenuh masa ni.







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA UNTUK MR. ALIEN [EDISI RAYA]Where stories live. Discover now