HIM 1

114 1 0
                                    

"Leeya!Leeya!Hish mana budak ni?" jerit Puan Hanida memanggil anak daranya dari dapur. Hampir nak terkeluar anak tekaknya ni.Sudah hampir lima kali dia memanggil anaknya itu tapi tidak disahut.Tangan dibasuh kasar lalu lengan bajunya disinting sehingga ke siku. Kakinya lalu menuju ke bilik Leeya.

Bersiap sedia untuk bergusti!

Encik Khalib yang memandang isterinya yang sudah seperti singa itu hanya pasrah. Earphone yang memang sudah tersedia berada di dalam saku seluarnya diambil lalu disumbat ke dua-dua belah telinga.

"Bismillah"

Puan Hanida menolak pintu bilik berwarna coklat itu dengan kasar. Hampir naik darahnya apabila melihat Leeya masih terkangkang tidur di atas katil.Dia memang pantang betul kalau orang perempuan ni jenis payah bangun pagi. Jam ditengok sekejap. Pukul 11.00 pagi. Lagi meruap darahnya.

"Wahai Leeya sayang,lekas bangun pagimu sebelum satu mimpi ngeri berlaku sayang.Aku tidak akan ke mana-mana malah hanya berada di samping mu. Bangunlah sayang.Sebe-"

PAPP!PAPP!PAPP!

"Aduh sakitlah!Apa ni?"terus terbangun Leeya apabila punggung gebunya ditampar. Sakit gila weh! Hilang dah putera kayangan tadi.

"Ouh tahu sakit?!Ingat dah tidur mati baru nak panggil jemaah masjid ja tadi nak buat tahlil!" bebel Puan Hanida sambil bercekak pinggang. Geram betul dengan anak tunggalnya ini.

"Ibuuu..Apa cakap macam tu?Kang Leeya mati betul baru tahu.Hilang dah putera kayangan Leeya tadi.Baru nak bersayang-sayang tauu."bibirnya dicebik. Jarinya dibasahkan dengan liurnya lalu dilap di kesan air liur basi yang sudah kering di pipi tembamnya itu.

Kau pengotor, Leeya!

"Putera kayangan pun tak mahu dekat anak dara yang liat bangun macam kamu ni.Waktu ni orang dah bangun buat macam-macam kerja tau.Ibu dah tiga kali ulang-alik balik dari market dengan Haris tahu?!Sekarang bangun pergi mandi cepat!Tolong ibu masak."

"Alaa semalam Leeya tidur lewat siapkan assignment sebab tu Leeya bangun lewat.Ibu..." Leeya menayangkan muka kesiannya lalu tangan didepa ingin memeluk pinggang ibunya itu tapi cepat telinganya ditarik.

"Mandi,Nur Leeya Arianna!"

Lintang-pukang gadis itu berlari masuk ke dalam bilik air. Takut kena cubit dengan Mak Ketam tu.Tatutt tau.Puan Hasnida hanya menggelengkan kepalanya lalu ketawa kecil. Leeya.. Leeya..

"Ibu,nak bancuh air apa?"soal Haris,anak bongsu Puan Hasnida dan Encik Khalib itu. Botol sirap dan sarsi itu ditunjukkan kepada ibunya.

"Sirap.Tekak abah terasa nak minum air sirap pula." sampuk Encik Khalib yang sedang mengupas kulit buah epal di mini bar dapurnya.Sesekali sepotong buah epal ditelannya.

"aipp aipp boss!"

"Abah,nakkk.."Leeya membuka mulutnya luas apabila saat melihat Encik Khalib ingin makan potongan epal yang terakhir.Tidak berkata apa-apa, Encik Khalib hanya tersenyum lalu menyuap Leeya.

"Dah jom makan.Makanan dah siap."

"Jom!"kalau bab makan,Leeya paling cepat,pantas dan tangkas!Dia akan kemurungan teruk kalau sejam tak makan. Gila kau Leeya.

"Bismillah..Aminn."

Sup ayam dicedokkan ke dalam pingganya.Malangnya seketul ayam yang bersaiz agak besar itu menjadi rebutan.

"Hariz punya!"

"Kakak nampak dulu jadi kakak punya!Kau ambil lain."

"Ah tak ki-"

"Ish korang ni.Sehari tak bergaduh tak boleh ke?" marah Puan Hasnida. Depan rezeki pun nak bergaduh rebut ayam bagai.

"Leeya, macam mana kolej ok?"soal Encik Khalib tetiba.Segelas air dicapai lalu diteguk rakus. Terlekat tulang ayam pula rasa.

"Okay je abah.Kenapa?"pelik juga Leeya.Jarang abah sorangnya itu bertanya tentang kehidupan kolejnya.

Bukan abahnya tak ambil berat ok cuma dia tak nak masuk campur dalam urusan dirinya.

"Minggu depan kita berpindah rumah baru jadi Leeya pun kena pindah kolej juga lah."

"Apa?Pindah?!




To be continued..



#Leeyadam

Jangan lupa vote okay.


HIMWhere stories live. Discover now