Bab 12- tak percaya

18 2 0
                                    

Sekolah bermula bagi semua pelajar untuk bermula belajar semula selepas musim cuti sekolah berakhir. Hari ini dia pergi ke sekolah dengan adiknya Syafiq kerana syafiq pun dipindahkan ke sekolah bersama dengan Suraya dan Sharif pula dengan sekolah rendahnya. Jadi dia tidak lah kekok kerana dia sudah biasa dengan sekolah barunya malah ramai yang tegurnya di sekolah macam biasa pelajar lama di kelas bersama Suraya kecuali Nabila dipindahkan ke kelas lain tetapi ada pelajar baru dan ada pelajar yang pandai diturunkan ke kelas Suraya jadi itu baru bagi Suraya tapi dia masih dengan Eidil dan Farhana.

Dia duduk di sebelah Farhana tapi Farhana ini kawan yang paling dia suka berbanding fake friend dia dulu.
Macam biasa Riyad suka kacau dia dan Farhana pun dia suka kacau berbanding dengan perempuan lain dia tak kacau pun! Pelik.

****

Setiap hari diaorang bersama dan kami tak lupakan Nabila walaupun dia tak sama kelas dengan kami. Jadi kami tidak banyak bermain kami harus belajar dan belajar untuk SPM untuk tiket ke sambung belajar. Kami berlumba-lumba untuk dapat yang  terbaik untuk result kami.Suraya tidak lah pandai sejarah dan matematik dia selalu gagal berbanding Eidil dan Farhana sangat pandai di kelas Suraya berasa cemburu dengan Eidil dan Farhana tapi diaorang bagi banyak dorongan supaya banyak kan buat latihan di rumah.

***

Hari ini adalah hari kokurikulum jadi mereka kena ada buku koko untuk mengisikan pembelajaran setiap diaorang masuk ke kelab mereka selepas habisnya koko mereka meletakkan buku itu ke atas meja guru dan Suraya sangat rajin pada hari itu jadi dia menyuruh Eidil tolong mengangkatnya sekali sebab Eidil ketua kelas dia patut membuat perkara itu. Tetapi ada yang menyampuk dan ingin tolong Suraya mengangkat.

         "Suraya...  takpelah biar aku tolong angkat"ujar Riyad dari belakang dan terus memegang buku

Tapi serious cara Riyad bercakap dengan Suraya sangat mengelikan seperti seorang lelaki gatal bercakap. Itu adalah kali pertama bagi Suraya. Suraya dah syak lama dah si Riyad ini dengan perangai nya yang suka menyakat Suraya.

           "Ishh tak payah lah takpe terima kasih je... Eidil jom angkat cepat!!"sahut Suraya untuk mengelak bercakap dengan Riyad

          "Alah takpelah meh sini"balas Riyad

          "Tak payah aku cakap kan... Ish!!"marah Suraya mengacah untuk menumbuk Riyad

Suraya dan Eidil pun meninggalkan Riyad, apabila sedang mereka menghantar buku itu ke bilik guru Eidil berborak dengan Suraya untuk melengahkan Suraya supaya lambat ke kelas. Katanya ingin memberitahu sesuatu.

            "Wei, Suraya aku rasa kau patut  kurangkan bercakap dengan Riyad... Sebab walaupun aku dah lama kenal Riyad tapi ini kali pertama aku kenal dia dengar sebenar. Sebenarnya aku nak cerita tapi kau jangan bagitahu siapa-siapa tau! " ujar Eidil dengan penuh berhati-hati

           "Alah kau ini aku bukan suka sangat berborak dengan si Riyad tu dia yang tetiba dekat dengan aku... Aku tak suka lah... kenapa lak dengan dia cer cerita sikit?"balas Suraya sambil terberhenti berjalan kerana ingin mendengar cerita Eidil

          "Ok.. janji tau jangan cerita siapa-siapa ini hal lelaki je tahu!"ujar Eidil lagi

          "Hah ye aku janji... Eh tapi aku perempuan,ahh takpelah cepatlah apa dia? "Balas Suraya dengan penuh tanda tanya

           "Ok, macam ni sebenarnya Riyad tu pernah bercerita tentang benda yang tak elok dekat kitaorang tapi kitaorang just diam dengar jelah si Riyad tu bercerita... Aku rasa Riyad tu otak kuning sikit kau tahu kan.... Tapi serious aku cakap aku sendiri lelaki pun aku geli"ujar Eidil dengar panjang lebar

            "Serious ok aku cakap ishh geli dooo.. Ok aku malas nak berborak dengan dia tapi aku memang tak suka  berborak dengan dia pun.... Serious aku tak percaya perangai dia macamtu.... Patut aku rasa pelik dah lah bercakap dengan aku macam tak betul jer... Meh sini aku angkat! " balas  Suraya sambil mengajuk cara Riyad bercakap

            "Aku pun tak tahu kenapa aku berani cerita benda ini dekat kau... Ntahlah? "Ujarnya lagi

            "Ouhh yeke aku pun tak kisah ini pun untuk keselamatan aku jugak kan! "Balas Suraya. Eidil hanya mengangguk sahaja dan mereka pun masuk dalam kelas setelah sekian lama mereka berborak dan secara tak sengaja Suraya terpandang Riyad dan  terus dia pandang tempat lain.

           "Suraya kau pergi mana lama kau keluar dengan Eidil dating ehh?" Perli Farhana

           "Haah dating kenapa jeolous ehh.. Alah kau ni pergi hantar buku  tadi dekat bilik guru lek ahhh!" Ajuk Suraya
            "Yolahh Suraya!"acuh tak acuh Suraya bercakap

Suraya ingin nak bercakap perkara tadi tapi masa tak sesuai nak bercakap perkara itu.. Lain kali jelah....

TBC


That!!!  Ma boyWhere stories live. Discover now