limabelas

225 49 19
                                    

29april ,2020
04:05 p.m.

buku yang kau beri masih ada di dalam beg
perasaan ingin tahu akan apa yang kau baca itu ada
tetapi perasaan aku terhadap kau sudah terkubur lama
dulunya memang aku sukakan kau
tetapi apabila aku lihat kau dengan perempuan itu
atau teman wanitanya
aku mula rasa bahawa aku perlu lupakan kau
kau hak orang dan
aku tiada hak untuk suka orang seperti kau
kau jauh lebih baik daripada aku
kau terlalu baik untuk aku suka
dan kau tak patut jumpa orang seperti aku
selesai mandi aku terus ke meja kerja
dimana aku capai beg aku dan keluarkan buku itu
buku kulitnya keras berwarna biru langit
aku kemudian membukanya

dear yoonji

aku mengerutkan dahi
kenapa hati aku mula rasa gelisah
entah kenapa jantung aku berdebar
mungkin ia hanya buku
ianya hanya sekadar buku
aku belek halaman seterusnya

aku lihat seseorang di hujung bangku sana
seorang perempuan
seperti tiada siapa yang menemaninya
sama seperti aku mungkin
mukanya kelihatan sedih
patutkah aku kesana
tapi ini baru kali pertama aku nampaknya
mungkin lain kali

perempuan di hujung bangku ?
siapa perempuan yang dia lihat
teman wanitanya ?
mungkin
dan aku membelek halaman seterusnya

dia masih disitu
diam-diam dia melihat aku
aku hanya mampu tertunduk senyum
kenapa dia terlalu malu
comel

jadi buku ini hanya tentang teman wanitanya
bagaimana dia jumpa dan tertarik
eum perlu ke dia bagi aku buku ini
untuk apa ?
sakitkan aku lagi ?
aku terus menolak buku itu ketepi dan membuka suis kipas kaki disebelah aku
kenapa dia sakitkan hati aku dengan cara begini
dia ingat aku makan dengan semua helah dia
aku kembali memandang buku itu
ia sudah terselak ke halaman lain
dan aku mengambilnya kembali membaca

hari ini aku akan berjumpa dengan dia
semuanya kerana dia
dia text aku dahulu
tapi semuanya musnah sebab seorang perempuan
yoonji berikan aku sebekas mochi
tapi perempuan itu buangnya
aku rasa kasihan akan si yoonji
aku harap dia baik-baik saja

hati aku makin gelisah
dengan apa yang dia tulis pada sticky note
yang ditampal pada setiap helaian buku itu
satu persatu aku bacanya
dan semuanya
seperti aku

mungkin dia malu
tapi aku ingin jumpa dengan dia
aku sukakan dia
aku rasa tanpa dia
tak lengkap pemandangan aku disini

+++

aku perhatinya dari jauh
dia masih melihat ke arah bangku aku
rindu kan aku ke ? :D
maaf kalau aku terpaksa buat begini
aku tahu kau cuba lupakan aku
tapi bagi aku peluang
untuk aku bagi buku ini
sudah selama sebulan buku ini aku bawa
untuk melihat kau yoonji
dan sekarang
buku ini dah ada dengan kau
dan aku harap kau faham apa yang aku rasa selama 30 hari ini
aku sukakan kau yoonji

choi jongho,
aku sukakan kau juga

crush on you. cjhWhere stories live. Discover now