Bab 6

19.4K 515 10
                                    

KARIPAP berintikan sardin dihidangkan ke atas meja. Ligat tangan Mak Timah mengacau teh di dalam teko sebelum diletakkan di depan suami dan anak lelakinya. Kerusi ditarik. Dilabuhkan punggungnya di sebelah Pak Hassan. Dituangkan teh untuk Pak Hassan.

"Syakilla tu sejak duduk di KL tak ingat dekat kita langsung," ujar Yusman. Sebiji karipap dicapai.

Mak Timah ingin bersetuju dengan kata-kata Yusman tapi tak jadi dianggukkan kepalanya bila Pak Hassan menepis andaian buruk Yusman.

"Mungkin adik tu sibuk bekerja di KL sana tu sampai tak ada masa untuk jenguk kita di kampung. Adik kan dah janji dengan abah, mak dan kamu yang dia di sana tu nak cari kerja bukannya nak berjoli," ujar Pak Hassan. Memihak kepada anak gadisnya yang sekarang menetap di Kuala Lumpur.

Yusman mendengus kasar. Kalau dia sebut pasal Syakilla, pasti Pak Hassan beria-ia membela Syakilla. Kadang-kadang, layanan Pak Hassan kepada Syakilla membuatkan dia berasa cemburu.

"Kalau betullah dia kerja dekat KL tu, tak ada pun dia hantar duit dekat kita?" Sebelah kening Yusman terangkat tinggi.

"Sabarlah. Adik baru aje duduk di KL tu. Nanti tahulah dia nak kirim duit dekat kita," balas Pak Hassan agak keras.

Mak Timah hanya memasang telinga. Tak mahu mencelah perbualan dua beranak itu. Nanti dia juga yang kena.

Yusman bingkas bangun dari duduknya. Hilang terus selera makannya bila Pak Hassan membela Syakilla. Salahkah dia meluahkan pendapatnya? Memang betul pun Syakilla dah melupakan keluarga di kampung.

Balik-balik Mak Timah juga yang kena tebalkan muka menelefon Syakilla terlebih dahulu. Adiknya? Jangan haraplah nak telefon mereka terlebih dahulu. 

"Man nak ke mana?" Lembut suara Mak Timah menyoal anak lelakinya.

"Tiba-tiba dah kenyanglah, mak. Tak apalah, Man nak berehat dalam bilik." Yusman lekas beredar dengan kakinya yang terdengkot-dengkot.

Disebabkan peristiwa enam tahun yang lalu, dia menjadi cacat kedua-dua belah kaki setelah terlibat dalam kemalangan di lebuh raya. Kalau boleh, tak nak diimbau kembali peristiwa yang memeritkan hatinya tu.

"Cakap sikit, merajuk. Tak fahamlah saya dengan anak awak tu, Mah." Pak Hassan mendengus.

Mak Timah diam membisu. Tak ada apa-apa lagi nak dibidaskan. Kalau dibidas nanti makin sarat pula Pak Hassan menyekolahkannya.

PAGI-PAGI lagi Syakilla dan Reza dah berdiri di depan pintu bilik yang terletak di tingkat dua. Sakit hati jugalah sebab Reza tak beritahu awal-awal yang akan menemu duganya tu orang lain, bukannya Hazril Irfan.

Punyalah malam tadi dia berdoa supaya Tuhan lembutkan hati Hazril Irfan menerimanya bekerja sebagai tea lady di sini. Tiba-tiba pula hari ni dia dapat tahu yang akan menemu duganya untuk jawatan tea lady tu adalah pegawai khas yang telah dilantik oleh Dato' Imran.

"Kenapa bukan Hazril sendiri yang interview I?" soal Syakilla, mahukan kepastian.

Amboi, Kella. Macam nak sangat aje Hazril sendiri yang temu duga kau? Fuh! Memang tempah mautlah jawabnya.

"Di sini, kita ada pegawai khas untuk setiap department. Untuk department tukang cuci, tea lady dan jawatan bawahan, Encik Fattah yang akan temu duga. Kalau you nak minta kerja sebagai pegawai pemasaran, pegawai kewangan atau staff AM syarikat, barulah Dato' Imran atau Hazril yang akan interview," jelas Reza. Tubuhnya disandarkan ke dinding putih.

Mulut Syakilla membulat sedikit. Bibir bawahnya digigit. Belum apa-apa lagi dah gugup. Macam-macam andaian buruk bermain di dalam fikirannya. Macam manalah kalau rezekinya tidak ada di sini? Dah tu, macam manalah dia nak rapat-rapat dengan jejaka pujaannya tu?

"You tenang aje, okey? I jamin you mesti dapat punyalah kerja ni," ujar Reza. Memberikan semangat kepada Syakilla.

"Kalau tak dapat, macam mana?" soal Syakilla, merendah diri.

"Dalam kehidupan ni Kella, kalau you sentiasa berfikiran negatif maka benda negatiflah yang akan datang pada you tapi, kalau you berfikiran positif maka benda positiflah yang akan datang pada you. Jadinya, you kena positif dan doa banyak-banyak supaya you dapat kerja ni," balas Reza bersungguh-sungguh.

Syakilla melepaskan keluhan berat. Sekali-sekala kenalah berfikiran negatif juga. Kalau dua puluh empat jam positif memanjang, tak boleh juga. Takkanlah kalau boyfriend curang pun nak positif?

Merepek!

"I tunggu you dekat luar ni. You masuklah dalam. You jawab aje apa yang Encik Fattah tu tanya. Jawab dengan jujur."

Syakilla menjatuhkan kepalanya berkali-kali. Dengan lafaz bismillah, pintu bilik Encik Fattah selaku pegawai yang dilantik khas untuk menemu duga pekerja bawahan ditolak.

Dekat lima belas minit melakukan sesi soal jawab, Syakilla masih lagi tenang. Kebanyakannya, lelaki bertubuh gemuk itu menyoalnya tentang sesi kerja di bahagian pantri dan pengalamannya membancuh minuman. Alah, soalan mudah! Budak tabika pun boleh jawab.

"Awak memang betul-betul nak kerja sebagai tea lady dekat sini ke?" soal Encik Fattah. Matanya gatal melirik tubuh Syakilla.

"Ya, saya betul-betul nak kerja di sini. Saya anggap rezeki saya memang di sini kalau saya diterima bekerja," balas Syakilla dengan penuh yakin.

"Awak diterima bekerja."

Tiga patah perkataan itu membuatkan Syakilla hampir terlompat. Bahagianya dia rasa! Tuhan mempermudahkan segalanya. Ceh!

"Bila saya boleh mula kerja, encik?" soal Syakilla, teruja.

"Esok, boleh?"

"Boleh!"

"Tapi... Ada tapinya." Encik Fatah menjeda. Sekali lagi matanya melirik tubuh Syakilla. Berbaju blaus lace trim berwarna putih dan berseluar jeans hitam, sungguh tak menarik perhatiannya.

Berkerut kening Syakilla. Alahai, nak minta jadi tea lady pun ada tapi-tapi bagai. Matanya menjuling ke atas.

"Tapi apa, encik?" soal Syakilla.

"Boleh tak awak tukar sikit penampilan awak? I mean, tukar kepada pakaian yang agak seksi sikit sebab anak majikan D'Popcornz ni minat perempuan-perempuan seksi," ujar Encik Fattah.

Syakilla melongo. Anak pemilik syarikat ni dah tentu-tentulah jejaka pujaannya. Sejak bila pula Hazril Irfan minat perempuan seksi? Kalau dia minat perempuan seksi, kenapa bercinta dan nak bertunang dengan Mariam yang sah-sah pakai tudung?

Huh! Kau yang gatal, nak salahkan Hazril aku pulak. Gerutu Syakilla di dalam hatinya. Tengok pun dah tahu, Encik Fattah tu gatal orangnya tapi, demi kerja, dia anggukkan juga kepalanya. 

"Boleh, Encik Fattah. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dululah. Esok saya terus mulakan kerja," pamit Syakilla. Kerusi ditolak semula ke dalam meja.

"Okey, I wish you luck." Encik Fattah melorekkan sengihan miangnya. Tangan yang dihulurkan oleh Syakilla disambut mesra.

Syakilla berdecit. Ditarik-tarik tangannya daripada genggaman Encik Fattah. Dasar lelaki gatal! Terus dipulas tombol pintu.

"Macam mana?" soal Reza sebaik saja Syakilla melangkah keluar dari bilik Encik Fattah.

"I dapat. Terima kasih Reza sebab you sudi tawarkan I pekerjaan ni," ujar Syakilla. Wajahnya ceria semacam.

"It's okay, Kella. After this dapatlah I jumpa you hari-hari dekat sini." Reza tersengih.

Syakilla membalas sengihan lelaki itu. "Okeylah, you pergilah masuk pejabat you. I boleh balik sendiri naik Grab."

"Okey, Kella. Sorry sebab tak dapat hantar you balik."

"Tak apa, I tak kisahlah. I faham you kerja. Happy working! I balik dulu." Tangannya dilambai-lambaikan kepada Reza.

Selepas tubuh Syakilla hilang ditelan perut lif, Reza mengatur langkah meninggalkan kawasan bilik Encik Fattah.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now