The Necklace

22 1 0
                                    

Bruno seorang lulusan ITM (Uitm) dalam bidang elektronik telah meninggalkan kampung halaman sejak tahun 1985 dan terus bekerja di tanah seberang selepas tamat pengajiannya. Oleh kerana kemiskinan keluarga, dia tidak mampu untuk selalu balik bercuti meskipun ada kesempatan. Hanya surat yang diutus kepada keluarganya setiap bulan kerana hanya dengan cara itulah dia dapat menghulurkan duit kepada ibu dan adik-beradik di kampung. Dia telah bekerja keras di merata tempat untuk mengumpul duit dan menimba pengalaman bagi memulakan perniagaannya kelak. 15 tahun lamanya barulah dia kembali ke kampung. Selama 15 tahun itu, dia cuma tahu khabar keluarganya sahaja. Tidak pernah berhubung dengan rakan-rakan sekampung.
================================

Seperti biasa, Bruno akan membuka kedainya (bengkel memperbaiki barang elektrik) pada setiap jam 8:00 pagi dibantu oleh 3 orang technician yang diupahnya. Rezeki Bruno agak baik kerana baru 2 minggu kedainya beroperasi, berduyun-duyun orang menghantar TV, Video Tape player, VCD player tidak kurang juga hi-fi, radio dan macam-macam lagi. Mungkin kerana sifat peramah dan charge yang dia kenakan lebih murah, maka orang kampung dari sekitar daerah itu lebih senang berurusan dengan dia. Ketika musim perayaan, dia terpaksa bekerja lebih masa sehingga ke jam 11: 00 malam bagi menyiapkan barang rosak yang perlu disegerakan. Hari-hari biasa, dia akan bekerja setakat jam 8:00 malam. Setiap kali bekerja pada waktu malam, dia akan mengunci pintu kedai dari dalam demi keselamatan.

Suatu malam pada penghujung bulan Oktober, dia terpaksa bekerja jauh malam kerana ruang kedainya tidak mampu lagi menampung barang yang semakin menimbun. Bukan sengaja dilengah-lengahkan tetapi adakalanya, ada part yang perlu ditunggu dari supplier. Supplier pula adakalanya tiada stok. Hari tu, supplier datang membawanya part-part dia telah order sejak 2 bulan lepas jadi bolehlah dia repair mana-mana barangan yang ada partnya. Kalau terpaksa bekerja sampai tengah malam pun tidak apalah, janji barangan siap, esok boleh call customer ambil, selain dari dapat duit, boleh juga masukkan barang rosak yang lain apabila yang siap boleh sudah dikeluarkan fikirnya.

Ketika jam menghampiri pukul 11:00 malam, dia belum bercadang untuk balik. Dia sedikit stress sebab TV Panasonic yang sedang diperbaiki masih gagal berfungsi walaupun part yang telah lama ditunggu telah dipasang. Transistor dipasang, tiba-tiba meletup. Dia menggaru kepala beberapa kali, puas memikirkan kemungkinan lain.

Sayup-sayup kedengaran suara teresak-esak yang membuatkannya mematikan TV yang sengaja dipasang lama untuk menguji sama ada TV itu sudah benar-benar OK atau sebaliknya. Esak tangis itu masih kedengaran. Sah! Suara bukan datang dari TV. Pintu besi kedai juga berkeriut seperti disandar oleh seseorang dari luar. Pada mulanya dia sangkakan anjing liar yang mungkin tidur di hadapan kedainya, jadi dia abaikan sahaja. Tetapi lama-kelamaan suara tangisan itu semakin jelas, hanya diluar pintu kedainya sahaja!

Dia bingkas bangun dan menguak kecil pintu kedainya hanya setakat memuatkan kepala untuk menjenguk keadaan di luar. Seorang kanak-kanak perempuan bergaun pink pucat sedang duduk menangis di luar kedainya. Budak itu masih kecil dalam 6-7 tahun. Tubuhnya sedikit chubby dengan muka yang agak comel. Seorang diri.

"Apa kau buat di sini? Siapa kawan ko? Tanya Bruno kehairanan.
Belum pernah dia melihat mana-mana kanak-kanak seumur itu yang berkeliaran seorang diri dikawasan pekan, apalagi waktu malam-malam begitu.

"Saya sesat. Tadi saya ikut daddy check TV di sini tapi daddy tidak pedulikan saya. Daddy tinggalkan saya. Mummy sama daddy tidak sayang saya, dorang sibuk dengan adik baru. Dorang tidak mau bercakap dengan saya.." suaranya sayu sesekali tersedu-sedan. Matanya bengkak mungkin sudah lama menangis.

"Siapa nama kau? Siapa nama daddy kau?" Tanya Bruno kesal dengan sikap bapa kanak-kanak tersebut. Kenapalah lalai sangat sampai tertinggal anak sendiri.

"Nama saya Vianne. Bapa saya Paul." Jawab kanak-kanak itu. Wajahnya sangat sugul.

"Paul? Di mana rumah kamu?" Tanya Bruno lagi. Paul? Macam familiar pula dengan nama itu. Tapi ya! Ada beberapa pelanggan dia yang bernama Paul. Siang tadi pun ada juga Paul yang datang. Tapi dia datang seorang diri. Ada juga mereka bersembang sebentar pasal politik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The NecklaceWhere stories live. Discover now