"Farah, kau on tak malam ni? Malam ni special tau. Rugi kau, takde".
"On sis. Hehe"
"Cun".
Tempat favourite aku. Ramai orang berduit kat sini. Ada juga yang kesunyian kat sini. Tu yang mereka perlukan orang macam aku. Dah lama aku buat kerja ni. Kerja ni macam dah sebati dalam hidup aku. Pernah tengok orang hisap dadah tak? Macam tu la aku. Ketagih. Ketagih. Ketagih.
"Hai baby. You look beautiful today. That's why I really love you and need you baby. Tonight ok?".
"Sure, sayang. I love you more and more". Cinta? Sayang? Itu lah ungkapan yang aku dengar setiap hari. Bosan pun ada. Tapi nak buat macam mana, kerja aku. Layan kan ajelah. Diaorang tidak cukup kasih sayang sebenarnya. Ada yang dah bosan dengan pasangan masing-masing. Aku pun tidak faham kenapa macam tu. Awal percintaan indah-indah belaka. Dah lama kahwin, hancur. Orang macam aku nak kahwin? Aku rasa tidak kot. Mana ada lelaki yang nak perempuan macam aku. Kotor. Jijik. Hina. Itu kan pandangan manusia dekat orang macam aku? Betul la tu.
YOU ARE READING
Perjalanan Ku
SpiritualKisah seorang gadis, iaitu Farah Amani. Farah merupakan gadis biasa. Namun, disebabkan sesuatu peristiwa dan pengaruh luar menyebabkan dia berubah 100%. Sampai satu masa, dia pilih.... Apakah pilihan Farah? Nantikan cerita seterusnya. Ini bukan ceri...