➳ 22

437 72 3
                                    


Akhirnya aku dapat jumpa dengan pakar yang bertauliah, hasil bantuan mereka berdua.

Kenapa dengan aku sebenarnya?

Aku baru tahu 'sisi' lain aku wujud disebabkan oleh sebuah keadaan yang digelar sebagai 'identity disturbance'.

Ia juga dikenali sebagai 'personality disorder'.

Flashback

" Identity disturbance? Maksudnya selama ni saya seorang yang gila? "

" Tidak cik, walaupun cik ada mental illness, tak semestinya cik terus dilabel sebagai gila. Cuma, cik perlu ada usaha untuk pulih dari penyakit ni. "

" Tapi, dia muncul tanpa saya sendiri sedar. Macam mana saya nak pulih sepenuhnya? "

" Boleh saya tahu kenapa dia boleh wujud dalam diri cik? "

Ah. Macam mana aku nak jawab ni?

Aku jadi macam ni sebab Wonwoo.

Malunya aku hendak beritahu perkara sebenar.

Tapi...aku perlu jujur.

" Cik...? "

" Ah ya ya? "

" Saya ada tanya tadi, kenapa dia boleh wujud dalam diri cik? "

" Sebab seorang lelaki... "

" Saya faham. Awak mesti malu kan? Tambahan pula, saya ni pun lelaki juga. Tapi jangan risau, rahsia cik selamat dengan saya. Jadi, boleh cik ceritakan dengan terperinci? "

Aku pun luahkan segalanya. Dan doktor tersebut mendengar segala luahan aku dengan teliti sambil mencatat sesuatu.

Leganya bila dapat luahkan segala perkara yang terpendam.

" Jadi, disebabkan itulah awak jadi macam ni? "

" Ya... "

" Terima kasih sebab berlaku jujur dengan saya, saya akan cuba untuk bantu awak okay? "

" Ah..saya ada soalan. Saya perlu makan ubat macam orang yang sakit ke? "

" Yes. Tapi fungsinya bukan macam ubat yang sembuhkan penyakit seperti demam atau batuk. "

" Terima kasih.. "

" Tiada masalah. Dan awak perlu berterima kasih juga pada dua orang kawan awak tu. "

End Flashback

Rupanya aku perlu makan ubat juga.

Tapi tak mengapa. Setakat ubat-ubatan ni, apalah sangat.

Dan aku akan berusaha untuk hilangkan 'dia'.
Aku dah buang semua benda yang aku gunakan untuk toreh diri sendiri seperti pisau lipat, pisau cukur dan serpihan kaca.

Sekurang-kurangnya aku tidak akan cederakan diri sendiri atau orang lain.

Aku berterima kasih sangat dengan Wonwoo dan Mingyu sebab bawa aku berjumpa dengan pakar.

Aku terharu kerana Wonwoo masih tolong aku walaupun aku cuba hendak bunuh dia berkali-kali.

Mingyu? Dia sukakan aku. Mestilah dia akan tolong aku.

Tapi,

Aku minta maaf Mingyu, aku memang tak ada simpan sebarang perasaan terhadap kau.

Minta maaf sangat.

Dan, kenapa aku rasa sesuatu yang buruk akan berlaku?

Bukan pada diri aku, dan bukan juga Wonwoo. Tapi...

...Mingyu.

Tiba-tiba aku rasa risau sangat.

Seperti akan ada sesuatu yang berlaku terhadap dia.

Ah. Pedulikan.

Mungkin emosi aku tak berapa stabil, sebab itulah aku boleh terfikir macam-macam.

𝗰𝗿𝘂𝘀𝗵. [✓]Where stories live. Discover now