Alam Berhijab

7 0 0
                                    

Hari ini: 3 May 2020
.......................................

Sekali lagi aku melangkah ke alam sana.Rancak berpencak mengatur langkah tari.Aku dipuji ramai orang kerana cantiknya pencak tari aku. Di dalam dewan itu ramai manusia yang menonton. Aku jadi malu apabila dipuji sedemikian rupa.Ramai tok penghulu menyalami aku kerana rasa takjub mereka pada pencak tari ku.

Di alam sana aku juga bertemu Sang Kekasih...sungguh Cantik di pandangan mata ku. Perlakuannya sama seperti di Alam sini, tetap malu apabila ingin bertembung denganku.Hati aku menjadi rindu..hanya dengan pandangan mata sahaja aku menghantarnya pulang bersama rakannya.. Dari atas jambatan aku melihatnya pulang bersama rakannya.Si dia berlari-lari anak membuatkan aku geli hati lantas ketawa kecil.

Lalu aku mendengar suara memangil nama ku..membangunkan aku kerana zohor hampir tergelincir masuk ke asar.Aku membuka mata,kembali semula ke alam nyata.Demi Allah rasa letih akibat berpencak menjalar ke seluruh urat darah ku.. Kaki aku menjadi haus.Hampir tiap hari aku begini,aku tidak tahu mengapa mimpiku rasa begitu nyata.. Sehingga sentuhan manusia dapat aku rasakan seperti di alam sini.Aku pulangkan semua ini Kepada Maha Pencipta kerana dia yang Maha Mengetahui baik yang nyata mahupun yang ghaib.

Aku sedekahkan Al Fatihah kepada Sang Kekasih, moga dia dirahmati Allah Robbul i'zzati. Aamiin.

                                               3 May 2020.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Melakar Pelangi Where stories live. Discover now