Segalanya bermula di sini

10 1 0
                                    

"Aku cinta sama kamu sama seperti bintang yang tidak akan pernah meninggalkan langitnya." Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di dalam benakku.

Entah kenapa kata-kata itu telah membuatkan aku semakin jatuh cinta kepadanya.

Syamim... Ya Syamim...

Dialah satu-satunya lelaki yang pernah memberikan erti di dalam hidupku.

Aku masih ingat lagi kata-kata pertamanya saat pertama kali kami bertemu.

"Aku cinta sama kamu di saat pertama sekali aku melihat kamu." Jujur hatiku berbunga-bunga selepas mendengarkan kata-kata itu.

Dan kata-kata itulah yang telah berjaya membuka kembali pintu hatiku setelah beberapa kali pernah terluka sebelum ini.

Syamim adalah merupakan lelaki yang baik menurut pandangan mataku. Entah mengapa hatiku berasa aman dan tenteram apabila aku sedang bersama dengannya.

Sejak pertemuan pertama aku dengannya itu, aku akui aku kini telah dilamun cinta sekali lagi.

Dan kali ini aku dapat merasakan dia adalah lelaki terakhir yang akan membuatkan aku bahagia. Aku yakin, dialah lelaki yang akan menamatkan segala penderitaanku selama ini.

Aku tersenyum seorang diri di atas katil. Hal ini kerana, hari ini adalah merupakan hari yang paling special di dalam hidupku.

Hari ini merupakan hari anniversary yang pertama buat aku dan dia. Ia kini sudah setahun kami dilamun cinta dan melayani bahtera ini bersama.

Dia pernah berjanji padaku pada hari anniversary yang pertama ini dia akan memperisterikan aku. Entah kenapa, aku merasa betapa bahagianya aku saat ini hanya Tuhan yang tahu.

* * * * *

Syamim berasa sedikit gusar pada hari ini. Entah kenapa dia masih terngiang-ngiang mengenai pembicaraannya dengan keluarga besarnya semalam saat dia meminta izin dan restu daripada keluarganya untuk memperisterikan Nabilah.

"Bonda, tak kan pernah sesekali untuk merestukan hubungan Syamim dengan perempuan tu... Siapa nama dia..?" Ujar Tengku Gayatri Wulandari  tegas.

Tengku Gayatri Wulandari atau lebih mesra disapa bonda oleh Syamim amat mementingkan nasab keturunannya. Tengku Gayatri Wulandari tidak pernah sesekali pon merestui hubungan diantara Syamim dan Nabilah malah semakin berusaha untuk memutuskan hubungan tersebut.

"Nabilah... Bonda..." Kata Syamim perlahan seakan sudah tahu apa yang ingin diucapkan oleh bondanya itu.

"Ha! Nabilah... Entah perempuan mana yang kamu bercinta sakan bagai nak rak. Daripada keturunan mana pon kita tak tahu... Bonda tak kira... Bonda nak kamu putuskan hubungan kamu dengan gadis tu... Kalau tak!!!" Amarah Tengku Gayatri Wulandari sambil cuba untuk mengawal emosinya yang sedang marah.

"Kalau tak apa bonda!!!??" Tanya Syamim sedikit meninggikan suaranya yang sememangnya besar.

"Kalau tak... Jangan salahkan bonda kalau apa-apa jadi pada Nabilah dan keluarganya... Masa tu kamu jangan nak menyesal pulak Syamim!!!" Jawab Tengku Gayatri Wulandari tegas.

"Tapi bonda Syamim cintakan Nabilah!!!" Balas Syamim dengan nada yang semakin tinggi.

"Pergi makan dengan cinta kamu tu Syamim!!! Tapi kamu harus tahu satu hal ini... Jangan ingat bonda tak boleh nak buat apa-apa dekat Nabilah dan keluarganya macam yang pernah bonda buat pada kesemua tunang kamu dulu Syamim!!! Lagi satu bonda nak kamu kahwin dengan anak Tengku Keisha iaitu Tengku Qiandra... Kalau kamu ingkar arahan bonda ucapkan selamat tinggal pada Nabilah dan keluarganya!!!" Ucap Tengku Gayatri Wulandari dengan nada tegas lalu beredar daripada situ.

Plaster HatiWhere stories live. Discover now