Terluka lagi

14 1 0
                                    

Dua tahun sudah berlalu. Sejak peristiwa itu aku terus bertekad untuk menutup pintu hatiku buat mana-mana insan yang bergelar lelaki.

Bukan aku tidak mahu untuk bercinta. Akan tetapi, aku tidak mahu hatiku bertambah terluka.

Biarlah aku begini sampai ke akhir hayatku. Sesungguhnya aku sudah penat untuk dilukai lagi.

Namun, semakin aku mencuba untuk melupakan Syamim aku tidak mampu. Aku terlalu mencintainya.

Lagi-lagi hatiku mengundang gelora dan duka yang dalam. Pedihnya hanya Tuhan yang tahu.

Aku menangis teresak-esak pada malam itu kerana asyik memikirkan apa yang akan terjadi di antara aku dan dia.

Aku tidak pernah menyangka kalau dia akan meninggalkan aku seperti ini. Hatiku merundum pilu.

Aku masih teringatkan kata-katanya dulu sewaktu kali pertama kami berjumpa. Syamim pernah berkata padaku.

'Aku suka sama kamu di saat pertama kali aku melihat kamu.'

Dan kata-kata itu sangat indah buatku aku terkesima mendengar dia berkata sebegitu rupa. Mulut manisnya itu membuatkan hatiku terpana.

Aku masih ingat lagi dia pernah berkata 'Aku cinta sama kamu sama seperti bintang yang tidak akan pernah meninggalkan langitnya.'

Kata-kata itu terasa sangat indah apabila ia menerjah kuping telingaku. Aku terasa seperti dibuai mimpi indah dan tidak ingin terbangun walaupun sesaat daripada mimpi indah itu.

Syamim... Ya Syamim...

Dialah lelaki yang telah berjaya membuat aku jatuh cinta sekali lagi setelah aku dikecewakan beribu-ribu kali.

Aku tidak pernah menyangka pertemuan terakhir kami yang sepatutnya menggembirakan akan menjadi kesengsaraan di dalam diriku.

Aku masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh dia pada pertemuan terakhir kami.

'Nabilah... Maafkan aku hubungan kita berakhir sampai di sini sahaja..." Dan kata-kata itu membuat hatiku terluka lagi.

Tiba-tiba aku tersentap daripada lamunan yang panjang. Baruku sedar tentang erti sebuah penyesalan.

Menyesal aku kerana pernah mempercayainya suatu masa dulu sehingga kadang-kala pernah aku terfikir adakah aku tidak layak untuk mendapatkan cinta daripada seseorang yang bergelar lelaki?

* * * * *

Hafiz tergesa-gesa pulang pada malam itu kerana sudah terlambat untuk menemani isterinya berjumpa doktor kandungan.

Sementara itu, isterinya Ayana sedang gelisah menanti giliran untuk berjumpa dengan Doktor Jinan. Doktor Jinan adalah doktor kandungan Hafiz dan Ayana.

Selang beberapa minit kemudian Jururawat telah memanggil nama Ayana memandangkan sudah saatnya Ayana diperiksa oleh doktor.

Walaupun hatinya masih gelisah dek kerana menantikan suaminya yang tidak kunjung tiba.

Namun, Ayana akur jika dia harus pergi berjumpa dengan doktor tanpa ditemani oleh suaminya seperti biasa.

Selang beberapa jam kemudian, Hafiz keluar daripada keretanya dan berlari memasuki hospital menuju ke arah klinik bersalin kerana merasakan dirinya sudah pun terlambat untuk menemani isterinya berjumpa dengan doktor kandungan.

Seperti yang telah dia duga, perkara yang sama terjadi lagi. Dia terlambat...  Masih terlambat... Dan selalu terlambat untuk menemani isterinya  berjumpa doktor kandungan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Plaster HatiWhere stories live. Discover now