14 May 2020/ 31 Mei 2024
Baju-baju bayi yang tergantung di satu sudut itu sekadar jadi belekkan aku. Tak ada yang menarik perhatian langsung. Cukup syarat untuk aku puji comel aje. Aku ingatkan bila Haziq ajak aku ke sini sebab dia nak shopping untuk diri sendiri. Lepas tu guna kudrat aku untuk angkat barang-barang dia. Plot twist pula bila dia ajak aku beli barang-barang manusia kerdil begini. Banyak pula tu . Bukan setakat baju, stroller pun dia angkut sekali. Nak bagi kat siapalah agaknya? Anak dia baru lahir ke?
Orang begitu pun ada juga yang berkehendak ke? Cara aku cakap macam Si Haziq tu spesies tak laku aje. Dia tu bukan macam kau la, Unierah. Pakcik aircond tu petik jari sekali aje, empat penjuru bangunan ni penuh sebab nakkan dia. Yalah. Orang kaya... Muka hauk tak apa, janji poket tebal.
Tapi tak kesahlah apa pun, sekarang ni yang sengsaranya aku sebab betul-betul pula aku jadi buruh kasar dia angkat bakul-bakul ni aje. Rugi... Sangat-sangat rugi bangun awal-awal untuk buat benda tak mendatangkan hasil ni. Dahlah esok masuk kerja balik. Fikir pasal kerja, spontan mulutku terbuka. Menguaplah pula. Tanda tak cukup waktu rehat ni. Terima kasih pada Haziq sebab dia punca utama aku jadi macam ni!
"Unierah!"
Apa hal pula panggil-panggil aku ni? Aku palingkan badan kepada si penyeru itu. Tapi bila dah berpaling, Haziq relaks aje berbual sesuatu dengan pekerja perempuan Chicco Store ni. Tengok daripada bahasa tubuhnya, macam tak ada pula Haziq panggil aku. Baru nak pandang balik baju-baju bayi itu, sekali lagi suara Haziq kedengaran.
"Unierah, come here!" Bila Haziq dah alihkan perhatiannya kepadaku, tahulah itu arahan legit darinya. Cepat-cepat aku mendekati dua manusia itu. Jadi minah turut kepada pak pengarahnya.
"Ya, Encik Haziq." Sahutku. Masa itulah jugalah pekerja perempuan itu membawa diri. Tinggalkan aku dengan Haziq berdua.
"Choose." Arah Haziq. Di tangannya ada dua baju newborn. Saiz yang sama, warna yang berbeza. Satu warna yellow pastle, yang satu lagi baby blue. Aku tenung dulu baju tu sebelum panggung kepala.
"Encik nak saya pilihkan untuk encik, ke?" Aku tahu soalanku itu soalan cari nahas, tapi sengaja nak pastikan. Naik mata lelaki itu menjeling ke siling lalu nafas dihela jengkel. "Pilih ajelah."
Orang tanya pun nak marah. Ciri-ciri pendek umur tu, encik! Hujung bibirku garu perlahan lalu tunjuk baju berwarna baby blue itu. Haziq mendengus sinis.
"Lama-lama kau tengok baju ni, yang biru ni juga kau pilih? How basic." Komennya. Langsung tak menghargai pendapat aku sedangkan dia yang suruh aku pilih tadi.
"Salah ke? Baby tu baby boy, kan?"
Naik terus kening lelaki itu. Ah, mesti dia pelik macam mana aku boleh tahu jantina bayi 'bertuah' tu.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...