Bab 42 - Price Tag

6.5K 463 95
                                    

Bab 42

           TERPAKSA Robin menceritakan hal yang sebenar pada Puan Ania kerana tersalah anggap. Semuanya angkara Benard yang sesuka hati mereka cerita. Tidak faham Robin dengan satu lelaki itu. Nak kata senget marah pula lelaki itu nanti. Robin perlu menerima semua ini dengan hati yang terbuka.

"Susah dapat kawan macam awak ni Beni." Gurau Robin. Sengaja dia berkata begitu.

"Then, make it easy." Robin menayang muka toya. Sah, kawan seperti Benard bukan mudah untuk dibawa bincang bersama. Pasti ada sahaja perkara yang dibuatkan mengikut kehendaknya sendiri tanpa berbincang dengan yang lain.

"Dah jom balik?" Ajak Benard seraya bangun dari kerusi kayu di warung Puan Ania.

"Awalnya." Pintas Robin bersama wajah cemberutnya. Lengan Puan Ania dipeluk erat, tak mahu dilepaskan. Terasa mereka berbual hanya beberapa minit sahaja. Padahal sudah dua jam berlalu kerana bercerita itu ini.

Puan Ania tersenyum melihat gelagat Benard dan Robin. Bagi Puan Ania Benard dan Robin telah mengingatkannya dengan peristiwa lama dimana detik detik dia berkenal dengan Encik Hafiz, suami Puan Ania. Terdetik hati ibu tua itu berfikir bagaimana kalau Robin dan Benard ini adalah pasangan kekasih pada masa hadapan?

"Baliklah nini. Nanti umi risau." Pujuk Puan Ania sambil menepuk perlahan tangan Robin yang memeluk tangannya.

"Nanti ibu sunyi."

"Excuse me? Ibu dah lima tahun berniaga seorang-seorang tak ada pun sunyi. Pokok yang dekat dengan ibu ni pun tak sanggup hari hari jumpa ibu sampai layu daunnya." Tergelak Robin mendengar celoteh bahasa inggeris dan melayu Puan Ania.

Dia tidak sedar telah melepaskan pelukan di lengan ibu kerana sibuk ketawa sehingga senak perutnya. Robin melebarkan senyuman setelah sisa tawanya hilang. Di lap air mata yang mengalir kerana lucu sangat baginya. Dia menyedut udara tatkala hidungnya terasa berair. Sejuk kerana pagi pagi masih ada wap wap air sejuk di udara, embun.

"Jadi balik aje ibu tak sunyi pun. Nanti kalau tak balik umi risau pulak." Belakang badan Robin diusap perlahan.

"Ye lah kalau macam tu tapi.."

"Tapi apa pula?" Berkerut dahi Puan Ania apabila gadis itu tersenyum penuh makna.

"Nini nak ibu masak Laksa Pinang untuk nini. Lagipun nini dah lama tak makan Laksa Pinang ibu." Tanpa segan silu Robin meminta Puan Ania memasakkan menu kegemarannya. Dia sudah terbiasa sejak kecil namun uminya selalu marah kerana menyusahkan ibu mencari bahan di pasar.

Terkejut juga semasa dia masih remaja, ibu sampai pergi ke pasar untuk membeli bahan bahan. Rasa bersalah memang ada cuma memang dia suka sangat bila ibu buat Laksa Penang mengikut cara ibu tersendiri. Walaubagaimanapun, dia tetap meminta ibu memasakkan Laksa Pinang buatnya. Tambahan pula, ibu tak marah.

"Boleh. Nanti ibu datang mai pergi rumah nini." Robin memandang wajah Puan Ania dengan ceria.

"Betul ni?"

"Iya. Betul." Robin bersorak riang. Wajah Benard yang dari tadi senyap itu dikerling sekilas.

Setelah itu, Robin dan Benard meminta diri mahu pulang ke rumah. Puan Ania mengangguk perlahan bersama senyuman manis sambil memeluk sekejap tubuh Robin. Benard berjalan kebelakang kerusi roda Robin lalu kerusi itu ditolak perlahan. Sempat juga Robin pusing dan malambai ke arah Puan Ania tadi.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now