Semut

107 3 3
                                    


BAB 1

Kampung Alur , yang dulunya merupakan sebuah perkampungan yang indah , sudah tidak wujud lagi. Kini ditapak perkampungan tersebut , telah menjadi sebuah taman perumahan kos sederhana.

Hampir 50 tahun berlalu sejak peristiwa serangan semut dulu. Kampung tersebut mula menjadi seperti kampung tinggal , setelah warga asal kampung itu dijemput Illahi , seorang demi seorang. Anak cucu yang tinggal telah berhijrah ke bandar atau tempat lain.

Sebuah syarikat hartanah telah membeli tanah keseluruhan kampung yang tidak beberapa besar itu. Maka tersergamlah taman perumahan yang sudah mula berpenghuni.

Kawasan hutan kecil tersebut pula , telah dijadikan taman rekreasi , tempat untuk penduduk taman beriadah. Ada juga dibina taman permainan kanak-kanak.

Didirikan pagar separuh batu separuh besi ditebing sungai yang terletak bersebelahan taman rekreasi itu. Kadang-kadang menjadi lokasi penduduk taman mahu pun orang luar datang memancing ikan sungai.

Sejarah semut pemakan daging yang pernah menyerang kampung dulunya , tiada seorang pun mengetahui. Kekal menjadi rahsia.

Hutan kecil yang kini menjadi taman rekreasi , tanahnya sudah bersimen tar. Pokok semarak api ditanam sebagai peredup taman. Terdapat juga kawasan-kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan bagi mencantikkan lagi taman rekreasi tersebut.

Asal petang , ramailah kanak-kanak bermain di taman permainan. Manakala ada diantara anak-anak remaja yang bermain basikal , atau pun berskating board dilaluan pejalan kaki yang dijadikan track orang berjogging.

Apabila malam pula , taman rekreasi tersebut gilang-gemilang dengan lampu-lampu neon yang berbentuk pokok-pokok besar. Dan juga lampu limpah yang dipasang dikawasan taman permainan kanak-kanak.

Pendek kata , memang taman tersebut tidak pernah sunyi walau pun pada malam hari. Ada sahaja pengunjungnya.

Hinggalah tiba , pada suatu hari...

Hari itu , hujan turun sepanjang hari. Taman rekreasi tersebut sunyi sepi tanpa pengunjung. Hujan hanya berhenti menjelang tengah malam.

Diperdu sebatang pokok semarak api , kelihatan tanah mula seperti digembur dari bawah. Tanah tersebut menaik sedikit demi sedikit.

Nyit... nyit...
Nyit... nyit...

Bunyi tersebut mula bergema didinihari. Setelah lama bertapa , mereka kini muncul kembali. Bakal mengganas !

BAB 2

Petang itu , hujan gerimis. Membasahi bumi di taman perumahan dan taman rekreasi. Hujan berhenti menjelang waktu Maghrib.

Arif , Sidi dan Pali , tiga remaja yang sedang meningkat naik. Mereka mula berkawan rapat sejak keluarga masing-masing berpindah duduk di taman perumahan itu.

Setelah hujan berhenti , mereka bertiga mula mengayuh basikal menuju ke taman rekreasi. Terpercik-percik air hujan yang masih bertakung terkena tayar basikal mereka.

Gelak tawa mereka memenuhi suasana. Sudah beberapa hari hujan turun , mereka tidak dapat bermain di taman. Mereka jadi seperti cacing kepanasan duduk dalam rumah. Walau pun dilarang oleh ibu bapa masing-masing , memandangkan hari sudah pun malam , namun masing-masing berdegil. Ikut kata hati sahaja.

"Syok oo takde orang.. kita-kita je..." ujar Pali.

Yang lain mengangguk tanda setuju. Mereka mula buat aksi dengan basikal masing-masing.
Anak lelakilah katakan. Tiba-tiba...

Nyit... nyit...
Nyit... nyit...
Nyit... nyit...

Telinga Sidi menangkap bunyi yang bergema itu. Seperti digaung layaknya. Sidi berhenti bermain dengan basikalnya. Dia mula tekun memerhati dari mana datangnya bunyi tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SemutWhere stories live. Discover now