"Namjoon...""Maaf boss, saya betul-betul minta maaf" tutur Namjoon sebelum sempat Nichkhun menghabiskan ayatnya.
"Bagi aku habis cakap dulu boleh?" Dengus Nichkhun. Namjoon mengangguk.
"Pergi makan, lepas tu balik. Kau tak payah kerja hari ni, rehat kat rumah" ujar Nickhun sambil mengerling ke arah rooster.
"Tapi hari ni ramai orang, kalau kurang sorang diorang takkan dapat cover" bantah Namjoon lagi. Nichkhun sedikit tersenyum. Dia suka sikap pekerja yang berpandangan jauh dan bertanggungjawab seperti Namjoon.
"Namjoon, tak guna aku jadi boss kalau benda tu pun aku tak boleh nak handle. Nanti aku suruh Jackson datang. Kau, ambil cuti hari ni. Jangan kerja dengan emosi, aku tak nak makin banyak masalah jadi sebab kau tak dapat fokus"
Namjoon mengangguk.
"Maaf" ujarnya lagi.
"Kau masih lagi fikir pasal budak tu?" Tanya Nichkhun tiba-tiba.
Namjoon mengangguk lagi. Tak lama lagi patahlah leher die~ Nichkhun tergelak kecil.
"Tak payahlah fikir benda yang tak penting" tambahnya lagi dengan sinis.
"Boss, Yeri bukan benda dan dia penting" protes Namjoon.
"Tapi kau tak penting bagi dia, kenapa terus jadi bodoh?"
"Tak apa, selagi dia penting bagi saya, saya tak kisah terlihat bodoh. Kalau pun kami tak ada peluang bersama, saya akan lupakan dia,"
"Tsk. Nampak tu? Emosi kau memang tak stabil" kata Nichkhun lalu ketawa.
"Dah tu, pergi balik, aku taknak kau cakap yang bukan-bukan depan customer nanti"
"Baik boss" balas Namjoon lalu berhambus dari office tu.
"Boss marah ke?" Tanya Ji Hyo apabila Namjoon menghampiri meja cashier.
"Aniyo, dia suruh balik, tak payah kerja kalau tak boleh fokus katenye"
Ji Hyo ketawa terbahak-bahak sambil memukul meja.
"Dia sendiri tak reti kawal emosi masa kerja, dia nak nasihatkan orang lain siap suruh balik pula"
Namjoon mengangkat bahu.
"Tulah! Tak harap sangat dengan kami, semua benda nak buat mesti dia nak double-check dulu, nilah jadi isteri dah merajuk" Ji Hyo menggelengkan kepala.
"Tak apa Ji Hyo, someday dia mesti faham yang cinta perlukan pengorbanan, tak boleh ego, tak boleh cepat mengalah" ujar Namjoon.
Ji Hyo terangguk-angguk pula.
"But in your case, I don't think so" Ji Hyo mengerutkan dahi memandang Namjoon bila tersedar bahawa namja itu maksudkan seseorang.
"Aniyo, cinta itu akan tampak indah dengan peritnya sebuah perjuangan. Kalau kau tidak pernah merasa sakit maka itu bukan cinta" tutur Namjoon dengan penuh perasaan.
Ji Hyo cringe sendiri mendengar kata-kata namja di depannya itu.
"Jadi, jangan cepat menyerah" tambahnya lagi sambil menanggalkan apron yang dipakainya lalu diberikan kepada Ji Hyo.
"Yah! Simpan sendiri boleh tak?!" Marah Ji Hyo.
"Thanks, noona" kata Namjoon sambil tersengih lalu beredar ke pantry.
●●●
Namjoon membuka pintu rumah sewa dia dan kawan-kawannya sambil fikirannya melayang memikirkan Yeri. Entah apalah masa depan hubungan mereka.
YOU ARE READING
Stories Of Carlota
FanfictionWelcome to our cafe, have a seat, we will serve you a cup of tea along with a raspberry charlotte. And for the best part, enjoy every story that take place in Carlota!