Setiap ujian yg datang adakalanya kita kuat dan adakalanya membuatkan kita lemah terhadap sesuatu ujian itu. Tapi ini tidak bermaksud bahawa kita lemah malah ia akan membuatkan kita kuat. Kekuatan seseorang bukan terletak pada diri seseorang itu. Malah kekuatan seseorang itu akan muncul apabila seseorang itu berfikiran positif dan kekuatan itu juga hilang bila seseorang itu berfikiran negatif. Allah tidak akan uji hambanya melebihi kekuatan hambanya kerana Allah uji hambanya supaya hambanya makin hampir dekat dengan dia. "INGAT " Allah uji hambanya kerana di sayang akan hambanya
Kekuatan itu akan mudah untuk kita kerana kita ada Allah dan orang yang tersayang di samping ia akan memberi kita kuat akan ujiannya. Tidak semua manusia diuji oleh Allah sama, adakalanya kita nampak bahawa kita sahaja diuji oleh Allah malah di luar sana terdapat ramai lagi yang diuji oleh Allah lebih teruk daripada kita pun ada cuma sama ada kita nampak atau x nampak je. Mendapat sesuatu ujian yang menimpa ia membuat kita lemah tapi ia juga memberi kita semangat. Percayalah sesuatu yg diuji ada hikmahnya sentiasa lah memberikan senyuman dan memifikirkan positif dan hendakalah tanam dalam diri bahawa kita kuat untuk melalui semua ujian yg menimpa kita.