Sinaran pagi memancar ke dalam dorm pelajar perempuan membuatkan Ashley sedar yang tiba masanya untuk dia pergi bersiap dan turun bersarapan sebelum memasuki kelas pertamanya nanti. Ashley tidak sabar untuk memulakan kelas pertamanya di Hogwarts. Bagaimana rasanya menjadi salah seorang pelajar Hogwarts? Adakah rutin harian pelajar Hogwarts akan sama seperti sekolah-sekolah muggle yang pernah dimasukinya sebelum ini? Ashley juga ingin berkenalan dengan rakan sekelasnya yang lain dan pelajar dari rumah yang lain seperti Ravenclaw dan Hufflepuff. Tentunya mereka baik hati semuanya!
Ashley masih tidak bangun dari katilnya. Matanya sudah celik membayangkan kehidupan hariannya di sini bersama dengan tiga orang lagi rakan baiknya iaitu Harry, Ron dan Hermione. Bercerita tentang Harry, dia seorang yang tidak banyak bercakap dan Ron lebih peramah kepadanya. Kadangkala Ashley lucu melihat gelagat Ron apabila bergaduh dengan Hermione. Hermione pula nampaknya seorang yang suka membaca. Mesti dia pandai dan diklafikasikan antara pelajar terbaik setiap tahun. Mungkin tidak dinafikan jika Profesor semua sayang akannya. Ashley mahu jadi seperti Hermione. Walaupun dia adalah antara pelajar terbaik juga di sekolah muggle tidak bererti dia juga tidak boleh menjadi antara pelajar terbaik di sekolah sihir. Terlintas di fikirannya apabila terfikirkan sekolah muggle, kerana dia belum memberitahu mereka bahawa dia tidak pernah ke sekolah sihir sebelum ini dan hanya bersekolah di sekolah muggle. Mereka tentu tidak percaya!
"Ashley,,awak patut bangun dan bersiap. Selepas itu, kita turun bersarapan bersama Harry dan Ron di Dewan Besar."
Hermione sudah bangun dari tidurnya. Ashley berpusing badan menghadap Hermione yang sudah pun bersiap memakai jubahnya.
"Awak patut kejut saya lebih awal, Hermione" beritahu Ashley kepada Hermione. Kemudian, dia bangun dan berjalan menuju ke bilik mandi untuk bersiap pula.
Selesai menyarungkan jubah ke tubuhnya, Ashley melangkah keluar dari bilik persalinan itu ke katilnya. Hermione sedang menyusun buku di dalam begnya. Banyak betul buku yang dibawanya. Kehadiran Ashley membuatkan Hermione terhenti seketika lalu bertanya kepadanya.
"Ashley, awak ambil mata pelajaran apa?" tanya Hermione ingin tahu.
Dia pula sedang mengikat rambutnya dengan kemas dan cuba ingat semula senarai buku-buku yang dibelinya di Diagon Alley bersama ayah dan ibunya.
"Pertahanan terhadap Ilmu Hitam!" jawabnya teruja kerana mata pelajaran itu penting untuknya menjadi seorang Auror.
"Itu saja?".
Kini, Hermione sudah pun mengalas beg di kedua belah bahunya.
"Err..yaa rasanya."
Jawapan Ashley itu membingungkan Hermione.
"Takpe la. Mari, kita dah lambat."
Ashley segera mengambil begnya dan melangkah bersama Hermione turun dari dorm pelajar perempuan dan sejurus itu Harry dan Ron juga turut sama turun dari dorm pelajar lelaki. Kami bertembung ketika mahu keluar dari Menara Gryffindor.
"Saya ingat awak lebih awal dari kami, Hermione. Hari ini hari pertama kelas kita pada tahun ini bukan? Selalunya kami sudah nampak awak di meja makan Gryffindor sedang cuba menyuap makanan ke dalam mulut awak sambil menunggu kami sehingga tiba di situ."
Usikkan Ron itu membuatkan Hermione tidak puas hati dan dia menjawab sambil memandang Ashley.
"Bukan saya yang lambat, Ron. Kawan baru kita yang baru bangun."
Ashley serba salah apabila Hermione berkata begitu. Mungkin salah dia juga kerana tidak terus bangun apabila sudah sedar dari tidur tadi.
Mereka mula berjalan bersama ke Dewan Besar untuk bersarapan kemudian bergerak semula untuk ke kelas bagi memulakan sesi belajar pada tahun ini.
Ashley berjalan di sebelah Hermione dan disebelah Hermione adalah Ron dan disebelah Ron adalah Harry. Semasa mereka berjalan bersama, ramai mata yang memandang bukan kepada tiga orang rakannya tetapi kepada Ashley.
"Saya rasa mereka tentu tidak berpuas hati kerana anak kepada Auror yang hebat sedang berkawan dengan kita sekarang ni."
Ron berpaling ke arah Ashley sambil tersenyum bangga selepas dia berkata begitu sebentar tadi.
YOU ARE READING
°ʚ ѕlyтнerιn вoy ɞ°
Fantasy❝ ᴴᴼᵂ ᶜᴬᴺ ᴵ ˢᴹᴵᴸᴱ...ᴵᶠ ᴵ'ᴹ ᴮᴿᴼᴷᴱᴺ ᴵᴺˢᴵᴰᴱ❞ ❝ ᴵᴺ ᵀᴴᴱ ᴱᴺᴰ, ᵀᴴᴱᵞ ᵂᴱᴿᴱ ᵀᵂᴼ ˢᵀᴿᴬᴺᴳᴱᴿˢ ᵂᴴᴼ ᴷᴺᴱᵂ ᴱᵛᴱᴿᵞᵀᴴᴵᴺᴳ ᴬᴮᴼᵁᵀ ᴱᴬᶜᴴ ᴼᵀᴴᴱᴿ ❞ ᴬˢᴴᴸᴱᵞ ᶜᴸᴬᴵᴿᴱ, ᴾᴱᴸᴬᴶᴬᴿ ᵀᴬᴴᵁᴺ ᴷᴱ-5 ᵞᴬᴺᴳ ᴬᴷᴬᴺ ᴮᴱᴿᴾᴵᴺᴰᴬᴴ ᴷᴱ ᴴᴼᴳᵂᴬᴿᵀˢ ᵀᴬᴴᵁᴺ ᴵᴺᴵ ᴮᴬᴷᴬᴸ ᴹᴱᴺᴳᴴᴬᴰᴬᴾᴵ ᴾᴱᴿᵁᴮᴬᴴᴬᴺ ᴮᴱˢᴬᴿ ᵀᴱᴿᴴᴬᴰᴬᴾ ᴰᴵᴿᴵᴺᵞᴬ ˢᴱᵀᴱ...