To The Next Level

159 9 8
                                    

"Awak betul ke dah okay ni, Alice?"

Alice hanya mendiamkan diri.

"Kalau awak masih perlukan masa awak masih boleh tak datang sekolah. Saya faham perasaan awak bila ahli keluarga awak hilang. Yang saya pelik, kenapa awak cedera parah tu?", pengetua berasa sangat heran dengan kejadian tersebut kerana 3 orang pelajar dari sekolahnya cedera parah tanpa satu jejak pun dari perlaku.

Alice tetap hanya berdiam diri dan termenung. Pengetua berasa kesian dengan keadaannya menyebabkan pengetua berbuat keputusan untuk membiarkan Alice balik rumah je.

"Tidak", Alice tiba-tiba bersuara.

Pengetua berasa terkejut,"Maafkan saya. Tidak apa?"

Alice bangun dari kerusinya lalu tunduk sebagai hormat kepada pengetuanya. "Maafkan saya, Tuan Pengetua. Saya faham pengetua prihatin terhadap kesihatan dan keselamatan pelajar Tuan Pengetua tapi saya betul-betul dah okay sekarang. Lagipun Uncle saya dah takda lagi, dah takda siapa lagi yang saya boleh harapkan. Saya hanya mampu berusaha untuk berjaya buat masa ni. Terima kasih atas keprihatinan Tuan tapi maafkan saya, saya perlu pergi ke kelas sekarang. Saya minta diri dulu."

Pengetua belum sempat berkata-kata, Alice telah menutup pintu di mana dia telah keluar. Alice berjalan ke arah kelasnya sambil termenung. Tanpa Alice sedar Alice telah menitiskan air matanya. Tiba-tiba Alice terlanggar seseorang.

"Hm?", orang itu memandang ke arah Alice. "Oh Alice, Ohayo~", seperti biasa Kevin tidak lokek memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja. Namun Alice hanya memandang lantai.

"Maafkan saya. Saya nak pergi kelas sekarang"

"Huh? Oh", Kevin berasa kesian dengan keadaan Alice. 'Kalaulah saya datang lebih awal masa tu, mesti benda ni tak jadi.

Sebaik sahaja Alice tiba di depan pintu kelasnya, Alice menarik nafas dalam sebelum membuka pintu. Alice membuka pintu tanpa berfikir panjang. Semua orang memandng ke arah Alice sambil berbisik satu sama lain. Alice biarkan sahaja perbuatan mereka.

'Nampaknya keadaan kembali seperti biasa'

Sebaik sahaja Alice menutup pintu kelas, dia terus menuju ke arah tempat duduknya dan mengelak semampu yang boleh daripada memandang rakan sekelasnya. Sebaik sahaja Alice sampai di depan mejanya, dia hanya mampu memandang ke arah sesuatu yang berada di depan matanya. Di atas meja terdapat sepasu bunga dan mejanya penuh dengan contengan. 

'Nampaknya ada orang memang nak saya mati rupanya'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Nampaknya ada orang memang nak saya mati rupanya'

Ken membuka pintu ternampak Alice berdiri di depan mejanya sendiri. Ken terus pergi ke arah Alice untuk mengucapkan tahniah sebab dah keluar dari hospital. Langkah Ken terhenti apabila melihat bunga di atas meja Alice. Ken berasa sangat marah lalu mengambil bunga tersebut.

"INI PERBUATAN SIAPA?!"

Semua pelajar dalam kelas tersebut terkejut lalu terdiam. Tisha yang duduk di atas meja pun terus berdiri.

"SAYA TANYA JAWAP!! INI PERBUATAN SIAPA?!! CAKAPPPP!", Ken terus membaling pasu bunga tersebut sehingga menyebabkan pasu tersebut pecah. Alice juga terkejut dengan perbuatan Ken. Segelintir pelajar lelaki cuba menenangkan Ken.

"Sabar Ken"

"Biarlah tu, budak belum matang biasalah tu"

"Sesiapa tolong bersihkan sepahan ni sebelum cikgu datang"

Namun masih ada juga yang masih berbisik. Pelajar dari kelas lain semua berkumpul di luar kelas tersebut. Ada yang menyalahkan Alice lah. Ada yang backup lah. Ada yang ambik gambar lah. Ada yang ambik video lah. Perbuatan tersebut semakin membuatkan Ken berasa marah sehingga menyebabkan Ken menjerit "BERHENTI!!!" sambil menolak meja depan di depannya.

"SEMUA NI DAH KENAPA?!", Kevin yang tiba di depan kelasnya melihat ramai yang berkumpul. Semua pelajar yang berada di luar kelas tersebut terus memandang Kevin dan ada yang menunduk. Kevin terus masuk ke dalam kelas kerana hendak tahu apa yang terjadi.

"Ken, semua ni kenapa?"

Ken hanya berdiamkan diri.

Kevin menuju ke arah Alice yang masih berdiri di depan mejanya sendiri dengan air mata yang berlinang.

"Alice, awak okay?"

Kevin meletakkan tangannya di atas kedua-dua bahu Alice.

"Awak nak tahu kenapa? Ada segeLINTIR MANUSIA YANG TAK BERHATI PERUT LETAK PASU BUNGA DI ATAS MEJA ALICE SEBAGAI TANDA ALICE MATI. HEYYYY!! HAISHH!!! Awak bacalah benda atas meja Alice tu", Ken menyepak kerusi yang berdekatan.

"Siapa yang buat semua ni?", Kevin memandang ke arah seluruh ruang kelas selepas membeca contengan di atas meja Alice.

Alice memegang tangan Kevin yang berada di atas bahunya sambil tersenyum perit.

"Ken, Kevin. Saya tak ape-ape. Jangan risau okay. Saya dah biasa"

Alice terus pergi mengumpul serpihan-serpihan kaca yang bertaburan di atas lantas.

'Tak apa Alice. Semua ini akan berakhir suatu hari nanti', Alice monolog dalaman sambil mengumpul kaca tersebut. Yang lain hanya berada di tempat masing-masing tanpa bergerak dan hanya melihat kejadian tersebut.

Ken terus mengambil tangan Alice namun ditarik Alice.

"Lepaskan saya, awak tak nampak ke saya tengah bersihkan ni?", Alice mengummpul serpihan kaca tersebut sambil menangis. Ken melihat tangan Alice berdarah disebabkan kaca tersebut namun tidak diendahkan.

Belum sempat Ken berbicara, tiba-tiba seorang pengawas perempuan memangil nama Alice, Ken dan Kevin untuk berjumpa dengan Pengetua. Alice berhenti mengumpul kaca tersebut terus keluar dari kelas untuk pergi ke pejabat Pengetua. Ken dan Kevin pula memandang ke arah satu sama lain.

Setibanya mereka tiba di depan pejabat Pengetua, kerani terus menyuruh mereka bertiga masuk ke dalam. Mereka melihat seorang wanita duduk di sofa sedang berbicara dengan Pengetua. Wanita tersebut terus meletakkan secawan kopinya ke atas meja lalu berdiri sambil tersenyum.

 Wanita tersebut terus meletakkan secawan kopinya ke atas meja lalu berdiri sambil tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Alice, Ken dan Kevin. Saya perkenalkan Miss Charlotte William dari St Elite Art Academia. Awak bertiga akan dipindahkan ke sekolah tersebut mulai esok.

Wanita tersebut hanya berdiri dengan penuh formal dan tersenyum ramah.

Alice, Ken dan Kevin terus menjerit, "APAAAA????"




~Tamat~ 

Will you love and save me?(Malay Subtitles)Where stories live. Discover now