18 May 2020/ 06 June 2024
Aku ingatkan kena paksa teman Haziq pagi-pagi Ahad ni dah teruk. Tapi aku buat kesimpulan terlalu awal sebab ada lagi rupanya yang lebih teruk. Hancur dua kali ganda mood aku hari ni lepas terserempak dengan manusia yang dah berjaya buat aku hilang nikmat menuntut ilmu tu.
Langkahku matikan apabila orang yang aku buntuti itu tiba-tiba sahaja berhenti. Opps... Sikit lagi aku terlanggar belakang badannya. Nasib baik sempat break! Fuhh... Safe! Bila dah berhenti tu, kepala laju sahaja check keberadaan kami saat ini. D Empire? Eh, nak makan ke?
"Encik, bukan kita nak balik terus ke?" soalku sebelum Haziq mendekati pelayan lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu restauran itu.
"Ada aku cakap kita terus balik tadi?" tanya Haziq balik. Memang bikin glotis bergetar keluhan. Aku geleng.
"Then? Kenapa nak tanya lagi?"
Jengkel benar nadanya itu. Tanda suruh aku jangan ganggu dia yang sedang berurusan dengan pelayan tersebut. Faham atas kemahuan Haziq, pelayan lelaki itu melebarkan tangan kanannya. Bersedia untuk menunjukkan meja kami. Laju aku ikut Haziq yang sikit pun tidak menghiraukan kesusahan aku memikul barang beliannya.
"Encik, saya tak lapar." Beritahuku sebaik sahaja kami tiba di satu meja kosong. Meja khas untuk empat orang. Besar sedang-sedang, cukup selesa untuk kami berdua. Lokasinya betul-betul di tepi jendela kaca yang menunjukkan jalan tingkat enam mall ini.
"But I am." Balas Haziq pula. Kerusi ditariknya lalu dia duduk tanpa masalah.
Suka tak suka, aku capai juga kepala kerusi itu. Duduk bertentangan dengan Haziq yang sudah membuka menu. Lepas tu, prosuder biasa bila pelayan datang untuk mengambil pesanan kami. Cepat sahaja Haziq membuat pesanan, seakan sudah biasa berada di restaurant ini. Baru sahaja aku mahu mengambil menu itu, pelayan tadi itu terus beredar. Langsung sahaja aku tenung pelayan itu. Haih? Tak nak ambil pesanan aku ke?
"Kau tak lapar, kan?" tanya Haziq sambil mengeluarkan telefon pintarnya. Ceh, pelayan dah jalan baru nak tanya. Baik buat bodoh aje terus, tak adalah aku sakit hati sangat. Aku senyum plastik padanya, kemudian menongkat dagu. Pandang permandangan di luar itu.
Agak dengki dengan orang-orang yang sedang lalu lalang di luar restaurant ini. Bukan macam mereka, aku tak boleh buat pilihan sendiri kecuali kena ikut arahan Haziq. Teman dia makan pula tu! Kalau oderkan untuk aku sekali tak apalah juga. Ni paksa aku tengok dia mukbang sendiri. Sungguh, triple malang hari ni!
Tak sampai lima minit, pelayan tadi kembali semula ke meja kami dengan pesanan Haziq. Tu dia, makan lamb shank kau! Tubuh badan dia ni mesti sihat, kan? Mungkin tak ada sakit gout, bolehlah hadam daging tengah-tengah hari buta begini. Aku pun dapat sekali, tapi segelas air ajelah. Salah aku juga, siapa suruh jual mahal tadi? Kan dah kena telan liur aje bila mamat ni dah mula melantak.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...