TUBUH kecilnya disandarkan ke dinding. Belakang badan yang terasa sejuk dibiarkan. Sangkanya, dengan bersandar dia dapat menghilangkan semua masalah yang membelenggu di fikiran. Tetapi sangkaannya meleset. Suara itu semakin galak menganggunya.
Telinga ditutup. Bibir terkumat-kamit menghalau suara yang seakan-akan berbisik di tepi telinga. Kaki dihentak kuat di atas lantai simen yang hanya dibaluti tikar getah.
Rambut yang menggerbang dirapikan. Kepala dibawa ke lantai. Dia membaringkan tubuhnya tanpa bantal di kepala. Kaki dibawa menghentak dinding batu. Tangan yang menutup telinga dibuka dan ditutup. Dia mengulangi perkara itu sambil menyanyi kecil.
Pembunuh
Dia tersentak.
Suara itu...
Suara yang acap kali menjenguk dia sewaktu dia sedang diulit mimpi. Dan sekarang, suara itu sentiasa menemaninya walau dimana dia berada.
"Pergi! Pergi!" Dia bangun lantas menghentak kuat kakinya di atas tikar getah. Tangan dibawa ke awan ibarat menghalau suara halus itu agar pergi.
Khaled memandang sedih anak perempuannya yang sedang bertarung dengan perasaan. Pintu yang dibuka tadi ditutup semula. Tidak lupa juga dikunci dari luar. Khuatir jikalau Hafiya akan keluar dan bakal membuat kerja gila untuk membunuh diri.
"Doktor nampak?" Soal Khaled kepada wanita yang berpakaian formal di hadapannya. Dia menggamit wanita itu agar ke ruang tamu.
Puan Wana mengangguk. Wajah lelaki tua yang sedang menuang air ke dalam cawan dipandang dengan rasa sayu. Pasti lelaki ini tidak cukup tidur kerana memikirkan nasib anaknya.
"Boleh doktor tolong saya sembuhkan Fiya?" Pinta Khaled. Dia tidak sanggup melihat anak perempuannya menanggung derita.
Puan Wana mengeluh perlahan. Air di dalam cawan dicicip sedikit menghilangkan haus.
Kaki disilang. Beg kerja di sebelahnya yang mempunyai dokumen pesakit diambil. Kertas kosong berwarna putih dikeluarkan. Tidak lupa juga dengan pensil untuk mencatat. Cermin mata di dalam beg diambil lalu dipakai. Dia mula mencatat biodata anak perempuan Pak Samad.
Dia mengeluh sebentar.
Cermin mata ditanggalkan. "Pak cik, pada pemerhatian saya, anak pak cik disahkan menghidapi depression. Depression atau kemurungan memang mudah menyerang individu yang mengalami trauma akibat kehilangan sesuatu yang berharga. Jika pak cik menghubungi saya sewaktu penyakit ini masih boleh dirawat, kemungkinan besar Hafiya boleh sembuh. Tetapi, memandangkan sudah setahun Hafiya megalami depressed, sudah agak terlewat untuk dirawat. Kerana sepanjang tempoh tersebut, mungkin perasaan dan emosi Hafiya sudah serasi dan sebati dengan suasana yang dilalui. Terlalu lama dibuai perasaan kecewa, kosong, derita dan sengsara mungkin akan memberi kesan negatif yang berpanjangan terhadap kehidupan anak pak cik."
Wajah Khaled berubah serta merta. Kalau dia tahu kemurungan ini amat bahaya, pasti dia akan membawa Hafiya ke hospital dengan segera. Tetapi dia tidak mahu kerana khuatir mereka akan mengetahui tentang keadaan anaknya.
Dari duduk, dia bangun dan melutut di hadapan Puan Wana. Tangan dibawa menongkat badan yang menggeletar.
Puan Wana tersentak.
"Pak cik, jangan macam ni." Bahu Khaled yang berlapik baju ditarik supaya berdiri. Tetapi malang, usahanya sia-sia kerana Khaled sengaja mengeraskan badan.
Khaled menggeleng. "Tolong saya doktor. Tolong pulihkan anak saya. Saya tak sanggup lihat dia menderita sebegini teruk doktor." Tangan dibawa menyeka air mata yang merembes keluar.
Puan Wana mengeluh.
"Baik, saya akan tolong. Dengan syarat, Pak cik tolong bangun dan jawab semua soalan saya." ujar Puan Wana dengan tegas.
Khaled bangun lantas duduk di atas sofa yang diduduki olehnya sebentar tadi.
"Setiap malam, Hafiya akan meracau tak? Macam bercakap, kemudian menjerit?" soal Puan Wana.
Khaled mengangguk.
"Encik nak tahu dia bercakap dengan siapa? Dia menjerit pada siapa?" soal Puan Wana ingin menguji.
"Siapa?" Kepala yang menunduk tadi mendongak.
"Mengikut apa yang diceritakan oleh pak cik tadi, saya rasa dia bukan mempunyai penyakit kemurungan sahaja, tetapi dia juga mempunyai kelebihan untuk berkomunikasi dengan makhluk halus."
Khaled terpempam.
***
"KAU siapa?"
"Kenapa muka kau banyak calar ni?"
"Kenapa potongan rambut kau tak terurus ni?"
"Eee busuknya kau. Tak mandi ke?" Hidung mancungnya dipicit menahan bau busuk yang terbit dari tubuh kecil perempuan di hadapannya.
"Fakih Hawwas!" Puan Wana menegur dengan mata yang membulat.
Hawwas mencebikkan bibir. Budak perempuan yang sedang duduk sambil memeluk tubuh itu di pandang hairan. Wajah putih, tapi penuh dengan calar merah. Mata bulat, tapi di bawah mata mempunyai banyak warna hitam. Bibir merah bak delima tetapi sedikit merekah dengan darah yang sesekali terbit mungkin kerana dikemam kuat? Rambut ikal mayang yang cantik tapi ada yang panjang, dan ada juga yang pendek. Potong sendiri ke?
Kaki dibawa mengelilingi budak perempuan yang seperti ketakutan itu.
"Umur kau berapa?"
Hafiya diam memerhati wajah lelaki yang bertanya.
"10 tahun." Air mata mengalir lebat melihat wajah satu-satunya lelaki yang dirindui.
"Mama, kenapa dia menangis?" soal Hawwas kepada Puan Wana yang sedang ralit bercakap dengan seorang lelaki sebaya mamanya.
Puan Wana dan Khaled serentak memandang ke arah mereka lalu, laju sahaja kaki bergerak ke arah Hawwas dan Hafiya.
"Baba. Abang dah balik la." ujar Hafiya lalu bangun dan mendekati Hawwas.
Hawwas mengerutkan kening apabila dapat menghidu bau busuk yang terbit dari perempuan itu. Mungkin dia membuang air besar dalam seluar?
Hafiya mengalirkan air mata. Hawwas yang lebih tinggi dari dia dipandang. Walaupun harus mendongak untuk melihat 'abang'nya, dia tidak peduli.
Tangan Hawwas dicapai. "Abang tak nak pegang rambut adik ke? Adik kan baru balik dari tadika." Gigi rongak yang berwarna hitam ditunjuk di hadapan wajah Hawwas. Dia menjongketkan kaki sedikit lalu pipi putih Hawwas dikucup sekilas.
Hawwas membulatkan mata. Badan kecil perempuan itu ditolak kasar sehingga Hafiya terjatuh.
Hafiya tergelak besar.
Puan Wana dan Khaled yang memerhati sedari tadi terus bergerak ke arah Hafiya. Khaled memeluk badan kecil Hafiya.
"Itu bukan abang Hafiya. Itu Hawwas. Anak Doktor Wana. Ya Allah, nak. Sedarlah. Abang kamu dah lama tiada." Air mata merembes laju keluar dari kelopak mata seorang lelaki yang bergelar bapa.
Hafiya tergelak lagi. Dia keluar dari pelukan khaled lalu jari telunjuk dibawa menunding ke arah Hawwas yang sedang memeluk pinggang Puan Wana.
"Abang. Adik tak bunuh abang. Kenapa semua orang kata adik pembunuh? Abang tak sayang adik dah ke? Adik tak bunuh abang dengan mama. Adik sayang abang dengan mama. Takkanlah adik yang bunuh abang dengan mama?" Matanya berkaca saat memandang wajah yang dirinduinya itu. Bisikan demi bisikan yang mengganggu membuatkan dia menutup semula telinganya sambil bibir terkumat-kamit menghalau suara halus itu.
"Aku bukan pembunuh! Haha! Aku bukan pembunuh!"
Dia ketawa besar sebelum semuanya bertukar kelam. Badan kecilnya jatuh menghempas lantai.
Heyyo gaiss... Pls vote and commentare🍂
Support la sis skali✌🏻
YOU ARE READING
J̷A̷N̷G̷A̷N̷ CINTAKAN AKU || SU
Romance1th from 🌼-cikbul4n🌼 {R o m a n c e • 𝕊 𝕥 𝕠 𝕣 𝕪} -slow update- >< start : 16 mei 2020 End : A-S-A-P BEAUTIFUL COVER BY ; 🅳🅷🅴🅾🆂🅼_🌈