"Good morning Hafiz!" ujar seorang remaja perempuan sebaya Hafiz, Sarah. Hafiz melambaikan tangannya sambil tersenyum manis ke arah Sarah. Sarah dan rakannya pun beredar sambil tergelak penuh kebahagiaan.
"dasar budak hensem... semua awek kau tibai" ujar salah seorang kawan Hafiz, Rafiq. Hafiz tergelak dengan kata-kata kawannya itu. Bukan nak angkat bakul tapi dia memang hensem pun.
"ha'ah,save lah tuk kitorang lak" balas seorang lagi rakannya, Farish.
"sorry ah bro, aku tak salah.. korang tu je yang tak hensem..." balas Hafiz. Farish tergelak manakala Rafiq sudah mula menjadi kerbau untuk mengejar Hafiz.
"jagalah kau awan nano!!!"
📚📓📒
"Az jaga diri baik baik tau...jangan nakal-nakal... jangan membuli eh.." nasihat ibu Azrel, Puan Fatimah. Azrel senyum manis ke arah ibu kesayangannya itu lalu mencium tangan Puan Fatimah dengan lembut.
"iye bu... Az akan jadi budak baik.. Az takkan kecewakan ibu.." balas Azrel lemah lembut. Puan Fatimah tergelak bahagia, dia mencium dahi anak tunggalnya itu.
"ok lah bu, Az nak gi sekolah ni... assalamualaikum.. jangan kerja kuat sangat eh" sambung Azrel sebelum mencium pipi ibunya dan berlalu pergi.
"waalaikumsalam nak..." Puan Fatimah tergelak dengan karena anak tunggalnya itu, mentang-mentang tunggul, manja terus.
✏️🖊️✒️
Azrel dengan segera berlalu ke arah pejabat am untuk mengambil buku teks dan mengetahui kelasnya. Senyuman Azrel tak lekang dari bibirnya. Ini first time dia ke Sekolah bandar, mestilah dia excited gila.
Azrel di tunjukkan ke arah kelasnya. Azrel masuk dengan baca bismillah dan memberi salam. Mestilah semua mata memandang dia, tapi itu tak menjadi penghalang untuk dia memberikan senyuman.
"baiklah murid-murid... kita mempunyai kawan baru.. sila tulis nama kamu di papam putih" arah Cikgu Mardiana, guru kelas mereka. Azrel mengangkukkan kepalanya sebelum menulis namanya di papan putih.
"sila perkenalkan diri" sambung Cikgu Mardiana. Azrel mengangkuk lagi.
"assalamualaikum semua...nama saya Muhammad Azrel bin Rasil.. kalau ada soalan pasal saya,boleh tanya" Ujar Azrel. Tiba-tiba seorang perempuan mengangkatkan tangannya.
"awak single ke?" soal murid perempuan tersebut. Terus bising kelas mereka kerana soalan itu,kalau nak ikutkan hati Azrel, dah lama dia tapuk belakang Cikgu Mardiana tu.
"saya... single lagi..." balas Azrel. Semua terus bersorak. Cikgu Mardiana tu hanya diam sahaja melayan karena murid-muridnya itu.
"awak asal mana?" soal salah seorang murid itu.
"saya budak kampung je... bukan budak bandar atau apa semua..." balas Azrel, seakan-akan tahu yang dia akan di malukan. Dannn... tekaan dia betul.
"laaa...budak kampung rupanya...tak jadi lah nak ngorat" balas seorang remaja perempuan diikuti gelak tawa kawan-kawannya.
"sape kata dia nak kat kau?" back up seorang lelaki yang duduk di belakang. Terus tersembur gelak tawa dalam kelas itu. Dengan Cikgu dia pun dah tahan ketawa. Perempuan tu buat muka tak puas hati.
Azrel hanya mendiamkan diri walaupun dia nak gelak.
"Ha Azrel,duduk kat tempat kosong kat tengah tu" arah Cikgu Mardiana. Azrel mengangkuk dan berlalu ke arah mejanya. Lelaki yang duduk di sebelahnya itu senyum kearahnya sebelum memandang semula ke arah papan putih.
Azrel berasa lega, ianya tak lah seteruk yang dia sangkakan. Rupanya drama tu tipu je.
📝🗒️📋
"Azrel,nak tak rehat ngan kitorang? kitorang boleh tunjuk-tunjuk kawasan sekolah" ajak lelaki yang duduk di sebelahnya itu. Azrel memandang ke arah tag nama lelaki itu. Irfan.
"umm...boleh ke? saya tak ganggu?" soal Azrel ingin pasti. Irfan tergelak kecil.
"ye... kitorang ok je..kalau kau tak nak tak pe.." balas Irfan dengam lembut. Azrel tersenyum senang.
"hm,baiklah... saya pun tak tau selok belok sekolah ni.." balas Azrel dengan kekok. Irfan memeluk bahu Azrel kemudian gelak.
"jom arr,kau ada duit belanja tak?" soal Irfan. Azrel mengangkukkan kepalanya dan mengeluarkan 2 ringgit dari poket bajunya.
"2 ringgit je ke kau bawak?" soal Irfan inginkan kepastian. Azrel mengangkukkan kepalanya. "ibu saya suruh bawak 5 ringgit,tapi saya nak simpan simpan...dan kumpul" balas Azrel sambil tersenyum. Irfan tersenyum ke arah Azrel. Entah kenapa, suka betul dia pandang budak sekor tu.
"ha Irfan,bila nak ke kantin ni?" soal rakan Irfan, Fitri.
"eh ye tak ye.. jom lah Azrel.." ajak Irfan. Azrel mengangkuk dan mengikuti langkah mereka.
🌭🍚🍔
"weh, korang ada nampak tak murid baru tu? cute siakk... tapi dia budak kampung" ujar Rafiq. Hafiz mengetuk kepala Rafiq.
"sejak bila kau suka bergosip ni hanat?" soal Hafiz, Farish tergelak.
"kau tak caye ke? aku ada gambaq dia" balas Rafiq lalu perlahan-lahan mengeluarkan telefon IPhonenya dari beg.
"weh,siap ada gambar..." ejek Farish, Hafiz ikut tergelak.
"kau tunggu eh..." Rafiq pun mencari gambar Azrel yang dia tangkap masa dia membeli makanan tadi. Rafiq menunjukkan ke Farish.
"wehh! comelnya dia! betul ke ni lelaki???" soal Farish dengan terkejut. Rafiq tergelak.
"tu lah pasal..entah entah dia perempuan yang menyamar jadi lelaki" balas Rafiq.
"bak sini siakk" Hafiz merampas IPhone Rafiq dari Farish dan memandang ke arah gambar Azrel. Hafiz tersentap.
"weh? asal diam bro?" soal Farish kemudian menepuk bahu Hafiz.
"..Az.." sebut Hafiz perlahan kemudian memandang ke arah Rafiq.
"kau tau tak dia kelas mana??" soal Hafiz. Rafiq mengangkat bahu. "tak tau bruh,cuba kau tanya kat awek awek sana tu,mana tau diorang tahu...? oh,jangan lupa mintak nombor diorang tau" balas Rafiq. Farish menepuk kepala Rafiq membuatkan dia bengang.
"Az... betul ke ni kau??"
Bersambung
YOU ARE READING
Crush Aku!
RomanceHafiz merupakan seorang budak lelaki biasa yang suka pada perempuan macam remaja lelaki yang lain. Tapi, dia mula menyoal seksualitinya setelah dia bertemu Azrel, bekas kawan baiknya sekampung dahulu. Hafiz putus kawan dengan Azrel kerana dia perlu...